PERMODALAN NASIONAL BERHAD

0
179
views

Permodalan Nasional Berhad (PNB) banyak berjasa dalam memperkasakan ekonomi Bumiputera untuk sekian lamanya. Antara usaha PNB ialah berkongsi kekayaan korporat serta meningkatkan pemilikan ekuiti untuk Bumiputera.

Sejak 35 tahun lepas lagi, sebanyak 165 billion unit dalam 10 tabung amanah yang diuruskan oleh PNB dimiliki oleh Bumiputera. Pada 2 April 2014, PNB telah melancarkan sejumlah 10 bilion unit Amanah Saham Bumiputera (ASB2).
Sehingga kini, hampir 3 billion unit telah dilanggan di ASB2. Selain itu, pelburan ASB 2 juga boleh dibuat menrusi akaun 1 KWSP sejajar dengan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11)

PNB juga tidak ketinggalan dalam menitikberatkan pendidikan pelaburan bersepadu demi membantu melahirkan masyarakat Bumiputera yang celik dalam bidang pelaburan dan bijak merancang kewangan. Pada tahun 2011, PNB telah melancarkan Seminar Pelaburan 360 Hari 1 Malaysia di mana telah berjaya menhimpunkan lebih 380,000 peserta hingga kini. Program ini juga tidak mengenakan sebarang caj untuk peserta.

Modul program yang melitupi segenap aspek seperti kitaran perancangan kewangan yang lengkap, perancagan kerjaya, pengurusan kewangan peribadi, aliran tunai dan juga perancangan wasiat.

PNB juga turut memperkenalkan Kuiz Pelaburan PNB, Kelab Pelaburan Bijak, serta program tahunan pendidikan kewangan terulung PNB, Minggu saham Amanah Malaysia yang telah mencatat lebih 3.1 juta peserta dari seluruh negara. Secara tidak lansung, rakyat Malaysia terdedah dengan kebaikan pelaburan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here