Vlad The Impaler: Dracula Dari Transylvania

1
4080
views

• Nama sebenarnya adalah Vlad III Draculea putera kedua dari Vlad II Dracul & cucu kepada Mircea the Elder.

Dracul bermaksud ‘Si Naga’ & Ulea bermaksud ‘anak dari…’ & jika digabungkan menjadi ‘Anak Dari Si Naga’ dalam bahasa Romania.

• Dilahirkan di Sighisoara, Translyvania (Hungary) ketika musim sejuk pada tahun 1431M.

mempunyai 3 orang adik beradik tiri iaitu:

1) Mircea II.
2) Vlad Calugarul.
3) Radu cel Frumos.

• Ayahnya, Vlad II mendapat gelaran ‘Si Naga’ iaitu ‘The Dracul ‘ setelah menganggotai Order of the Dragon iaitu suatu organisasi bangsawan yang ditadbir oleh Raja Hungary, Sigismund sebelum menjadi Maharaja Rom Suci (1433M – 1437M).

Vlad III menganggotai kumpulan ini ketika berumur 5 tahun & mendapat gelaran ‘Anak Si Naga’ iaitu ‘ Draculea ‘.

• Vlad II menjadi Voivode wilayah Wallachia .

Vovoide – Komando tentera dalam bahasa Slavonic Kuno.

• Anak-anak Vlad II dididik oleh para guru dari Rom, Yunani & Konstantinopel di Targoviste, ibukota Wallachia.

Mereka diajari ilmu peperangan, geografi, matematik, sains, ilmu bahasa & seni klasik.

• Pada tahun 1442M, Vlad II digulingkan dari takhta Wallachia kerana bersikap neutral ketika tentera Turki Uthmaniyah menyerang wilayah Hungary.

Raja Hungary yang murka pada ketika itu menghantar pasukan Hungary di bawah pimpinan John Hunyadi & berjaya mengusir Vlad II & keluarganya dari Wallachia.

• Vlad II meminta bantuan dari Empayar Turki Uthmaniyah & Sultan Murad II memberikan bantuan ketenteraan kepada Vlad II untuk merampas kembali takhta Wallachia.

Vlad II berjaya menaiki takhta kembali & menghantar dua orang anaknya, Vlad III & Radu ke Adrianopel sebagai jaminan kesetiaan kepada Sultan Murad II pada tahun 1442M.

Ketika itu, Vlad III berumur 11 tahun.

• Di Erdine, Vlad III & Radu diajar ilmu ketenteraan Jannisari serta ilmu-ilmu yang lain.

Radu memeluk Islam & sikapnya yang sopan-santun menjadikan beliau dapat berkawan rapat dengan Sultan Muhammad al-Fateh.

Vlad III walaupun digelar Muslim tetapi keyakinannya terhadap agama Kristian Katolik tidak pernah padam.

Dendamnya membara terhadap kerajaan Turki Utmaniyah kerana memisahkan dia dengan ahli keluarganya yang berada di Wallachia.

• Pada musim bunga tahun 1448M, John Hunyadi melancarkan kempen ketenteraan melawan empayar Turki Uthmaniyah & terjadi pemberontakan di Wallachia.

Pemberontakan ini dirancang oleh John Hunyadi.

Vlad II dan anak sulungnya, Mircea II dibunuh oleh pemberontak berdekatan Tasik Beltani yang terletak di antara Targoviste & Bucharest.

• John Hunyadi meletakkan anak saudara Vlad II, Vladislav II sebagai pemerintah Wallachia.

• Kerajaan Turki Uthmaniyyah menghantar Vlad III ke Wallachia dengan sokongan pasukan tentera Jannisari untuk merebut kembali takhta Wallachia.

Wallchia berjaya direbut oleh Vlad III kerana pada masa itu Vladislav II tiada di Wallchia kerana sibuk berperang dengan tentera Uthmaniyyah di Balkan atas arahan John Hunyadi.

• Vlad III hanya berkuasa selama 1 bulan & melarikan diri setelah Vladislav II & pasukannya kembali ke Wallachia.

• Vlad III melarikan diri ke Moldovia & mendapat perlindungan dari bapa saudaranya, Putera Bogdan II.

Setelah Vladislav II bersekutu dengan Turki Uthmaniyyah & berkhianat pada John Hunyadi, Vlad III mengambil peluang bersekutu dengan John.

• Vlad III menjadi orang kepercayaan John & dia dilantik menjadi penasihat kerajaan Hungary.

John memberikan benteng Sibiu di barat daya Transylvania ( pada waktu ini terjadi pembebasan Konstantinopel oleh Sultan Muhammad al-Fateh – 1453M ).

• Pada tahun 1456M setelah 3 tahun pembebasan Konstantinopel, empayar Uthmaniyyah memperluaskan kuasa ke kerajaan Hungary dengan merebut wilayah Beogard.

• Setelah kematian John Hunyadi (11/08/1456M),
Vlad III merebut Wallchia & berjaya membunuh Vladislav II.

• Pada fasa pemerintahan keduanya di Wallachia, Vlad III memulakan aksi pembunuhan kejamnya iaitu dengan penyulaan secara berjemaah.

• Setelah menaiki takhta Wallchia kembali maka Vlad III memulakan pemerintahannya dengan membalas dendam kepada para bangsawan & pemberontak yang telah bersekongkol dalam pembunuhan ayahnya, Vlad II.

• Pada Hari Raya Easter 1459M, Vlad III mengundang para bangsawan beserta ahli keluarga mereka ke jamuan makan malam yang diadakan di sebuah gereja.

Setelah sesi makan malam tamat, Vlad III dengan serta merta memerintahkan tenteranya menangkap kesemua para bangsawan ini untuk dihukum bunuh dengan penyulaan.

