Siapakah Hashashin Yang Masyur Itu?

0
11196
views

• Sekitar 1090M/1094M pengikut setia Nizar Ismailiyah, Hassan i Sabbah, membentuk sebuah organisasi rahsia iaitu kelompok pembunuh berani mati (Order of Assasins).

• Kerana luasnya pengaruh Hassan, maka kelompok ini disertai oleh sukarela dari berbagai wilayah & kerajaan pada waktu sebelum/semasa Perang Salib Pertama.

• Dibentuknya organisasi ini adalah untuk menyerang musuh politiknya, kerajaan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Kesultanan Seljuk & mengancam tentera Salib Eropah (pada masa itu tentera Salib menguasai wilayah di persisiran barat di Timur Tengah).

• Mereka menggelar diri sebagai pengikut Nizar Ismaili tetapi musuh mereka menggelar dengan panggilan ‘Hashasin’ yang bermaksud penghisap ganja atau pengikut setia Hassan.

• Realitinya, Hassan memanggil pengikutnya sebagai Assasiyun, iaitu orang yang berpegang teguh pada iman (Syiah Ismaili).

• Rukun gerakan ini adalah, ajaran Syiah Ismailiyah sebagai inti ajaran, menjadikan Khalifah Fatimiyyah sebagai pusat kesetiaan & segala pemerintah atau negara Sunni yang bernaung di bawah Dinasti Abbasiyah sebagai musuh utama.

• Pada awalnya gerakan Hassan i Sabbah ini hanyalah sekadar menyebarkan ajaran Syiah Ismailiyah semata-mata di merata-rata tempat & pusat dakwahnya yang pertama adalah di Damghan ( tetapi kawasan ini masih baru & mudah diketahui oleh pemerintah Dinasti Seljuk ).

• Hassan menemui benteng Alamut, iaitu benteng yang strategik yang berada jauh dari jangkauan musuh & memudahkannya untuk menyebarkan ajaran gerakan dakwahnya.

• Pada tanggal 4/9/1091M, Hassan menawan benteng Alamut (berada di Elburz, Mountain of Persia, di utara Iran berketinggian 6,000 kaki dari paras laut) daripada tangan seorang penguasa Syiah tanpa pertumpahan darah melalui dengan pembelian benteng ini dengan harga 3,000 dinar & mendirikan pusat yang kelak menjadi tempat para Hashasin dilahirkan.

• Benteng Alamut (Aluh Mut) dikenali juga sebagai ‘Death Mountain’, ‘Eagle’s Nest’ atau ‘Petunjuk Helang’.

• Organisasi ini juga membangunkan tiga lagi benteng baru iaitu satu lagi berada di kawasan berdekatan benteng Alamut, dua lagi berada di kawasan perbatasan Syria & kerajaan Seljuk. Sumber juga mengatakan bahawasanya kelompok ini menguasai benteng di kawasan Rudbar & Quhistan (perbatasan Afganistan).

• Salah satu benteng yang akan dikepung oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi adalah benteng Masyaf.

• Gerakan ini menyebar dengan cepat melalui doktorinnya & mampu menguasai banyak benteng serta kota di kawasan pergunungan Iran sehingga membentuk seperti kerajaan Batiniyyah.

• Pengaruh gerakan ini mengancam kekuasaan Dinasti Abbasiyah & Dinasti Seljuk.

• Pada pertengahan 1092M, Sultan Dinasti Seljuk, Malikshah menghantar pasukan ke Alamut & Quhistan tetapi menemui kegagalan.

• Hassan tidak pernah keluar dari benteng itu selama 33 tahun kerana terlalu sibuk menghasilkan buku doktorin Syiah Nizar Ismaili & menyebar pemikirannya kepada pengikutnya sehingga menjelang hari kematiannya.

•Setelah itu, Hassan menyusun atur organisasi ini kepada beberapa bahagian iaitu:

1) Pemimpin : Hassan i Sabbah.
2) Ketua propaganda/pengatur pembunuhan.
3) Rafiq (sahabat).
4) Lasiq (penganut).

Lasiq ini dikemudian harinya digelar ‘Fidai’ iaitu kelompok yang siap-sedia untuk mati & merupakan kelompok pengganas yang pertama di dunia ( yang digelar Assasin di dunia Barat ).

• Kelompok Lasiq diberikan latihan penggunaan pelbagai senjata membunuh tetapi senjata yang sering digunakan mereka adalah jenis pisau belati bermata bengkok.

• Kelompok Lasiq ini diberikan latihan kesabaran, mengatur strategi, penguasaan pelbagai bahasa utama ketika itu, selok belok musuh & majoriti kelompok ini dianggotai oleh pemuda Syiah Ismaili yang sihat serta kuat untuk menjalankan misi ini.

