10 Fakta Tentang Singa Yang Kita Harus Tahu

0
1926
views
KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA

1. Nama saintifik singa adalah ‘panthera leo’. Panthēra (latin) membawa maksud pemangsa semua haiwan (pan = semua, thēr = pemangsa). Manakala leo (latin) bermaksud singa.

2. Singa tidak mempunyai pemangsa semulajadi, namun musuh tradisi singa adalah landak. Singa seringkali terpedaya untuk menghidu duri landak sehinggakan duri tersebut tercucuk di rahang singa. Duri ini akan kekal sepanjang umur singa tersebut.

3. Singa menghabiskan masanya kira-kira 16 hingga 20 jam sehari hanya untuk berehat, oleh kerana itu singa diklasifikasikan sebagai haiwan yang pemalas.

4. Singa betina merupakan ibu yang sangat baik dan penyayang sehinggakan sanggup menjaga dan menyusukan anak singa lain yang ditinggalkan. Manakala singa jantan lebih gemar memberi anaknya saki baki makanan dan lebih rela membiarkan anaknya kelaparan.

5. Tugas singa jantan adalah untuk menjaga kumpulannya sahaja, manakala tugas singa betina adalah untuk memburu mangsa. Namun jika terdapat hasil buruan, singa jantan yang akan merasmikannya, manakala singa betina akan menerima habuan selepas singa jantan berpuas hati.

6. Dianggarkan 40% daripada makanan harian singa liar merupakan makanan yang dicuri daripada pemangsa lain.

7.Penanda yang agak jelas bagi menentukan umur seekor singa terletak pada rerambut di lehernya. Semakin gelap rerambutnya, semakin berusia singa tersebut. Rerambut singa yang lebat dan gelap juga menentukan tahap hormon singa tersebut.

8. Seekor singa yang sedang terangsang mampu mengawan hampir 1000 kali sehari. Singa jantan dan betina mampu mengawan 2 hingga 4 kali sejam, setiap satu sesi berlarutan sehingga 10 saat hingga satu minit sahaja. Proses mengawan ini akan berterusan sehingga 4 atau 5 hari berikutnya.

9. Singa (African Lion) merupakan spesies kucing kedua terbesar dalam keluarganya. Yang pertama adalah harimau (Bengal Tiger).

10. Singa dikategorikan sebagai haiwan yang terdedah dengan kepupusan oleh badan organisasi WWF.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here