Mengapa Wanita Lebih Beremosi Berbanding Lelaki?

0
964
views

Sebelum kita bermula, ‘beremosi’ yang dimaksudkan di sini adalah sedang mengalami perasaan. Tak kira perasaan apa pun. Marah, suka, sedih, gembira dan lain-lain. Bukannya bermaksud melenting tak tentu pasal saja. Melenting tak tentu pasal adalah sebahagian daripada beremosi.

Kajian ke atas kecerdasan intelek antara lelaki dan wanita tidak dinafikan secara umum adalah sama dan setaraf. Tetapi berbeza pula daripada segi kecerdasan emosinya.

TalentSmart telah melakukan ujian ke atas kecerdasan emosi lebih daripada sejuta orang dan mereka mendapati kecerdasan emosi wanita lebih tinggi berbanding lelaki.

Secara statistiknya, wanita dapat gunakan kemahiran beremosi untuk kelebihan mereka sendiri. Kadangkala tak juga.

Mereka lakukan ujian ke atas empat sudut utama iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan pengurusan dalam hubungan.

Kesedaran diri

Kesedaran diri adalah bagaimana kekuatan seseorang dalam memahami emosi mereka dan bagaimana seseorang dapat memahami kecenderungan pada dirinya untuk berinteraksi dengan situasi dan manusia lain.

Kesedaran diri ini adalah satu-satunya kecerdesan emosi yang lelaki dan wanita mempunyai markah yang sama. Orang selalu kata, lelaki tak beremosi sangat dalam suatu sitausi.

Maksudnya, orang selalu ingat, lelaki ini rasional saja sepanjang masa. Tak juga. Mereka fikir juga emosi mereka apabila berhadapan dengan sesuatu.

Pengurusan diri

Pengurusan diri ini bermaksud apa yang kita buat apabila kita beremosi. Emosi ini kita tak ada butang buka/tutup. Kalau ia datang, kita tak boleh biarkan emosi itu lenyap begitu saja. Maka, kawalan ke atas emosi itu adalah sebuah pengurusan diri.

Kawalan tersebut adalah menyalurkan emosi ke atas perbuatan dan tingkah laku.

Ini adalah satu-satunya faktor dan ciri yang lelaki dapat kalahkan wanita dalam menguruskan emosi. Dalam kes ini, lelaki selalunya sangat kuat mengawal emosi mereka.

Ini adalah sebab kenapa lelaki selalu dilabel sebagai manusia yang rasional, bukan kerana mereka tak beremosi, tapi mereka dapat mengawal emosi mereka.

Kesedaran sosial

Kesedaran sosial adalah bagaimana kefahaman terhadap emosi orang lain. Kemahiran memahami ini selalu melibatkan bahasa tubuh badan dan perkataan yang digunakan.

Ini adalah ciri dan sifat yang wanita dapat kalahkan lelaki. Ini adalah kemahiran yang selalunya wanita latih sejak kecilnya yang mana lelaki tak buat.

Betul ataupun salah, wanita selalunya cuba untuk menjaga perasaan orang lain.

Sebab itu kita selalu kata perempuan ini suka kias-kias dan sebagainya. Dan lelaki pula suka cara terus tanpa lapik tanpa memikirkan perasaan orang lain, yang penting mesej sampai.

Itulah, kadangkala lelaki sukar untuk memahami wanita kalau wanita tak cakap terus (direct).

Pengurusan dalam hubungan

Faktor keempat ini adalah puncak dalam kecerdasan emosi, iaitu bagaimana kita gunakan semua jenis kesedaran yang aku sebut tadi dalam membina hubungan yang baik dengan orang lain.

Interaksi kita terhadap situasi ataupun dengan orang lain tidak akan efektif kalau kita tak dapat memahami emosi kita sendiri dan memahami emosi orang lain, serta mengawal emosi tersebut.

Wanita dapat markah lebih sikit dalam hal ini disebabkan oleh keupayaan mereka dalam kesedaran sosial.

 

Sumber: www.talentsmart.com

Comments

comments

Previous articleNaga Dari Sudut Sains
Next articleNama Nama Syuhada Dalam Perang Badar
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here