Dewi Isis: Air Matanya Membanjiri Sungai Nil

1
2827
views
Sumber: http://www.goddess.ws/images/isis-1.jpg

Dewi ini terkenal di kalangan masyarakat Mesir Kuno kerana mereka mempercayai yang kesemua Firaun yang memerintah Dinasti Mesir Kuno merupakan titisan dari Dewa Horus. Apakah hubungan Dewa Horus & Dewi Isis sehingga mereka ini disembah oleh masyarakat Mesir pada masa itu?

• Terdapat beberapa versi cerita mengenai bagaimana & kenapa Dewi Isis dianggap sebagai salah satu dewa yang berkuasa dalam carta aturan dari para dewa & dewi kuno rakyat Mesir.

1) Versi Pertama.

• Salah satu legenda yang dipercayai oleh masyarakat Mesir pada masa itu, Dewi Isis merupakan isteri kepada Dewa Osiris.

• Pada suatu hari, Dewa Osiris & Dewi Isis turun ke Bumi yang bertujuan untuk mengajarkan ilmu pengetahuan kepada manusia.

Di antara ilmu yang diajar oleh dewa & dewi ini kepada rakyat Mesir Kuno pada masa itu adalah cara membangunkan & merangka struktur binaan piramid, mengajarkan cara pertanian & perternakan, pengubatan serta mengajari ilmu sihir.

• Ilmu sihir ini diajarkan oleh Dewi Isis khusus kepada kaum wanita sahaja pada ketika itu & kebanyakan ilmu sihir yang diajarkan oleh Dewi Isis hanyalah ilmu sihir peringkat pertengahan (medium).

Antara ilmu sihir yang diajarkan oleh Dewi Isis adalah sihir tali ikat simpul iaitu sihir yang menggunakan tali biasa & disimpul mengikut simpulan yang telah ditetapkan serta sihir ini digunakan hanya untuk mengawal cuaca.

• Ada kisah legenda yang menceritakan bagaimana Dewi Isis dapat menguasai ilmu sihir ini walhal dia hanyalah dewi yang tidak ada kemahiran alami dalam menggunakan sihir.

Ayah tiri Dewi Isis, iaitu Dewa Ra merupakan seorang dewa yang terkenal dengan kehebatannya dalam mengendalikan ilmu sihir untuk berbuat kezaliman. Dewi Isis yang benci dengan kelakuan ayah tirinya ini akhirnya menemui suatu cara untuk menguasai ilmu sihir ini juga demi persiapan untuk dirinya jika suatu hari nanti Dewa Ra melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Dewi Isis menghantar seekor ular tedung yang paling berbisa untuk mematuk Dewa Ra. Setelah dipatuk, Dewa Ra jatuh sakit & pada saat itu Dewi Isis datang ke tempat Dewa Ra & memulakan strateginya. Dewi Isis memperingatkan Dewa Ra bahawasanya dia telah dipatuk oleh seekor ular yang di mana bisanya boleh membunuh manusia mahupun dewa dalam jangka waktu yang sekejap. Dewi Isis memberitahu hanya beliau sahaja yang memiliki ubat penawar untuk mematikan bisa itu. Dewa Isi menawarkan kepada Dewa Ra untuk mengajarkannnya ilmu sihir sebagai pertukaran ke atas ubat penawar ini. Dewa Ra bersetuju & mengajarkan Dewi Isis selok belok menguasai ilmu sihir. Maka dengan itu, Dewi Isis dapat menguasai ilmu sihir ini & memberikan ubat penawar itu kepada Dewa Ra.

• Dengan segala ilmu & kehebatan yang ditunjukkan oleh Dewa Osiris serta Dewi Isis ini membuatkan masyarakat Mesir pada masa itu mengangkat mereka sebagai pemimpin Mesir.

• Dewa Osiris menjadi Raja Mesir & Dewa Isis menjadi permaisurinya.

Adakalanya Dewi Isis menjadi raja Mesir buat sementara waktu untuk mengawal keadaan di Mesir ketika waktu Dewa Osiris keluar berperang dengan musuh-musuhnya.

• Setelah mereka memerintah Mesir maka, Dewi Isis pun melahirkan anaknya yang pertama iaitu Dewa Horus.

