Nama Nama Syuhada Dalam Perang Badar

0
3733
views

Perang Badar (Badar al Kubra) terjadi di sumur Badar pada 17 Ramadhan 002 Hijrah bersamaan dengan tarikh 13 Mac 624 Masihi. Dalam perang ini, sebanyak 313 orang tentera Islam dari Madinah menyertai peperangan ini, termasuklah Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ketua tertinggi. Pihak lawan,iatu kaum Musyrikin Quraisy dari Makkah pula mempunyai kekuatan ketenteraan sebanyak 1000 tentera dengan 100 tentera berkuda dan 70 tentera menaiki unta.

Dalam perang ini,pihak tentera Islam mencapai kemenangan besar. Pihak tentera Musyrikin Quraisy telah kehilangan nyawa sebanyak 70 orang, termasuklah ketua tenteranya sendiri iatu Abu Jahal (Umar bin Hisham),manakala 70 tentera lagi ditawan oleh tentera Islam. PIhak tentera Islam hanya gugur 14 tentera sahaja.

Berikut merupakan nama-nama 14 orang syuhada dalam Perang Badar;

1. Haritha bin Suraqa al-Khazraji r.a
2. Dhush-shimaalayn ibn ‘Abdi ‘Amr al-Muhajiri r.a
3. Rafi’ bin al-Mu’alla al-Khazraji r.a
4. Sa’d bin Khaythama al-Awsi r.a
5. Safwan bin Wahb al-Muhajiri r.a
6. Aaqil bin al-Bukayr al-Muhajiri r.a
7. Ubayda bin al-Harith al-Muhajiri r.a
8. Umayr bin al-Humam al-Khazraji r.a
9. Umayr bin Abi Waqqas al-Muhajiri r.a
10.Auf bin al-Harith al-Khazraji r.a
11.Mubashshir bin ‘Abdi’l Mundhir al-Awsi r.a
12.Mu’awwidh bin al-Harith al-Khazraji r.a
13.Mahja’ bin Salih al-Muhajiri r.a
14.Yazid bin al-Harith bin Fus.hum al-Khazraji r.a

Daripada 14 orang tentera yang syahid ini,13 orang daripadanya dikebumikan di Badar manakala seorang lagi masih tidak diketahui.14 orang syuhada ini ialah antara orang Islam yang pertama mati syahid melalui peperangan dan pertarungan dengan musuh.

Al Fatihah untuk para 14 syuhada Badar ini. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran ke atas mereka.

“Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati,(mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali Imran : ayat 169 ~ 171)

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here