Etimologi Nama Benua

0
2074
views
Peta Dunia

 

Peta Afrika

Afrika

Rom Purba telah menggunakan nama “ Africa terra “ yang bermaksud Tanah Afri untuk kawasan di bahagian utara benua yang pada hari ini terletaknya negara Tunisia. Asal perkataan Afer mungkin berasal daripada perkataan Phonesia iaitu afar ( debu ) yang merupakan nama suku Afri yang mendiami bahagian utara Afrika , di sekeliling kawasan bernama Carthage (Tunisia); perkataan Greek iaitu aphrike (tanpa kesejukan); atau perkataan Latin iaitu aprica (panas terik).

Permulaannya, orang Rom hanya merujuk Afrika kepada kawasan di sekitar Tunisia namun nama tersebut kemudiannya diperluaskan apabila daerah seperti Tripolitania, Numidia, Mauretania dan Caedariensis telah dimasukkan ke dalam kawasan Diocesis Afrika disebabkan pengstrukturan semula pentadbiran yang dibuat oleh Diocletian. Setelah itu, apabila Justinian I menguasai semula kawasan bekas jajahan Empayar Rom Barat, semua kawasan bermula daripada Sungai Chelif sehingga ke Teluk Sidra telah ditakluki oleh Empayar Byzantine dan dikenali sebagai “ Exacharte of Africa “. Pada Zaman Pertengahan, orang Eropah telah meningkatkan pengetahuan mereka mengenai saiz benua Afrika dan mereka akhirnya mewakilkan Afrika sebagai satu benua yang baru.

Amerika

Peta Amerika

Nama benua Amerika diambil daripada nama seorang pengembara Itali, Amerigo Vespucci atau dalam Latin, Americus Vespucius. Vespucci mengikuti 4 kawannya mengembara di sepanjang pesisir pantai Venezuela dan Brazil. Beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan pandangan bahawa daratan di bahagian Barat yang baru terokai ini merupakan sebuah benua. Sebagai penghargaan, pelukis peta pertama Amerika yang berbangsa Jerman, Martin Waldseemuller telah menamakan benua tersebut sempena nama Vespucci.

Teori lain telah dikemukakan oleh Alfred Hudd bahawa perkataan Amerika berasal daripada perkataan Amerike atau ap Meryk, berdasarkan manuskrip yang hilang di mana Alfredd menyatakan beliau pernah melihat manuskrip tersebut.

Antartika

Peta Antartika

Nama Antartika berasal daripada perkataan Greek iaitu antarktikos, daripada anti dan arktikos  yang membawa maksud “ bertentangan kepada Artik ( Utara ) “. Arktikos berasal daripada Arktos, nama Greek bagi beruang besar Ursa Major, yang hanya boleh dilihat Hemisfera Utara.

Asia

Peta Asia

Perkataan Asia berasal daripada perkataan Greek purba iaitu “ Aoia “, yang diperkenalkan oleh Herodotus pada 440 sebelum Masihi yang merujuk kepada Anatolia ( Turki ) dan Empayar Parsi. Nama tersebut datang daripada orang Hittite bernama Assuwa, di mana nama tersebut digunakan untuk merujuk kepada bahagian tebing timur Laut Aegean.

Dua kemungkinan kenapa nama tersebut dipilih adalah perkataan tersebut berasal daripada kata dasar bagi Aegean iaitu Asis bermaksud berlumpur dan berkelodak yang merujuk kepada tebing di sebelah timur Laut Aegean. Selain itu, kemungkinan yang kedua ialah Asia merupakan kata dasar bagi kata pinjaman Semitik iaitu Asu ( terbit / cahaya ) yang merujuk kepada arah matahari terbit, dan Asia boleh ditafsirkan sebagai tanah di bahagian timur.

Eropah

Peta Eropah

Nama Eropah diperolehi daripada perkataan Latin iaitu Europa yang berasal daripada perkataan Greek eurys ( lebar/luas ) dan ops ( muka ). Dalam mitologi Greek, Europa merupakan nama anak perempuan Raja Phoenician bernama Agenor ( Phoenix )

Ernest Klein menyatakan kemungkinan yang lain ialah Eropah berasal daripada kata dasar Sumeria dan Semitik purba iaitu Ereb yang bermaksud kegelapan atau keturunan yang merujuk kawasan barat yang mempunyai hubungan iaitu daripada Mesopotamia, Tebing Levantine, Anatolia dan Bosporus. Terma ini bermaksud tanah matahari terbenam atau umumnya tanah di bahagian barat.

Oceania

Peta Oceania

Oceania berasal daripada perkataan Inggeris “ ocean “ yang bermaksud jumlah air yang besar. Perkataan tersebut berasal daripada perkataan Greek iaitu okeanos, bermaksud sungai besar atau laut yang meliputi bumi.

RUJUKAN

https://www.quora.com/When-and-by-whom-were-the-continents-given-names

www.etymonline.com

www.todayifoundout.com/index.php/…/the-origin-of-the-names-of-the-continents/

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here