SKIM JEJAK JAYA BUMIPUTERA

0
138
views

Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) secara asasnya dikendalikan TERAJU dan Ekuinas secara bersama untuk memberikan khidmat nasihat sokongan dengan secara menyeluruh kepada syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk disenaraikan.

Fokus utama SJJB ialah terhadap usaha membina kapasiti organisasi itu dengan menyediakan khidmat nasihat secara menyeluruh kepada syarikat yang berpotensi. Selain itu, di bawah program ini, SJJB akan menyediakan pelan penciptaan nilai bagi menaikkan kemampanan perniagaan. Antara cara caranya ialah pertumbuhan organik dan bukan bukan organik, mengenalpasti cara mengakses dana, dan menambah baik proses urus tadbir syarikat supaya memastikan syarikat tersebut boleh disenaraikan untuk pengembangan seterusnya. Selepas itu, SJJB juga akan mengadakan kolaborasi dengan syarikat Bumiputera untuk merangka dan melaksanakan pelan IPO.
Untuk memberi impak yang maksima, SJJB telah diberikan sasaran untuk meningkatkan modal pasaran keseluruhan PLC kawalan Bumiputera.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here