Bakteria: Makhluk Asing Itu Wujud?

0
1583
views
Gambar 1: Xenomorph, antara makhluk asing paling terkenal dalam persada perfileman. Hak intelek ciptaan ini adalah milik H.R Griger dan penulis Dan O’ Bannon

Sebelum ini, saya ada menyentuh tentang bagaimana kehidupan wujud. Kali ini, saya akan terangkan tentang kebarangkalian makhluk asing wujud berdasarkan sains biologi.

Seperti yang saya sebutkan dalam artikel sebelum ini, kesemua hidupan berasal daripada ‘primordial soup’, secara kasarnya ialah tanah berlumpur yang mempunyai kompoun organik yang membentuk proto-sel seperti fosfolipid. Seterusnya, proto-sel ini akan berinteraksi dengan proto-sel lain dan berevolusi menjadi bakteria.

Dalam sistem respirasi, kita ada 3 jenis bakteria. Satu yang bergantung kepada oksigen, satu lagi tak begitu bergantung kepada oksigen, dan akhir sekali langsung tak bergantung kepada oksigen. Bakteria yang bergantung kepada oksigen ini akan membiak dan memakan bakteria lain, dan antara yang dimakan itu ialah proteobakteria. Proteobakteria ini kemudiannya akan menjalinkan hubungan simbiosis yang bagus pada kedua-dua pihak seperti lebah dan bunga.

Proteobakteria ini menjadi mitokondria di dalam pemangsanya, sekaligus menjadi sel haiwan yang pertama. Sebab itulah mitokondria mempunyai DNA yang lain berbanding nukleus, sebab dia asalnya bakteria lain. Ada juga sel haiwan ini memakan cyanobakteria yang menjalankan fotosintesis, dan sebagaimana proteobakteria, cyanobakteria juga hidup secara simbiosis dan menjadi plastid di dalam pemangsanya, komponen fotosintesis. Hal ini menjadikan pemangsa itu menjadi sel tumbuh-tumbuhan.

Teori endosymbiont. Laluan atas mewujudkan sel eukaryot tumbuh-tumbuhan seperti phytoplankton. Laluan bawah mewujudkan sel eukaryot haiwan seperti protozoa. Dari sel purba eukaryot inilah haiwan dan tumbuh-tumbuhan wujud.

Daripada dua jenis sel ini, kehidupan mula berevolusi dan beradaptasi berdasarkan keadaan alam sekeliling, melahirkan pelbagai jenis biodiversiti yang mengagumkan. Sebagai contoh, kita ada burung yang berevolusi menjadi penguin berlemak dan berbulu tebal supaya dapat menahan cuaca sejuk. Begitu juga dengan pokok periuk kera yang berevolusi menjadi pemangsa supaya dapat menampung keadaan tanah yang tak berzat.

Jadi, apa kaitan kesemua penerangan saya dengan makhluk asing? Ini jawapannya. Apa yang saya sebut di atas itu, kesemuanya berpunca daripada bakteria yang menggunakan oksigen. Saya tak sentuh pun bakteria jenis lain. Saya tak sentuh pun kisah kejadian ‘primordial soup’ dengan lebih mendalam.

Oleh kerana bakteria pengguna oksigen ini sahaja sudah cukup untuk menghasilkan biodiversiti yang sangat besar, bagaimana dengan bakteria lain? Kita takkan temui organisme kompleks yang tak menggunakan oksigen di bumi sebab keadaan di sini menyebabkan pengguna oksigen lebih berjaya. Bagaimana dengan planet lain? Boleh jadi bakteria di planet yang tak mempunyai oksigen mampu berkembang biak dan mewujudkan biodiversiti yang sama hebat dengan kita di bumi. Setiap kali meteor jatuh terhempas ke bumi, para saintis pasti akan mendapati bakteria-bakteria di dalamnya dek tindak balas kimia yang bersamaan dengan ‘primordial soup’. Ini bermakna, bakteria mampu diwujudkan di angkasa lepas!

Sekarang, saya nak sentuh tentang arkea. Arkea ialah bakteria primitif yang berevolusi supaya dapat hidup dalam keadaan ekstrem. Selalunya, bakteria inilah yang kita tak dapat bunuh dengan cara didihkan air. Setakat suhu 100 Celsius itu ibarat sejuk lagi untuk mereka. Juga di kawasan yang sangat sejuk di antartika, mereka mampu membiak seperti bakteria biasa. Suhu -2 Celsius itu masih panas. Di mana-mana tempat yang ekstrem, nilai asid yang tinggi, tekanan air yang tinggi, Laut Mati, kita boleh jumpa arkea-arkea ini.

Gambar 2: Kolam air panas di Grand Prismatic, Taman Yellowstone yang berwarna oren dan biru dek arkea yang membiak di kawasan ekstrem.

Apa kepentingan saya cerita tentang arkea? Mudah sahaja. Sekarang, bayangkan kalau keluarga arkea ni beradaptasi. Pasti biodiversiti yang terlahir daripada arkea semestinya organisme yang kuat dan tahak lasak seperti xenomoprh ‘alien’.Saya harap sangat bakteria-arkea tak berevolusi menjadi ‘alien’, mahupun Cthulhu, Shub-Niggurath, Yog-Sottoth dan pelbagai lagi jenis makhluk Eldritch.

Comments

comments

Previous articleRahsia Di Sebalik Lawak Sudin
Next articleJangan Main-Main Dengan Kemurungan
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here