INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA (INSKEN)

0
321
views

Unit Peneraju Agenda Bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menerima Institut Kemahiran Negara (INSKEN) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. INSKEN juga turut diperbadankan sebagai sebuah Syarikat Berhad menurut jaminan pada 18 Jun 2014.
INSKEN merupakan sebuah pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan berfungsi sebagai pemudahcara latihan dan pembelajaran (learning and development) keusahawanan peringkat mikro, kecil dan sederhana.
Tugas utama INSKEN ialah mengkaji keberkesanan polisi dan melaksanakan inisiatif bagi memperkukuhkan daya saing usahawan Bumiputera. INSKEN juga menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan serta organisasi dalam dan luar negara.

Bagi memastikan segala inisitatif yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan mencapai objektif penubuhan INSKEN, mereka turut menyediakan perancangan pembangunan keupayaan dan pembangunan kapisiti usahawan Bumiputera.

Contoh program-program yang dilaksanakan merangkumi aspek aspek berikut
– Program Usahawan Bimbing Usahawan (Coaching by Industry Players)
– Program Pembangunan Perniagaan Profesional (Professional Business Development)
– Program Pembangunan Perniagaan Permulaan (Start-up Business Accelerator Program)
– Program Outreach dan Stakeholder Engagement

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here