• Taktik kelompok Lasiq adalah menyamar sebagai ahli sufi, tentera, pelayan dan lain-lain & mereka ini akan bekerja keras untuk menempati posisi yang dipercayai supaya rancangan pembunuhan mereka berjalan dengan lancar tanpa disyaki.

• Mangsa dibunuh di kawasan orang ramai seperti kawasan masjid, ketika solat Jumaat & ketika mangsa sedang menunaikan ibadah solat, dengan menikam ke bahagian dada mangsa menggunakan pisau belati yang disadur racun.

• Khidmat Hashasin diperlukan sebagai pembunuh bayaran diantara pemimpin politik kerajaan Seljuk & kerajaan Kristian.

• 1 Mei 1103 M, mangsa pertama mereka ialah Jannah al-Dawla, penguasa Homs yang dibunuh semasa solat Jumaat di sebuah masjid (pembunuhan ini dirancang oleh Ridwan, penguasa Aleppo yang bermusuhan dengan Jannah al-Dawla).

• Setelah pengangkatan khalifah al-Musta’li sebagai khalifah Dinasti Fatimiyyah menggantikan ayahandanya, Khalifah al-Muntashir maka pengikut abang Khalifah Musta’li, Nizar, menentang perlantikan ini kerana mereka menganggap Nizar lebih layak memegang tampuk pemerintahan Dinasti Fatimiyyah.

• Nizar menentang dari Alexandria tetapi kemudian beliau tertangkap & dibunuh oleh tentera Dinasti Fatimiyyah.

• Gerakan ini juga akhirnya tidak sefahaman dengan fahaman Dinasti Fatimiyyah & pada tahun 1130M, 10 orang Fidai berjaya membunuh Khalifah Fatimiyyah, al-Amir (akibat dari peristiwa ini, Dinasti Fatimiyyah melancarkan peperangan terhadap gerakan Hashasin).

• Mangsa pembunuhan mereka sepanjang berjalannya organisasi ini ialah, Nizam al-Mulk – menteri besar kerajaan Seljuk, Gabenor Mosul yang ingin menyatukan Islam Sunni, kadi kedua terkemuka pada ketika itu – Abu Sa’ad al Harawi, Al-Borski pemimpin yang menyatukan Aleppo-Mosul & anaknya.

Nizam al-Mulk dibunuh di perkampungan Sahna (berhampiran Nahawand) oleh seorang Hashasin yang menyamar sebagai ahli Sufi.

• Salahuddin al-Ayyubi juga pernah diserang secara dua kali oleh Hashasin di bawah perintah Rashideddin Sinan (dikenali sebagai ‘The Old Man of The Mountain’ oleh tentera Salib & memangku jawatan pemimpin Hashasin cawangan Syria pada ketika itu).

• Pada awal bulan Ogos 1176M, setelah berlaku serangan secara dua kali ini ke atas beliau, maka Salahuddin melakukan serangan & mengepung benteng Masyaf (kubu utama gerakan Hashasin Syria pimpinan Sinan) & berakhirnya konflik ini setelah Salahuddin & Sinan mengadakan perjanjian damai.

• Pada masa kepimpinan Hassan i Sabbah, beliau berjaya melancarkan pembunuhan terhadap 50 orang tokoh dunia Sunni.

• Pada tahun 1132M, pasukan pimpinan Imaduddin Zanki memerangi gerakan ini & berjaya membunuh sekitar 1,000 Hashasin.

• Setelah beberapa abad berakhirnya Perang Salib Kedua maka pasukan Mongol di bawah pimpinan Mongke Khan mula menjarah kawasan Timur Tengah & ini menyebabkan Hashasin dihantar untuk membunuh Mongke Khan, tetapi usaha ini gagal.

• Mongke Khan menghantar pasukan Mongol untuk menghancurkan kelompok Hashasin di bawah pimpinan Hulagu Khan & mengepung benteng Alamut sehingga memaksa pemimpin Hashasin yang lemah pada ketika itu menyerah diri.

• Benteng Alamut dihancurkan & perpustakaan yang mengandungi segala informasi tentang gerakan ini dilupuskan oleh tentera Mongol.

• Sisa para pengikut Hashasin yang terselamat melarikan diri ke Syria & menubuhkan kelompok baru.

• Kerana lemah maka kelompok ini tidak bertahan lama apabila ia dilenyapkan terus oleh Sultan Mamluk Baybars.

• Segala informasi tentang kelompok ini lenyap ditelan zaman & kemungkinan informasi/fakta berkaitan Hashasin ditokok tambah atau hanya mitos.

• Tetapi organisasi pembunuh elit ini sememangnya wujud & menjadi mimpi ngeri terhadap ahli politik serta pembesar pada masa itu.

Bacaan Lanjut:
The Hashasin, Bernard Livingstone, 2015

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here