Ahli keluarga para bangsawan ini ditawan & dijadikan buruh paksa membangunkan benteng Poenari.

Ahli sejarah Yunani, Chalcondyles mengatakan, jumlah tawanan keluarga ahli para bangsawan ini mencapai sekitar 300 orang terdiri dari kanak-kanak sehingga ke orang tua.

• Benteng Poenari berlokasi di tepian sungai Agres adalah benteng darurat milik Vlad II yang bertujuan melindungi dia & ahli keluarganya apabila Wallachia jatuh ke tangan musuh.

• Selama kekuasaannya Vlad III membunuh seramai 300 ribu orang Islam iaitu:

1) Membunuh saki-baki tentera Turki yang berada di Tirgoviste, Wallachia dengan cara penyulaan setelah menaiki takhta Wallachia & mengumumkan murtad & menyatakan perlawanan terhadap empayar Turki Utmaniyyah.

2) Pada tahun 1456M, Vlad III membakar hidup-hidup 400 orang pemuda Turki yang sedang menuntut ilmu di Wallachia di dalam sebuah dewan besar.

3) Membakar hidup-hidup masyarakat Muslim yang terdiri dari petani & orang miskin di dalam suatu ruangan istana setelah jamuan makan malam.

4) Ketika Hari Saint Bartholome 1459M, Vlad III menangkap sekitar 30 ribu orang pedagang Turki yang berada di Wallachia & menyula kesemuannya.

5) Meracuni Sungai Danube bertujuan untuk membunuh pasukan Turki yang sedang membangun kota pertahanan di selatan sungai itu.

• Pada tahun 1462M, Sultan Muhammad al-Fatih menghantar 1,000 orang tentera Jannisari di bawah pimpinan Hamza Bey untuk menangkap Vlad III.

Pasukan Hamza Bey dikalahkan kerana Vlad III tahu tentang corak pertempuran Jannisari & ini memudahkan Vlad III untuk menguasai medan pertempuran.

Pasukan Hamza Bey dibunuh lalu disula & mayat mereka dipacakkan di tanah lapang di kiri dan kanan jalan sepanjang 10km menuju ke Wallchia ( menjadikan pemandangan ketika ini seperti hutan mayat manusia ).

• Sultan Muhammad al-Fateh memimpin pasukan Turki Uthmaniyyah menuju ke Wallachia & terkejut dengan pemandangan kejam itu.

Sejak dari peristiwa ini Vlad III digelar sebagai Vlad The Impaler.

• Vlad The Impaler melarikan diri ke benteng Poenari untuk bertahan di sana setelah mengetahui ketibaan pasukan Uthmaniyyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh menghantar Radu cel Frumos ke benteng Poenari dengan berkekuatan 90,000 orang Jannisari untuk menangkap Vlad The Impaler.

• Akibat tekanan yang melampau, isteri Vlad, membunuh diri dengan melompat dari menara benteng itu & terjatuh ke dalam Sungai Agres.

Vlad The Impaler yang mengetahui tentang kematian isterinya terus melarikan diri ke Hungary melalui lorong rahsia yang terdapat di dalam benteng itu.

• Radu & pasukannya dalam serangan yang dikenali sebagai ‘The Night Attack’ dapat menawan benteng Poenari pada malam harinya.

Akhirnya Radu menaiki takhta di Wallachia & dilantik oleh Sultan Muhammad al-Fateh sebagai pemimpin di wilayah Wallachia.

• Di Hungary, Vlad The Impaler tidak diterima sebagai tetamu melainkan sebagai tawanan.

Raja Hungary baru, Raja Matthias Cornivus memenjarakan Vlad The Impaler di Istana Visegard.

Pada ketika ini aura membunuh Vlad The Impaler semakin berkurang.

• Vlad The Impaler dibebaskan & berkahwin dengan anak saudara Raja Matthias, Ilona Szilagy.

Hasil perkahwinan ini Vlad The Impaler dikurniakan seorang anak.

• Setelah beberapa bulan berada di Hungary, Vlad The Impaler dibantu oleh pasukan Hungary pimpinan Putera Stephen Bathory of Tranlyvania & Putera Stephen The Great of Moldovia menyerang & merebut Wallachia.

Pada ketika ini, Radu telah meninggal dunia terkena penyakit Syphilis.

• Pada masa pemerintahan ketiga ini, Vlad The Impaler lebih suka menyibukkan diri di Gereja Snagov & menyesali perbuatannya yang lalu.

• Vlad mewasiatkan kepada paderi di gereja ini supaya mayatnya dikuburkan di dalam Gereja Snagov jika beliau meninggal dunia suatu hari nanti.

• Pada waktu ini, Sultan Muhammad al-Fateh menggempur wilayah Eropah Barat & Vlad The Impaler ditugaskan untuk menumpaskan pasukan Uthmaniyyah.

Ketika keluar berperang, Vlad hanya membawa sedikit sahaja pasukan tentera & ini menyebabkan Vlad kalah dalam pertempuran melawan pasukan Uthmaniyyah.

• Pada bulan Disember 1476M, Vlad The Impaler dibunuh dalam peperangan & kepalanya dipenggal untuk dibawa pulang ke Konstantinopel.

Tubuhnya ditemui di tepian Tasik Snagov & dikuburkan di dalam gereja Snagov sesuai kehendak wasiatnya.

• Kekejaman Vlad Draculea The Impaler dalam membunuh mangsanya dengan teknik penyulaan menginspirasikan penulis Irlandia, Bram Stoker menulis sebuah kisah puntianak dalam bentuk novel yang berjudul Dracula pada tahun 1897.

Comments

comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here