“Carve-Out Compete”

0
243
views

TERAJU mempunyai banyak program yang bertujuan untuk menyediakan peluang kepada syarikat Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka. Lantas TERAJU memperkenalkan program “Carve-out and Compete” sebagai satu inisiatif khas bagi menarik penyertaan syarikat Bumiputera dalam projek-projek mega kerajaan, GLC dan Swasta.

“Carve-Out Compete” diterajui oleh enam prinsip rancangan Transformasi Ekonomi Bumiputera iaitu mesra pasaran, berasaskan keperluan, berasaskan merit, ketelusan, daya saing, pro pertumbuhan dan mampan. Syarikat Bumiputera juga perlu bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak projek tertentu. Secara tidak langsung, syarikat yang terbaik sahaja akan dipilih berdasarkan Merit.

Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) turut menyatakan tentang “Carve-Out Compete” di bawah strategi ke-4, “Memperkasa Ekonomi Komuniti Bumiputera”, di mana akan diperuntukan mana mana projek bernilai RM500 juta ke atas perlu disumberkan ke luar kepada usahawan Bumiputera.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here