Gangguan Mental Mr Bean

0
6261
views

Mr. Bean kelihatan seperti seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa. Melihat dunia dengan rasa takjub pada wajahnya dan selalu melakukan perkara yang mengarut (silly). Bean tidak pernah menyoal tindakannya, tetapi menerima setiap tindakannya. Apakah sebenarnya disebalik perkara ini?

Sepanjang tv bersirinya, Mr. Bean selalunya bercakap dengan menggumam (mumbels) ataupun respon hanya dengan satu perkataan seperti namanya, ‘Bean’. Perkataan monosyllabic seperti dapat dikaitkan dengan autism, sindrom Asperger, ataupun sindrom Savant yang semuanya disertai dengan satu penyakit yang dipanggil sebagai halangan leksikal. Leksikal adalah perbendaharaan kata menurut kamus dewan.

Bean juga adalah janggal secara sosialnya. Rakannya adalah ‘Teddy bear‘ dan rakan manusianya yang paling rapat Irma Gobb. Sosial ini dapat diklasifikasikan sekurangnya sebagai Spektrum Autism, iaitu gangguan perkembangan neuro sama ada dia sedang bergelut untuk bersosial ataupun dia pilih untuk tidak mahu bersosial.

Mr. Bean mudah terdedah dengan bahaya. Seorang yang naif dan tidak bersalah, tetapi dia juga kelihatan mementingkan diri dan pendendam. Dia mampu bertukar antara dua personaliti ekstrem ini seperti kanak-kanak kecil dan remaja. Sepeti mana kanak-kanak, tugas utamanya adalah untuk melindungi dirinya, tetapi selepas itu kita akan dapati dalam dirinya mempunyai sikap mementingkan diri.

Setiap kali Mr. Bean bertembung dengan Reliant Robin (kereta tiga tayar), dia akan cuba untuk cari pasal. Perlakuan ini boleh diklasifikasikan sebagai Obsessive Complusive Disorder (OCD). Bean selalu menjerumuskan dirinya dalam pelbagai masalah. Kita akan dapati masalah yang timbul selalunya berpunca daripada dirinya sendiri. Tetapi dia masih mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Pemikirannya yang menakjubkan dan kreatif dalam menyelesaikan masalah boleh dikategorikan sebagai inteleknya yang berada di atas purata normal.

Kesimpulannya, dengan segala bentuk gangguan (disorder) ini, Mr. Bean mungkin adalah High Functioning Autism, iaitu manusia yang mempunyai autism tetapi dia berfungsi dengan kadar yang sangat tinggi daripada manusia biasa.

HFA mempunyai ciri-ciri berikut,

– Rendah kemahiran bertaakul (reason)
– Mempunyai kemahiran kreatif dan visual yang tinggi.
– Mempunyai kuriositi dan minat yang tinggi
– Mempunyai kebimbangan yang tinggi, berkait dengan OCD

HFA juga dikaitkan dengan sindrom Asperger, iaitu mereka yang mempunyai masalah komunikasi dan masalah sosial, turut disertai dengan perlakuan dan minat yang kerap berulang (OCD).

I think Mr Bean is a very uncynical character, he is actually very open and entirely self-centred and a highly vindictive character when he wants to be. Not at all pleasant, but at the same time I do not think he has any malice in him.” – Rowan Atkinson

Sumber: knowledgeguild.wordpress.com

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here