Piri Ries: Ilmuwan Agung Islam Dari Turki Uthmaniyah

0
1436
views

• Nama lengkapnya adalah Hadji Muhiddin Piri Ibnu Hajdi Mehmed, ayahnya bernama Haci Mehmet & bapa saudaranya, Kemal Reis merupakan seorang laksamana laut Uthmaniyah yang terkenal.

• Dilahirkan pada tahun 1465M di Gallipoli, Turki.

• Diberikan didikan tentang dunia lautan sejak berumur 12 tahun oleh Kemal Reis selama 14 tahun & walaupun masih muda, Piri Reis memiliki pengetahuan ilmu bumi yang luar biasa.

• Pada tahun 1481M, Piri Reis menyertai angkatan laut Uthmaniyah & mengikuti Kemal Reis dalam ekspedisi berperang dengan pasukan angkatan laut Kerajaan Sepanyol, Genoa & Venecia.

• Piri Reis membuat dua buah peta dunia buatannya iaitu:

1) Peta dunia pertama buatannya (1513M).

Memiliki tahap ketepatan yang tinggi dalam menggambarkan jarak & kedudukan antara benua di dunia.

Perkara yang paling menakjubkan adalah di dalam peta buatan Piri Reis memuatkan peta Amerika pada zaman kuno.

Kedudukan benua Amerika & Afrika dilakar dengan terperinci & beliau juga memasukkan peta Amerika Selatan.

Gurun Sahara diambil sebagai pusat petanya.

2) Peta dunia kedua buatannya (1528M).

Melakar peta Greenland & Amerika Utara bermula dari Labardor, Newfoundland, sehingga ke arah utara menuju Florida, Cuba serta bahagian dari Amerika Tengah.

• Kitab I-Bahriye setebal 434 halaman merupakan salah satu karya agung Piri Reis & merupakan buku navigasi yang diakui kehebatannya.

Kitab ini mengandungi maklumat terperinci tentang pelabuhan utama, laut, teluk, semenanjung, tanjung, berbagai pulau, selat & tempat rehat yang terdapat di Laut Mediterranean.

Memuatkan 290 buah peta & dimuatkan juga maklumat tentang orang tempatan dari setiap negara serta budaya tempatannya.

Piri Reis menulis juga mengenai maklumat kaitan antara ilmu astronomi & ilmu navigasi.

• Di dalam kitab ini terbahagi kepada 2 bahagian yang penting iaitu:

1) Bahagian pertama:

Mengandungi mengenai jenis badai di lautan, teknik menggunakan kompas, maklumat mengenai pelabuhan & pantai.

Teknik navigasi berdasarkan bintang & karateristik laut utama di dunia.

2) Bahagian kedua:

Mengandungi petunjuk pelayaran & setiap topik dilengkapi dengan gambar peta mengenai pulau & pantai.

Piri Ries juga melakar Selat Dardanela, pulau & pantai di Laut Aegea, Laut Ionea, Laut Adriatik, Laut Tirania, Laut Liguria & wilayah Riviera Perancis.

Beliau juga menulis tentang jenis bangunan penting & monumen penting di setiap kota yang beliau kunjungi.

• Piri Ries melengkapkan petanya dengan melakar Pulau Balearik, pantai Sepanyol, Selat Gibraltar, Pulau Canary, Pantai di Afrika Utara, Mesir, Sungai Nil & pantai di Anatolia.

• salinan kitab ini banyak ditemui di berbagai perpustakaan & muzium di seluruh dunia.

Salinan pertama diterbitkan pada tahun 1521M & disimpan di Istana Topkapi, Istanbul.

Salinan yang lain tersimpan di perpustakaan Nuruosmaniye & perpustakaan Suleymaniyah di Istanbul.

Perpustakaan Nasional Perancis, Muzium Inggeris di London, perpustakaan Boldeian di Oxford & muzium seni Walters di Baltimore.

Salinan kedua ditemui di Perpustakaan Kopruluzade Fazil Ahmed Pasha.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here