Ibrahim Pendek: Anak Melayu Pertama Ke Hollywood

0
4053
views

IBRAHIM PENDEK atau nama sebenarnya IBRAHIM HASSAN berasal dari Taiping, Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1932. Kerjaya sebagai pelakon bermula pada tahun 1954 apabila beliau diperkenalkan melalui filem PANGGILAN PULAU arahan S.RAMANATHAN. Sewaktu berlakon dalam filem ALI BABA BUJANG LAPOK, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan IBRAHIM PENDEK dalam filem tersebut. Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem THE SPIRAL ROAD pada tahun 1962. Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.

PENGALAMAN IBRAHIM PENDEK

Pada tanggal 18 Ogos 1961, IBRAHIM PENDEK telah bertolak ke Hollywood selama 54 hari bagi menjalani penggambaran disana. Pemergian IBRAHIM PENDEK dihantar oleh semua para pelakon dan petugas dari Malay Film Production.

Sedikit pengalaman yang dikongsi oleh IBRAHIM PENDEK ketika berlakon di dalam filem THE SPIRAL ROAD, ialah beliau berasa sangat gembira dan seronok kerana perhubungan diantara pelakon bersama pengarah serta producer sangat baik dan dijaga. Boleh dikatakan setiap pelakon dan krew menghormati diantara satu sama lain. Sebab itulah kata IBRAHIM PENDEK, walaupun beliau berada tempat orang tetapi beliau tidak pernah merasa sunyi kerana layanan dari pihak produksi filem sangat istimewa. Menurut IBRAHIM PENDEK lagi, keadaan bekerja di Hollywood sangat sangat teratur. Setiap pelakon mempunyai bilik masing masing. Baik semasa penggambaran di dalam studio atau pun diluar studio. Di dalam bilik masing masinglah tiap-tiap pelakon akan menunggu jika belum tiba masanya dikehendaki di hadapan kamera. Di dalam bilik ini juga para pelakon akan di make up dan diberi layanan yang sepatutnya. Mereka di Hollywood sangat berdisiplin ketika bekerja.

Menurut IBRAHIM PENDEK lagi, semasa menjalani penggambaran mereka menggunakan lampu-lampu besar “arc light” yang banyak. Kerap menggunakan dua kamera untuk menggambarkan sesuatu shot. Kami para pelakon tidak dibenarkan berlatih terlalu kerap tetapi setiap satu shot itu diambil berpuluh kali. Dan dari situ pengarah akan memilih mana satu shot yang paling terbaik sekali. Ini juga membuatkan banyak penggunaan filem yang terbuang katanya.

Menurut IBRAHIM PENDEK lagi, beliau sendiri tidak diajar bagaimana hendak berlakon tetapi beliau berlakon mengikut kemahuan beliau sendiri. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh IBRAHIM PENDEK semasa di Hollywood ialah menerima sebuah record player dari producer filem ini iaitu Robert Arthur sebagai tanda puas hatinya terhadap lakonan yang dipersembahkan oleh IBRAHIM PENDEK.

Pengarah filem ini Bob Mulligan juga memberi pujian pada persembahan lakonan IBRAHIM PENDEK. Begitulah sedikit penceritaan pengalaman seniman IBRAHIM PENDEK ketika berlakon di Hollywood di dalam filem The Spiral Road. Antara bintang bintang lain yang turut mengambil bahagian di dalam filem ini seperti Gena Rowlands, Burl Ives, Geoffrey Keen, Reggie Nalder dan Neva Patterson.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here