Yahudi Itu Sejenis Kuihkah?

3
81216
views

Semalam saya cerita pasal Jerusalem Jubilee. Ada seorang pengkomen marah saya:

“Apasal guna sumber Yahudi? Tak ada sumber dari orang Islam kah?”

Masalahnya, buku yang saya rujuk tu ditulis oleh Stephen Spector (berketurunan Dutch-American), Clifford Kiracofe (Dutch-American juga) dan Victoria Clark (berketurunan Inggeris Britain). Tang mana Yahudi saya pun tak tau.

Sebab ramai di kalangan kita anggap Yahudi tu sejenis kuih. Semua nak diyahudikan tapi tak kenal Yahudi, macam mana tu?

Nanti dalam perang akhir zaman Muslim akan berpakat dengan Rum melawan Dajjal dan Yahudi. Kalau main tembak semua orang putih tu Yahudi, silap-silap “friendly fire” dekat Rum nanti.

Fenomena ini lebih kurang seperti gelaran “Ferringhi”. Dulu orang Arab dan Parsi panggil semua orang putih sebagai Al-Firanji atau Ferringhi, merujuk kepada orang Frank yang berperang dengan tentera Islam di Hispania. Sampai orang Portugis pun dipanggil Ferringhi (tu yang datangnya nama Batu Ferringhi).

OK, so siapa itu Yahudi?

Pertama, lihat pada nama mereka. Selalunya kalau nama keluarga Cohen, Kaplan, Lewin, Kagan ni mesti Yahudi. Ini nama Yahudi yang tulen. Kalau nama ada “-stein” dan “-berg” pun Yahudi. Contoh seperti Epstein, Bernstein, Goldstein, Einstein, Goldberg, Rosenberg, Walburg. Cuma mereka ni Yahudi Ashkenazi (Ashkenazi Jew) yang berasal dari Jerman. Yang berasal dari Poland pula namanya ada “ski”: Polanski, Malinowski. Wozniak pun nama keluarga Yahudi Poland.

Disebabkan Hitler bantai Yahudi di Jerman dan Poland, mereka melarikan diri ke USA. Jadi di USA ada segala macam nama ini: Steve Wozniak, Roman Polanski, Steven Spielberg. Ni semua Yahudi.

Kat Israel lagi banyak ragam nama. Sebab bukan Ashkenazi saja, ada juga Sephardi (yang berasal dari kawasan Mediterranean) dan Mizrahi (yang berasal dari kawasan Arab). Tak larat lah nak sebut semua.

Kedua, lihat pada wajah mereka. Rupa fizikal Yahudi ni lebih kurang saja macam Jared Kushner dan Gal Gadot. Cuba bandingkan dengan rupa Albert Einstein, Mark Zuckerberg dan Hannah Arendt. Sama kan?

Tapi jangan terkejut kalau terlihat Yahudi berambut perang. Sebab susur galur Yahudi ni ikut sebelah ibu. Kalau mak kahwin dengan orang Scandinavia maka lahirlah Yahudi berambut perang dan bermata biru.

Dari mana asalnya Yahudi?

Semua penganut agama Judaism dikira Yahudi, tapi bukan semua Yahudi menganut Judaism. Sebab Yahudi pun ada yang sekular. Yahudi dikira berdasarkan pertalian darah.

Yahudi berasal dari keturunan Judah, Benjamin dan Levi, 3 suku daripada 12 suku Bani Israel (Israelites). Bani Israel itu keturunan Nabi Yakub (atau Jacob dalam Bible). Nabi Yakub mempunyai 12 anak, dari 12 anak ini terbentuklah 12 suku Bani Israel (yang lebih tepat, 11 anak + 2 cucu).

Nabi Yakub ialah anak kepada Nabi Ishak (Isaac), Nabi Ishak anak kepada Nabi Ibrahim (Abraham). Anak Nabi Ibrahim seorang lagi, Nabi Ismail (Ishmael) ialah bapa orang Arab. Jadi terdapat banyak persamaan antara Bani Israel dan orang Arab. Kedua-dua digolongkan sebagai orang “Semitik”. Dalam bahasa orang Yahudi (Bahasa Hebrew), hari disebut sebagai “yom” (“yawm” dalam Arab), tuhan disebut “elohim” (“ilah” dalam Arab) dan salam pun berbunyi “shalom aleichem”.

