Dana Pembangunan Perniagaan Bumiputera

0
147
views

Dana Pembangunan Perniagaan Bumiputera (BEF) telah diperkenalkan bagi membantu syarikat syarikat Bumiputera yang berkonsepkan teknologi untuk mengembangkan operasi mereka di dalam negara dan juga di peringkat global. Gabungan ekuiti dan juga pembiayaan berasaskan pinjaman antara yang ditawarkan di dalam dana ini.

Bahagian ekuiti akan ditawarkan menerusi langganan RCPS (Redeemable Convertible Preference Shares) tanpa sebarang faedah dan cagaran untuk tempoh masa lima tahun.

Sektor perniagaan yang layak menyertai mesti berkonsepkan atau berasaskan teknologi dan harus terlibat dalam salah satu daripada Kelompok Keutamaan Teknologi (Priority Technology Clusters) yang telah dikenal pasti oleh MOSTI. Antaranya bioteknologi, teknologi hijau, minyak dan gas, eletrik dan eletronik, teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi nano dan teknologi makanan.

Syarikat yang berasaskan teknologi di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) di bawah kendalian TERAJU akan diberi keutamaan. Rakan kolaborasi untuk dana ini ialah MTDC.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here