Dari keturunan Dewa Horus inilah lahirnya para pemerintah Dinasti Mesir Kuno yang dianggap sebagai pewaris darah yang murni dari dewa.

2) Versi Kedua.

• Pada masa dahulu, muncul sebuah bukit dari permukaan Bumi & bukit ini dikenali sebagai Bukit Ben-Ben.

Di bukit inilah dipercayai lahirnya dewa pertama masyarakat Mesir Kuno iaitu Dewa Atum.

• Pada suatu hari, Dewa Atum batuk maka lahirlah Dewa Shu ( Dewa Udara ) & Dewi Tefnut ( Dewa Kelembapan ) serta mereka pun menikah.

• Dari hasil pernikahan Dewa Shu & Dewi Tefnut maka lahirlah Dewa Geb ( Dewa Bumi ) & Dewi Nut ( Dewi Langit ).

• Dewa Geb & Dewi Nut pun berkahwin lalu melahirkan 4 orang anak iaitu, Dewa Osiris, Dewi Isis, Dewa Seth & Dewi Nephtlys.

• Akhirnya Dews Osiris menjadi penguasa di Bumi & Dewi Isis menjadi permaisurinya berjaya memakmurkan muka Bumi ini dengan pelbagai kebaikan.

• Dewa Seth yang cemburu dengan kejayaan Dewa Osiris merancang sebuah pakatan untuk membunuh Dewa Osiris.

• Dewa Seth membentuk sebuah kesepakatan dengan musuh-musuh Dewa Osiris yang terdiri daripada beberapa makhluk raksasa untuk menolongnya dalam memerangkap Dewa Osiris.

• Ketika ini, Dewa Osiris dalam perjalanan pulang ke Mesir bersama pasukannya & apabila sampai di pertengahan jalan Dewa Osiris terpisah dengan pasukannya serta terperangkap di dalam sebuah dimensi yang diciptakan dari sihir Dewa Seth.

Ketika Dewa Osiris terperangkap di dalam dimensi sihir ini, Dewa Seth & kesemua raksasa yang bersekutu dengannya menyerang serta berjaya membunuh Dewa Osiris.

• Dewa Osiris dibunuh & badannya dipotong serta dibahagikan kepada beberapa bahagian yang di mana setiap bahagian cebisan daging Dewa Osiris diberikan kepada setiap raksasa itu sebagai trofi kemenangan.

• Dewa Osiris mati & rohnya masuk ke alam kematian serta Dewa Seth mengambil alih Bumi dan menjadi penguasa di Mesir.

• Dewi Isis yang mengetahui kematian Dewa Osiris dibunuh oleh Dewa Seth terus memanggil anaknya, Dewa Horus untuk mencari Dewa Seth & membunuhnya .

• Dewa Horus berjaya membunuh Dewa Seth & Dewi Isis terus mengangkat anaknya sebagai penguasa di Bumi manakala pada ketika itu Dewa Osiris menjadi penguasa di alam kematian.

3) Versi Ketiga.

• Setelah Dewa Osiris dibunuh maka Dewa Seth memotong badan Dewa Osiris kepada beberapa bahagian & cebisan daging Dewa Osiris dibuang ke dalam sungai Nil.

• Dewi Isis yang sedih apabila mendengar khabar kematian Dewa Osiris terus menangis & menyebabkan air di sungai Nil melimpah serta limpahan air ini menyebabkan Mesir tenggelam buat sementara waktu.

• Dewi Isis mencari kembali kesemua cebisan daging Dewa Osiris di dalam sungai Nil dengan bantuan adiknya, Dewi Nepthys.

• Setelah menemui kesemua cebisan daging Dewa Osiris, maka Dewi Isis meminta bantuan dari dewa kematian juga merupakan anak angkatnya, iaitu Dewa Anubis untuk membawakan kembali Dewa Osiris ke dunia.

Dengan menggunakan ilmu sihir yang ada pada dirinya & bantuan Dewa Anubis maka Dewa Osiris berjaya dibangkitkan kembali dari alam kematian.

• Setelah menghidupkan kembali Dewa Osiris, maka Dewi Isis dengan Dewa Horus & pasukan tenteranya memburu Dewa Seth & berjaya membunuhnya.

• Dewa Osiris kembali menjadi penguasa Bumi & pemerintah Mesir setelah kematian Dewa Seth.

