Jerusalem Jubilee 2017 Dan Christian Zionism

0
5292
views

Sementara sebilangan besar umat Islam berduka cita atas kejatuhan Baitul Maqdis (Jerusalem) tanggal 7 Jun 1967 semasa Perang Enam Hari. Ada yang berduka cita kerana ‘Jerusalem Jubilee’ tak dapat dilangsungkan.

Para apologis main cakap ‘Jerusalem Jubilee’ itu sambutan orang Kristian. Itu sikap buat-buat tahu yang menimbulkan fitnah kepada ajaran Kristian yang murni. Wakil gereja sendiri menafikan Jerusalem Jubilee itu acara rasmi komuniti Kristian tempatan.

Benar, istilah ‘jubilee’ (perayaan ulang tahun) ada asas dalam Book of Leviticus, Bible. Pope Katolik pun selalu mengisytiharkan tahun sekian sekian sebagai jubilee (seperti tahun 2000 sebagai The Great Jubilee). Tahun 2017, Protestan menyambut jubilee ke-500 Reformasi Protestan yang dibawa oleh Martin Luther.

Tapi apakah itu ‘Jerusalem Jubilee 2017’? Apa yang ‘special’ pasal Jerusalem dan 2017? Apa yang tahun ke-50?

Anda takkan jumpa Jerusalem Jubilee 2016 atau Jerusalem Jubilee 2015, tahun depan pun tak akan ada. Jerusalem Jubilee 2017 adalah kempen antarabangsa untuk meraikan ulang tahun ke-50 kejatuhan Jerusalem Timur ke tangan Israel, peristiwa yang membolehkan Israel menguasai keseluruhan Jerusalem sebagai ‘undivided capital of Israel’ (cuba lihat website http://jerusalemjubilee.com/).

Orang Islam bantah bukan sebab sensitif, paranoia atau overreact. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem adalah bertentangan dengan pendirian Malaysia dalam konflik Israel-Palestin. Malah United Nations sendiri mengharamkan penaklukan Israel ke atas Jerusalem melalui Resolusi 478 (tahun 1980) dan Resolusi 242 (tahun 1967).

Pendudukan Israel ke atas Jerusalem adalah satu kezaliman besar dan pencerobohan ke atas hak Bangsa Palestin. Meraikan kezaliman ibarat bersorak atas keruntuhan WTC pada 11 September, atau bersorak atas serangan Pearl Harbor pada 7 Disember. Ini adalah soal kemanusiaan dan keadilan.

Kristian yang sebenar tidak obses dengan Jerusalem. Bagi orang Kristian, Jerusalem hanya tempat untuk mengenang Jesus (Nabi Isa) disalib dan dibangkitkan semula. Simbol-simbol Yahudi seperti Solomon’s Temple tidak memberi makna kepada Kristian.

Dalam fahaman Kristian, Jerusalem yang disebut sebagai ibu kota ‘God’s Kingdom’ yang bakal didirikan selepas ‘Second Coming of Jesus’ bukanlah Jerusalem yang fizikal tetapi ‘New Jerusalem’. Jesus kata ‘my kingdom is not of this world’ (John 18:36 KJV), St. John pula melihat ‘New Jerusalem’ turun dari langit (Revelation 21:2). Jadi, fahaman Kristian yang murni tidak akan mencampur aduk simbol Judaism (lampu menorah), tarikh penaklukan Jerusalem oleh rejim duniawi dengan konsep Jerusalem dalam Bible.

Yang obses dengan Jerusalem cumalah Zionis. Mereka memerlukan Jerusalem untuk mengabsahkan penaklukan mereka ke atas Palestin. Zionis mendakwa mereka memenuhi ramalan Kitab Torah (Old Testament, Bible) dalam Book of Ezekiel yang mengatakan Bani Israel akan kembali ke Palestin dan mendirikan semula kuil suci.

Yang simpati dengan Zionis ialah golongan yang dikenali sebagai Christian Zionist. Mereka bukan berasal dari aliran Kristian yang tradisional tetapi dari gerakan Evangelis di Amerika. Mereka suka menafsir ayat-ayat Bible tanpa merujuk kepada autoriti ilmu. Hasilnya, mereka mengaitkan ramalan Bible tentang ‘akhir zaman’ (end times) dengan Israel. Peristiwa 1967 buat mereka bertambah yakin bahawa Israel moden lah Bani Israel yang disebut dalam Book of Ezekiel. Jadi mereka tak mau ingkar takdir Tuhan dan memberi sokongan penuh kepada Israel.

George W. Bush juga seorang Christian Zionist. Bush pernah menyebut tentang ‘Gog and Magog’ (Yakjuj dan Makjuj) semasa menelefon presiden Perancis, Jacques Chirac untuk memujuknya menyertai Perang Iraq. Bush menganggap Rusia, Iraq, Syria sebagai Gog and Magog yang mengancam keselamatan Bani Israel. Pendirian pro-Israel Bush adalah dibentuk oleh tafsiran Evangelis terhadap Book of Ezekiel.

Christian Zionism dianuti oleh sebahagian besar golongan ‘right-wing’ di Amerika. Jadi semua presiden mahu mengaut undi mereka dengan memberi sokongan kepada Israel, termasuk Trump. Trump jenis lepak kasino kaki perempuan pun nak tunjuk alim pasal Jerusalem, semata-mata untuk mengambil hati golongan Christian Zionist ini.

Jadi, isu Jerusalem Jubilee ini bukanlah isu agama. Tak perlu ‘spin’ kononnya tiada kebebasan agama. Jerusalem Jubilee adalah perayaan yang membawa fahaman Christian Zionism yang lebih kepada dakyah politik. Mereka menyebarkan dakyah untuk mewujudkan simpati terhadap Israel di negara kita. Cuba lihat sentimen pro-Israel di Malaysia semasa serangan IDF ke atas Gaza pada tahun 2014.

Moga Rakyat Malaysia terus bersatu hati dalam menentang kejahatan Zionis.

Bacaan Lanjut:

Clifford A. Kiracofe (2009). Dark Crusade: Christian Zionism and US Foreign Policy
Stephen Spector (2009). Evangelicals and Israel: The Story of American Christian Zionism
Victoria Clark (2007). Allies for Armageddon: The Rise of Christian Zionism
Kurt Volker (2016), “Bush, Chirac and the War in Iraq”, Foreign Policy

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here