Jata Empayar Islam Turki Uthmaniyah

0
2329
views

Selepas Perang Crimea (Oktober 1853 – Februari 1856), sejarah menyaksikan Empayar Rusia telah mengalami kekalahan kepada tentera bersekutu yang terdiri daripada Perancis, Inggeris, Empayar Turki Uthmaniyyah dan kerajaan Sardinia.

Ini membawa kepada Perjanjian Paris 1856.Semua negara-negara terbabit duduk di dalam satu majlis dan menandatangani perjanjian yang penting ini; di mana Perancis dan Inggeris cuba untuk menghalang Rusia yang semakin kuat dan meluas wilayahnya dari mengambil kesempatan ke atas tanah-tanah Empayar Turki Uthmaniyyah yang sedang mengalami zaman kemerosotan.

Di dalam majlis itu,pihak Turki melihat semua negara-negara Eropah memiliki jata standard mereka masing-masing mengikut tradisi Eropah.Pemerintah Turki ketika itu, Sultan Abdul Majid I ingin juga memperlihatkan prestij dan maruah empayarnya di hadapan negara-negara Eropah.Tambahan pula ketika itu negara-negara Eropah yang menjadi sekutunya meminta apa-apa jata standard dari pihak Turki bagi diletakkan sebaris dengan jata-jata yang mewakili negara-negara bersekutu dalam Perang Crimea itu.

Terdapat teori lain mengatakan bahawa jata ini direka oleh pereka dari Eropah atas permintaan pihak Inggeris yakni Ratu Victoria sendiri untuk meletakkan jata Empayar Turki di Windsor sebagai prosedur untuk penganugerahan Order of The Garter kepada Sultan Abdul Majid I.

Sebenarnya setiap sultan atau khalifah Empayar Turki Uthmaniyyah memiliki apa yang dinamakan sebagai Tughra yakni tandatangan kaligrafi yang unik dan bergaya kreatif. Empayar juga memiliki lambang sendiri dan bendera sendiri (berasaskan bulan bintang) sebagai simbol empayar. Namun dalam kes abad ke-19 itu, Pihak Turki didorong untuk mereka sebuah jata berasaskan standard jata dalam tradisi Eropah semata-mata untuk memenuhi permintaan sekutu-sekutunya (dalam Perang Crimea) juga untuk memperlihatkan prestij dan maruah empayar yang ditakrifkan dalam satu jata khas sebagaimana standard negara-negara Eropah. Ini juga bertujuan sebagai pengiktirafan kepada Turki untuk menyertai apa yang dikenali sebagai Kuasa-kuasa Besar; yang mana muncul setelah kemenangan pihak bersekutu ke atas Rusia dalam Perang Crimea.

Sekarang mari kita lihat perincian dalam jata yang indah ini, yang mana rekaan yang terkini disempurnakan ketika pemerintahan Sultan Abdül Hamid II pada 17 April 1882. Dalam jata ini, ia mengandungi 37 lambang, objek atau bentuk.

Kita mulakan dari bahagian atas. Terdapat 3 objek di sana iaitu:

1) Matahari : sebagai simbol pencerahan atau cahaya yang menerangi seluruh empayar

2) Tughra : tandatangan khas Sultan Abdul Hamid II. Di bawahnya tertulis dalam bahasa Arab: “Pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid yang percaya kepada Tuhan.”

3) Bulan Sabit : melambangkan Islam

4) Serban : melambangkan penguasaan, juga melambangkan pengasas empayar, Osman Ghazi.

5) Dua lembing: melambangkan penjagaan atau perlindungan.

Kemudian kita lihat bahagian tengahnya. Di sana terdapat:

1) Perisai : di dalamnya ada sejumlah bintang,standard sebenar dikatakan 12 bintang, namun dalam lain-lain versi terdapat 8,10 atau 16. Juga terdapat bulan sabit dalam sesetengah versi.

2) Dua Bendera: bendera sebelah kanan berwarna merah adalah melambangkan kerajaan Turki, manakala bendera sebelah kiri berwarna hijau melambangkan khilafah Islam.

3) Dua Lembing : sebagai panji-panji kepada bendera.

Sekarang kita lihat barisan objek di sebelah kanan, yang terdiri dari pelbagai senjata, dari atas:

1) Kapak Perang Tunggal

2) Kapak Perang Berkembar

3) Lembing

4) Pedang

5) Meriam

6) Gedak Besi

Kemudian objek sebelah kiri, bermula dari atas:

1) Kapak Perang Tunggal (dalam sesetengah versi, bayonet rifel)

2) Kapak Perang Berkembar

3) Pistol

4) Cokmar

5) Neraca : melambangkan keadilan

6) Buku : atas melambangkan Al-Quran, bawah melambangkan perundangan.

Kemudian kita lihat di sebelah bawah perisai:

1) Sebelah kanan, perisai, sesetengah versi menggambarkan topi besi.

2) Jambangan bunga di dalam tanduk. Dalam tradisi Eropah disebut sebagai Cornucopia.

3) Obor

4) Trompet/sangkakala

5) Bekas Anak Panah

Kedua objek ini bersilang dengan trompet di tengah-tengah.

6) Sebelah kanan terdapat peluru meriam, dengan jumlahnya bervariasi antara 2 atau 3 biji.

7) Sebelah kiri terdapat sauh, melambangkan kekuatan di laut

Di bawah semua ini adalah motif bunga-bungaan dan di bawah motif ini terdapat 5 medal atau lencana kebesaran yang seolah-olah tergantung pada jata ini :

1) Şefkat Nişanı,

2) Nişan-ı Osmani,

3) Nişan-ı iftihar,

4) Mecidi Nişanı,

5) Nişan-ı Ali imtiyaz

Kesemua objek-objek pada jata ini melambangkan maksud-maksud tersendiri terutama sejumlah besar senjata yang diletakkan di kanan dan kiri jata. Ini melambangkan keupayaan dan kekuatan empayar sebagai kuasa tentera yang memiliki sejarah yang panjang dalam peperangan di Eropah dan lainnya.

Apabila jata dibuat, ia akan melambangkan sesebuah entiti yang diwakilinya. Jata Empayar Turki ini melambangkan sikap penghormatan terhadap negara, empayar dan kedaulatannya. Ini termaktub dalam rekaan indah pada jata yang mengagumkan ini.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here