Setelah peristiwa bangkitnya Dewa Osiris dari alam kematian, maka Dewi Isis juga dikenali sebagai Dewi Kematian atau Permaisuri Alam Kematian.

4) Versi Keempat.

• Setelah menemui beberapa cebisan daging Dewa Osiris, maka Dewi Isis mengumpul kesemua cebisan daging ini & membungkuskannya di dalam balutan kain perban atau kain putih.

Teknik ini yang sekarang dikenali sebagai teknik mumi.

5) Versi Kelima.

• Menurut versi kelima ini, kisah Dewa Osiris & Dewi Isis diambil dari sebuah buku yang ditulis oleh seorang pendeta Chaldean pada abad ke-3 SM.

• Kisah versi ini sangat berbeza dengan kisah yang dipaparkan dalam lukisan-lukisan yang terdapat di dinding piramid di Mesir.

• Dalam versi ini, Dewa Osiris digambarkan sebagai seorang sosok pemimpin yang pernah memerintah Mesir Kuno pada suatu ketika dahulu.

• Dewa Osiris digambarkan sebagai cucu dari Noah & anak dari Ham ( Cham ).

• Hasil perkahwinan Ham dengan Rhea, maka lahirnya anak-anaknya iaitu, Typhon, Cush, Osiris & Isis.

Ham mempunyai dua isteri & melahirkan anak, diantaranya :

1) Ham & isteri pertamanya, Noegla = Lahirlah Typhon & Cush.

Cush dikenali sebagai ayah kepada Raja Nimrod (Namrud).

2) Ham & isteri keduanya, Rhea = Lahirlah Osiris & Isis.

• Sekitar period pemerintahan ke- 43 Raja Nynus, pemerintah Babylonia maka Dionysius mengusir Ham & Rhea dari Babylonia kerana mereka telah berbuat jahat kepada ayahnya, Raja Hammon.

• Walaupun Dionysius menghalau Ham & Rhea, dia masih berasa simpati pada nasib Osiris, lalu dia mengambil Osiris sebagai anak angkatnya.

• Dionysis mengajar Osiris membaca dari kecil & meminta pertolongan dari Olympus untuk menjadi guru kepada Osiris.

• Ketika Osiris mencapai umur 50 tahun, dia berkahwin dengan adiknya sendiri iaitu, Isis & mereka berdua berpindah ke Mesir & menjadi pemerintah di sana.

• Hasil perkahwinan ini, maka Isis melahirkan anak diantaranya :

1) Hercules.
2) Anubis.
3) Macedon.
4) Lidus.
5) Meon.
6) Neptune.
7) Horus.
8) Isis.

• Ketika memerintah Mesir, Osiris membawa Mesir ke puncak kegemilangan & kemakmuran dengan mengajarkan rakyatnya dalam bidang pertanian dengan menunjukkan cara menanam jagung & mengolahkan jagung menjadi bahan makanan.

• Dengan pelbagai kejayaan & kemakmuran yang dikecapi oleh Osiris membuatkan saudara lain ibu, iaitu Typhon merancang suatu pakatan dengan raksasa yang memusuhi Osiris.

• Pada suatu hari, Osiris bersama pasukannya keluar untuk berperang & Isis mengambil alih pemerintahan buat sementara waktu di Mesir.

• Typhon menggunakan kesempatan ini dengan memerangkap Osiris ketika Osiris bersama pasukannya dalam perjalanan pulang ke Mesir.

• Osiris terperangkap dalam ilmu sihir yang dipasang oleh Typhon lalu Osiris diserang & dibunuh oleh sekumpulan raksasa yang bersepakat dengan Typhon.

• Tubuh Osiris dipotong kepada 26 bahagian & setiap bahagian ini dibahagikan kepada para raksasa itu.

Pada ketika ini, umur Osiris mencapai sekitar 300 tahun & dalam period waktu ini juga, Raja Baleus memerintah kerajaan Babylonia.

• Isis yang terkejut dengan berita kematian Osiris dibunuh oleh saudaranya mengambil alih pemerintahan di Mesir.

Ketika ini, Isis berumur 280 tahun.

• Isis mengumpulkan bala tenteranya & melantik anaknya, Horus untuk memburu & membunuh kesemua raksasa serta Typhon.

• Typhon bersama pasukan raksasanya berjaya dikalah dalam sebuah peperangan di sungai Oris.

