Al-Idrisi: Pencipta Glob Pertama Dunia

0
1690
views

• Nama lengkapnya Abu Abdullah Muhammad Ibnu Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris as-Sharif.

• Dilahirkan di Ceuta, Sepanyol pada tahun 493M (1100M) meninggal dunia pada tahun 560H (1165M).

• Lebih dikenali sebagai al-Idrisi as-Sharif.

• Al-Idrisi suka mengembara ke tempat yang jauh termasuk Asia & Afrika.

• Kemasyhuran dan kehebatan al-Idrisi sampai ke telinga Raja Roger II dari Silica (1129M-1140M).

Raja Roger mengundang al-Idrisi & memberikan segala kemudahan untuk membuat peta dunia yang paling baru.

• Al-Idrisi bersetuju dengan permintaan Raja Roger dengan bersyarat, iaitu dalam peta itu beliau mahu memasukkan data wilayah Sicily yang pernah berada di bawah kekuasaan Islam sebelum Raja Roger berkuasa.

• Peta yang dimahukan oleh Raja Roger disiapkan oleh al-Idrisi dalam bentuk globe diperbuat dari perak yang seberat 400 auns.

Dalam globe itu memuatkan danau, sungai, kota-kota besar, daratan, dan pergunungan.

Al-Idrisi juga membezakan kawasan bertanah subur & bertanah gersang.

• Globe ini dilengkapi dengan penulisan sebuah kitab karyanya yang berjudul Kitab al-Rujari (Roger’s Book) sebagai bentuk penghormatan al-Idrisi kepada Raja Roger.

Dalam buku ini dinyatakan dengan jelas kewujudan sebuah pulau yang terletak amat jauh & terpencil seperti sebuah pulau berais (kemungkinan Iceland) di mana perjalanan ke sana amat sukar kerana perlu menempuhi kabus tebal.

Al-Idrisi juga menggambarkan Laut Gelap atau Lautan Atlantik & berpendapat penduduk yang mendiami kawasan itu dikenali dengan nama penduduk Inggeris.

• Ketepatan peta dunia yang dibuat oleh al-Idrisi dalam sebuah bentuk globe adalah tepat & mirip dengan peta dunia zaman sekarang.

Al-Idrisi terkenal dengan kebijaksanaan mengukur garis bujur & garis lintang menggunakan papan gambar yang disebut Lauhul Tarsim.

• Buku karya al-Idrisi yang bertajuk Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afat (Kemudahan Untuk Orang Yang Mahu Melakukan Perjalanan Melampaui Berbagai Iklim) menjadi sebuah ensiklopedia yang mengandungi berbagai peta yang digambarkan secara terperinci & mempunyai maklumat yang lengkap dari negara Eropah.

Ringkasan buku ini diterbitkan di Rom pada tahun 1592M & diterjemahkan dalam bahasa Latin.

Terjemahan ini kemudian diterbitkan semula di Rom pada tahun 1619M dengan berjudul Geographia Nubiensis.

• Setelah membuat semula satu kompilasi ensiklopedia yang lebih menyeluruh berjudul Rawd Unnas wa-Nuzhat al-Nafs.

Buku lain karyanya adalah:

1) Shifatul Arab.
2) Kharithanul ‘Alamil ma’mur minal Ard (Peta Dunia) yang memuatkan wilayah Asia, Afrika & Eropah pada masa dahulu & dalam buku ini al-Idrisi mengatakan adanya 7 benua.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here