Apa Nenek Moyang Melayu Kau Pernah Sumbangkan Pada Dunia?

0
5401
views

Bila disebut perkataan ‘jatidiri’,  ramai yang tidak tahu menggunakan kuasa perkataan itu,  senang cerita…  ramai yang tidak faham.  Mereka rasa perkataan tu bombastik.

Sebenarnya tak.  Sebabnya,  anda cuba mengeja perkataan itu secara budak skema. Tetapi masalahnya saya tidak mengeja begitu dan berfikir begitu. I think it’s cool.

Sebab saya tahu sejarah saya, asal-usul saya… saya tahu menggunakan perkataan JATIDIRI.  It’s actually rock your world.

Bila anda ada jatidiri,  anda rileks.  Anda rileks tu..  macam karakter Black Widow dalam franchise filem-filem Marvel.

Datang apa pun masalah, anda rileks serileks-rileksnya.  Scarlett Johansson yang melakonkan watak tu,  steady je… tak ada pulak peghak dan hulu mahupun terkinja-kinja laksana gadis pendek bertudung dipeluk artis Kpop.

Pada tahun lepas,  saya duduk bersama-sama sekumpulan tutor dari beberapa negara.  Kami berbincang tentang sistem pentadbiran sebelum muncul ideologi moden seperti demokrasi dan republik.

Salah seorang dari mereka berkata: “Our emperor had built Colosseum..” Dengan nada santai dan rileks.  Pemuda Eropah itu tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Gadis dari Macau membalas, “Our emperor had built The Great Wall…  you know that… ” Rasanya dia agak tercabar dengan kata-kata pemuda dari Itali tidak silap saya.  Pemuda Itali itu ketawa kecil melihat respon dari gadis Macau.

“Hey you..  what your emperor had built for this world?” Soalan itu seolah-olah betul-betul terkena di wajah saya. Pemuda Itali itu mengangkat keningnya.

Saya tersenyum.  Rileks sambil merenung kedua mata pemuda mat salleh itu.

“Our emperor… our emperor had built and setup international business between east and west in the busiest straits in the world. “

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here