• Setelah itu, Isis memerintah Mesir dengan damainya sehingga menjelang kematiannya.

FAKTA TAMBAHAN MENGENAI DEWI ISIS

• Nama Dewi Isis adalah berasal dari bahasa Greek & namanya di dalam bahasa Mesir Kuno lebih dikenali sebagai Aset atau Iset.

Namanya juga bermaksud mahkota, iaitu sanggul rambutnya juga merupakan mahkotanya.

• Disembah sebagai Dewi Pelindung & Kesuburan ketika pemerintahan Dinasti Mesir Kuno.

• Dewi Isis merupakan salah seorang anggota Ennead, iaitu suatu keanggotaan yang terdiri daripada 9 dewa & dewi yang tinggal di Heliopolis.

Heliopolis – Tempat kelahiran dewa sembahan tamadun Yunani Kuno.

• Mereka ini dipercayai sebagai dewa & dewi yang menjaga kestabilan & kemakmuran Mesir pada ketika itu.

• Dewi Isis mempunyai kuasa penyembuhan & kisahnya diceritakan yang Dewi Isis pernah menyembuhkan bisa kala jengking yang tersarang di dalam badan Dewa Horus.

Kala jengking ini dihantar oleh Dewa Seth supaya dengan kematian Dewa Horus, maka dia lebih layak menaiki takhta & memerintah Mesir.

• Dewi Isis menjaga Dewa Anubis, iaitu anak hasil dari pernikahan Dewa Osiris & Dewi Nepthys.

• Dewi Isis digambarkan gemar memakai pakaian yang labuh & memakai mahkota yang berbentuk neraca timbang yang diukir dengan simbol Hieroglif.

Mitos lain juga sering menyebutkan Dewi Isis memakai mahkota milik Dewi Hathor, iaitu sebuah mahkota yang bertanduk lembu & dihiasi di tengah mahkota itu sekeping ‘plat disk’ ( mirip menyerupai bentuk bulan ).

• Digambarkan selalu memegang sebuah kunci Ankh, iaitu kunci yang membawa simbol kehidupan yang abadi.

• Simbol Tyet juga berkait rapat dengan Dewi Isis & simbol ini membawa makna kebajikan & kehidupan serta simbol ini digunakan untuk melindungi pakaian dewa & dewi Mesir Kuno.

Simbol ini juga berkait rapat dengan Buckle of Isis, Blood of Isis & Gridle of Isis.

• Dewi Isis & Dewi Nepthys juga dipercayai pelindung makam-makam purba & wajahnya selalu digambarkan atau diukir di permukaan keranda.

Ini kerana, kuasa Dewi Isis & Dewi Nepthys dipercayai dapat melindungi mayat daripada gangguan kuasa jahat atau syaitan.

• Digambarkan mempunyai sepasang sayap yang cantik di bawah kedua lengannya.

Apabila dibuka sayapnya, maka simbol ini membawa makna alam dunia & alam akhirat.

• Bangsa Rom mengambil watak Dewi Isis & meletakkannnya sebagai dewi sembahan mereka dengan panggilan nama Dewi Stella atau lebih dikenali sebagai ‘Star of the Sea’.

• Tetapi ketika empayar Rom menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara, pihak pemerintah telah mengharamkan penyembahan atau ritual yang berrsangkut paut dengan Dewi Isis.

• Dewi Isis juga dipercayai sebagai penjaga organ tubuh mumia yang diawet & diletakkan di dalam balang atau lebih dikenali di dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Canopic Jar’.

Dewi Isis memerhatikan proses permumiaan yang memisahkan bahagian organ dalaman mayat seperti bahagian hati, perut & usus.

Kesimpulannya, Dewi Isis telah dikaji oleh para ahli sejarah & ianya dianggap sebagai mitos. Tidak wujud & kalau ianya wujud hanya sebagai ciptaan manusia. Kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran Rasulullah saw wajiblah mempercayai tiada Tuhan selain Allah swt. Surah al-Ikhlas adalah buktinya.

Sumber Rujukan:

1) The Passion of Isis and Osiris : A Gateaway to Trascendant Love by Jean Houston, 1998.

2) An Historical Treatise of Travels of Noah Into Europe : A Containing the First Inhabition & People Thereof by Richard Lynche.

Comments

comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here