Bitcoin: Pizza Papa John Bernilai RM94.1 JUTA!

0
1753
views

Pada 22 Mei 2010 sejak mata wang digital bitcoin dilancarkan pada Januari 2009, seorang pengaturcara (programmer) bernama Laszlo Hanyecz telah berjaya membuat transaksi jual beli 2 keping pepperoni pizza Papa John dengan harga 10 000 BTC yang beliau sendiri lombong. (Ketik disini untuk ke artikel Cryptocurrency: Apa Itu Bitcoin?).

Ianya bermula di dalam sebuah forum laman sesawang Bitcoin Talk dimana Laszlo Hanyecz telah membuat satu tawaran kepada umum untuk membayar 10 000 BTC kepada sesiapa yang boleh menghantar 2 keping pizza  pepperoni kepada beliau yang berasal dari Florida. Secara tepat tawaran ini dibuat pada 18 Mei 2010 pada pukul 12.35 pagi dan beliau telah menunggu sehingga 21 Mei 2010 dan tiada sesiapa pun yang berminat mengambil tawaran tersebut sehinggalah pada 22 Mei 2010 beliau telah berjaya melengkapkan transaksi jual beli 2 keping pizza Papa John dari seorang yang bernama Jercos dengan harga 10 000 BTC. Di bawah merupakan petikan tawaran dan maklum balas yang dibuat oleh Laszlo, diambil dari forum bitcointalk.org;

Pizza for bitcoins?

May 18, 2010, 12:35:20 AM

I’ll pay 10,000 bitcoins for a couple of pizzas.. like maybe 2 large ones so I have some left over for the next day.  I like having left over pizza to nibble on later.  You can make the pizza yourself and bring it to my house or order it for me from a delivery place, but what I’m aiming for is getting food delivered in exchange for bitcoins where I don’t have to order or prepare it myself, kind of like ordering a ‘breakfast platter’ at a hotel or something, they just bring you something to eat and you’re happy!

I like things like onions, peppers, sausage, mushrooms, tomatoes, pepperoni, etc.. just standard stuff no weird fish topping or anything like that.  I also like regular cheese pizzas which may be cheaper to prepare or otherwise acquire.

If you’re interested please let me know and we can work out a deal.

Thanks,

Laszlo

 

Re: Pizza for bitcoins?

May 21, 2010, 07:06:58 PM

So nobody wants to buy me pizza?  Is the bitcoin amount I’m offering too low?

 

Re: Pizza for bitcoins?

May 22, 2010, 07:17:26 PM

I just want to report that I successfully traded 10,000 bitcoins for pizza.

Pictures: http://heliacal.net/~solar/bitcoin/pizza/

Thanks jercos!

Untuk baca lebih lanjut (jumlah semasa entri adalah sebanyak #1448) boleh ke laman sesawang forum Bitcoin Talk tersebut;

https://bitcointalk.org/index.php?topic=137.0

Hari ini semasa artikel ini di karang (31 May 2017), 2 keping pepperoni pizza itu telah pun berharga USD21.9 juta atau dalam tukaran ringgit sebanyak RM94.1 juta! (Ianya berdasarkan tukaran bitcoin semasa). Pada ketika transaksi jual beli itu dibuat pada 2010 mata wang digital bitcoin ini tiada nilai dalam pasaran mata wang dan tanpa beliau sedari transaksi itu telah pun menjadi antara detik bersejarah dalam dunia cryptocurrency kerana ia merupakan transaksi jual beli yang pertama melibatkan mata wang digital.

Kini tarikh 22 Mei telah diiktiraf dan disambut meluas oleh penggemar matawang digital dengan menggelar hari tersebut sebagai “Bitcoin Pizza Day”. Pada hari seperti ini, peminat mata wang digital akan menyambutnya dengan membeli pizza menggunakan mata wang digital. Sebagai contoh di negara Eropah, terdapat laman web seperti Takeaway.com yang menerima bitcoin sebagai bayaran untuk membeli makanan seperti pizza. Seperti di German pula, syarikat perkhidmatan pembayaran berdasarkan teknologi blockchain iaitu Bitwala telah pun melancarkan kempen pada setiap 22 Mei supaya komuniti pengguna mata wang digital dapat menggunakan bitcoin untuk menderma makanan berupa pizza kepda anak-anak pelarian di Berlin.

Sambutan “Pizza Bitcoin Day” pada 22 Mei 2017 yang lepas.

Kini 8 tahun telah berlalu dan sekarang terdapat lebih kurang 100 ribu syarikat dan organisasi telah pun mengiktiraf penggunaan bitcoin sebagai matawang dan jumlah itu semakin berkembang dari semasa ke semasa. Diharap kita dapat melihat teknologi blockchain ini yang menjadi asas sistem mata wang digital dapat di terokai dengan lebih meluas terutama untuk perkembangan sistem kewangan negara.

Sumber:

  1. Jamie Redman (2017). “Bitcoin Pizza Day: Reliving the Memories and Forging New Ones”. News.bitcoin.com
  2. Eric Mack (2013). “The Bitcoin Pizza Purchase That’s Worth $7 Million Today”. Forbes.com
  3. org
  4. http://www.coindesk.com/bitcoin-pizza-day-celebrating-pizza-bought-10000-btc/

 

Comments

comments

Previous articleSITC Dan Pembenihan Nasionalisme Melayu
Next articleCinta Shikamaru Dan Temari
Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here