Siri Perang Salib Dalam Sejarah

0
6344
views

1) Perang Salib Pertama (1091M-1099M).

• Maharaja Alexius I, memohon bantuan ketenteraan Barat demi mempertahankan Empayar Byzantine.

• Para penziarah Kristian dilarang berziarah ke Baitulmaqdis & mereka dilayan buruk oleh kerajaan Islam Dinasti Turki Seljuk.

• Paus Urbanus II menyeru Perang Salib Pertama untuk membantu Empayar Byzantine & menakluk kembali Baitulmaqdis daripada Dinasti Seljuk.

• Angkatan tentera salib pertama diketuai oleh Reymond, Bohemond & Godfrey yang memimpin seramai 150.000 tentera gabungan sebahagian rakyat Eropah, tentera Perancis & tentera Norman.

• 15/07/1099M, Baitulmaqdis ( al-Quds ) ditawan oleh tentera Salib ( umat Kristian, Yahudi & Islam dibunuh dengan kejam sewaktu penaklukan ini ) & didirikan kerajaan Salib Jerusalem dipimpin oleh Raja Godfrey, kerajaan County Edessa pimpinan Raja Baldwin, kerajaan Anthiokia pimpinan Raja Bohemond & County Tripoli pimpinan Raja Reymond.

• Umat Islam kalah pada waktu ini kerana Dinasti Fatimiyyah di Mesir, Dinasti Abbasiyah di Baghdad & Dinasti Turki Seljuk sibuk berperang sesama sendiri melawan musuh-musuh politik mereka.

• Setengah abad kemudian, pemimpin Syria Utara, Imaduddin Zanki menyatukan wilayah-wilayah Islam di Syria & berperang melawan tentera Salib.

• Pada tahun 1144M, Imaduddin Zanki berjaya merebut Kota Edessa daripada kekuasaan kerajaan Salib melalui kempen jihadnya melawan tentera Salib.

2) Perang Salib Kedua (1147M-1148M)

• Setelah jatuhnya kota Edessa, maka Perang Salib Kedua bermula & pada fasa ini Imaduddin Zanki terbunuh syahid dalam satu peperangan dengan pasukan Salib.

• Anaknya, Nuruddin Zanki meneruskan kempen ini berperang melawan pasukan Salib & dibantu oleh seorang tokoh terkenal, Salahuddin al-Ayubbi (Saladin).

• Saladin menaiki takhta sebagai Sultan Pertama Dinasti Ayyubiyah yang menguasai Mesir setelah menjatuhkan kekuasaan Dinasti Fatimiyyah & menguasai kawasan mulai dari wilayah Mesopotamia sehingga ke Mesir.

• Pengaruh kekuasaan keluarga Zanki mulai berpindah ke keluarga Ayyub setelah kewafatan Nuruddin Zanki.

• Ketika ini pasukan/kerajaan Salib di Timur Tengah mulai berpecah belah & mengalami kekalahan yang berpanjangan terhadap pasukan Saladin.

• Perang Hattin, adalah perang besar di antara pasukan gabungan kerajaan Salib melawan pasukan Saladin & menyebabkan ramai pahlawan Salib terkorban & ditawan dalam peperangan ini.

• penaklukan kota Baitulmaqdis oleh Saladin ( ketika ini hanya saki-baki tentera kerajaan Salib yang mempertahankan kota ini ) & mengembalikan semula al-Quds di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

3) Perang Salib Ketiga (1189M-1192M)

• Kejatuhan al-Quds ke tangan kuasa Islam menyebabkan Paus Urbanus III menyeru Perang Salib Ketiga.

• pasukan Salib fasa ini disertai oleh 3 orang raja terpenting Eropah iaitu:

1 – Raja Inggeris, Richard The Lionheart yang memimpin pasukan Salib Inggeris.

2 – Raja Perancis, Philip Augustus yang memimpin pasukan Salib Perancis.

3 – Raja Jerman, Frederick Barbarossa yang memimpin pasukan Salib Jerman ( meninggal dunia ketika dalam ekspedisi ke Baitulmaqdis ).

• Terjadi beberapa kali pertempuran antara pasukan Salib pimpinan Richard & Saladin sehingga berakhir dengan perjanjian damai.

• Berakhirnya Perang Salib Ketiga apabila pasukan Salib berundur dari Baitulmaqdis & pulang semula ke Eropah

4) Perang Salib Keempat (1195M-1198M)

• Dikenali juga sebagai Perang Salib Jerman (pasca Perang Salib Ketiga) kerana pada fasa ini, Kaisar Henry VI menghantar pasukan salib Jerman untuk menakluk Syria.

• September 1197M, tentera Salib Jerman menguasai Beirut & Sidon.

• Perang ini berakhir apabila Kaisar Henry meninggal dunia pada pertengahan tahun berikutnya.

• Pada 1200M, Paus menyeru Perang Salib Keempat tetapi perang kali ini untuk menyerang wilayah Byzantium kerana perselisihan mazhab di antara mereka.

• Pasukan Salib berjaya merebut kota Konstantinopel daripada kerajaan Ortodoks & mendirikan kerajaan Latin (1204M-1261M).

5) Perang Salib Kelima.

• Pasukan Salib berjaya menguasai Damietta, Mesir (1218M-1219M).

• Pada tahun 1221M, pasukan Salib dihalau keluar dari Damietta & pulang ke Eropah setelah menandatangani perjanjian damai

6) Perang Salib Keenam.

• Raja Frederick dari Sisilia menguasai kembali Baitulmaqdis melalui jalan diplomatik bukan melalui jalan ketenteraan.

• Peperangan ini berlangsung singkat & diakhiri dengan perjanjian damai.

7) Perang Salib Ketujuh.
8) Perang Salib Kelapan.
9) Perang Salib Kesembilan.

( ketiga peperangan fasa terakhir ini berlangsung dalam waktu yang singkat & diakhiri dengan perjanjian damai ).

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here