Dayang Senandong Dianggap “BlackFace”?

0
3334
views

Saya sekarang hidup di Kuala Lumpur atau sebenarnya di Harlem Brooklyn New York uptown funk?

For God’s sake (atau ‘for heaven’s sake’, takut ateis pula tersinggung) idea iklan Watson adalah berdasarkan sebuah cerita rakyat. Cerita rakyat. Folklore!

Ia sebahagian daripada filem digital ‘Legenda Cun’ Watson yang diinspirasi oleh filem 1960-an seperti filem P. Ramlee dan Jamil Sulong yang semakin dilupai oleh golongan hipster uptown funk ini.

Cerita Dayang Senandong mengisahkan seorang puteri raja yang terkena sumpahan menjadi hitam, macam Beast yang disumpah dalam cerita Beauty and the Beast.

Mesej cerita rakyat ini nak beritahu bahawa luaran tak penting. Dayang Senandong yang hitam tetap memiliki hati yang putih bersih. Dayang Senandong yang hitam lebih baik dari Puteri Mawarni yang putih jelita. Ia tidak mengejek mereka yang berkulit gelap secara semula jadi.

Iklan Watson cuma nak guna ‘comical factor’ untuk menonjolkan kelebihan produknya: pakailah produk Watson, sehitam Senandong pun akan jadi Dr. Kang DOTS, mesti boyfriend kau yang minat Nora Danish tu terpikat.

Iklan ni ‘superficial‘, tapi tidak ‘ofensif’.

Adakah iklan ini akan buat semua orang berlumba-lumba jadi putih? Cita rasa manusia berbeza-beza kot, ada yang suka kulit cerah, ada yang suka kulit sawo matang. Ramai je yang nak buat ‘tanned skin‘. ‘Skin darkening cream‘ pun ada jual lah.

Kalau iklan terlajak laris yang dikecam, saya tak kisah. Yang dikecam sekarang ni melibatkan warisan budaya bangsa.

Mungkin tak lama lagi, teater Natrah pun akan dikecam sebagai ‘promote child marriage‘. Cerita Mahsuri pun patut diharamkan kerana ‘misogynist‘. ‘Snow White‘ patut jadi ‘Snow Black’.

Inilah budaya ‘Political Correctness‘ (PC) yang dicelup daripada Social Justice Warrior (SJW) di USA yang melabel semua perkara sebagai ‘racist’, ‘misogynist’, ‘patriarchal’, ‘homophobic’ dan sebagainya.

SJW kononnya nak perjuangkan hak seperti ‘freedom of speech’, ironinya mereka menyebabkan semua orang takut untuk menyuarakan pendapat, takut dikecam. Jadi apa yang ‘silent majority’ ini buat? Mereka undi Trump untuk balas dendam.

Bukan nak suruh anti-USA. Benda yang baik kita belajar lah. Tapi apasal kita nak terikut-ikut dengan sesuatu yang tak relevan dengan konteks masyarakat kita?

Siapa yang tersinggung dengan Blackface di Malaysia? Ada keturunan ‘Black slave’ ke kat Malaysia? Pernah ke wujud undang-undang ‘Jim Crow’ di Malaysia? Siapa yang kena ‘lynch’ dengan Ku Klux Klan?

Political Correctness di USA adalah produk sejarah penindasan kaum African-American. Kini tiba masa orang putih menebus dosa. Istilah ‘Black’ dikira ofensif, ‘African-American’ pun kurang tepat, kena ‘American of African Ancestry’ baru betul.

Mereka buat teater pasal sejarah Alexander Hamilton, George Washington dan Thomas Jefferson, tapi pelakonnya semua pakai African-American. Kalau letak pelakon berkulit putih takut menyinggung perasaan kaum minoriti.

Nanti kanak-kanak mereka tanya: ‘papa mama, kenapa muka Washington kat pentas tadi tak sama dengan muka Washington atas 1 Dollar?’ Jenuhlah nak jawab.

Itulah kesan Political Correctness terhadap sejarah dan tradisi.

Mungkin selepas ini orang dah tak berani nak filemkan atau pentaskan Dayang Senandong. Mungkin akan ada kempen untuk mengharamkan Dayang Senandong langsung. Orang tak nak cerita lagi pasal Dayang Senandong.

Secara tidak sedar, kita sedang membunuh warisan sendiri melalui budaya Political Correctness yang tiada kena mengena dengan pengalaman hidup Malaysia.

#SayNoToPC
#UnapologeticConservative

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here