Bani Israel melarikan diri dari Firaun dan mendirikan kerajaan di Canaan (Palestin hari ini). Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah raja kepada Bani Israel. Selepas Nabi Sulaiman wafat, Kerajaan Bani Israel pecah kepada dua: yang sebelah utara (Kingdom of Israel) merangkumi 10 suku, yang sebelah selatan (Kingdom of Judah) terdiri daripada suku Judah, Benjamin dan Levi. Nabi Ilyias dan Ilyasa hidup semasa zaman perpecahan ini.

Pada tahun 722 Sebelum Masihi, Kingdom of Israel ditakluk oleh Assyria. Sejarah pasal 10 suku itu terputus, maka jadilah “10 Lost Tribes of Israel”. Tapi wujud golongan yang mendakwa diri sebagai keturunan suku Lost Tribes seperti Samaritans.

Tahun 587 Sebelum Masihi, giliran Kingdom of Judah pula ditawan oleh Babylon. Penduduk Judah, Benjamin dan Levi dibuang ke Babylon. Tapi pada tahun 539 Sebelum Masihi, Raja Parsi, Cyrus membebaskan kesemua penduduk Judah, Benjamin dan Levi kembali ke Canaan.

Pada zaman pemerintahan Rom, Canaan dinamakan sebagai Judea. Maka penduduk Judea (suku Judah, Benjamin dan Levi) dirujuk sebagai Yahudi. Tak kira Jew (Inggeris), Jude (Jerman), Jood (Belanda) atau Yahudi (Arab), kata dasarnya ialah “Yehudi” yang terbit daripada Judea (“Yehuda”).

Nabi Zakariyya (Zechariah), Yahya (John) dan Isa (Jesus) ialah penduduk Judea. Nabi Zakariyya dan Nabi Yahya dari keturunan Levi, hanya Nabi Isa sahaja dari Judah.

Sebab itu orang Kristian mengangkat Nabi Isa sebagai Al-Masih (Messiah) kerana Al-Masih dalam Taurat (Torah) adalah dari susur galur Judah. “The Lion of Judah” itu salah satu gelaran Nabi Isa. Mengikut naratif Kristian, rabbi Judaism tak mengaku Nabi Isa malah bersubahat dengan Rom untuk menghukum mati Nabi Isa.

Pada tahun 70 Masihi, orang Yahudi memberontak terhadap pemerintahan Rom. Tentera Rom meratakan Jerusalem. Orang Yahudi bertebaran ke seluruh dunia, sampai ke China pun ada jejak “Kaifeng Jews”. Ada orang Turkik penganut Judaism yang dikenali sebagai “Khazar Jews”.

Jadi, apabila ada orang kata “semua nabi sebelum Rasulullah Muhammad adalah Yahudi”, saya gelak je lah. Yang boleh dikira sebagai Yahudi hanya Nabi Zakariyya, Nabi Yahya dan Nabi Isa saja.

Hebat betul Yahudi, ramai orang benci mereka, tapi pada masa yang sama tidak kenali mereka.

(Kalau tiba-tiba post ini hilang maksudnya Mark Zuckerberg tau baca Bahasa Melayu lah)

#goyim
#kosher

Comments

comments

3 COMMENTS

  1. saya faham apa yg dimaksudkan oleh TP.. menceritakan tentang perpecahan bangsa israel dari kerajaan sulaiman… terbahagi kepada puak israel(10keturunan) dan puak judah(3 keturunan)…. yg menjadi perbalahan adalah ‘yahudi’….yahudi dari segi konteks bangsa atau yahudi dari segi konteks agama..sama shj… mereka keturunan bani israel dan agama yg diseleweng dari ajaran taurat..

  2. Kahkahkahkahkah.,sebiji kepercayaan aku mase bodoh al quran dulu.,yg ni lh aku prcaya.,lawak2.,Quran je benar.,kamu bace buku ape pon xkn sama

  3. Ni lah Perang cara halus..depa nihh.main terbit jer actical cita rasa sendiri’sengaja bagi org² jadi keliru..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here