SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)

0
198
views

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 demi memastikan penyediaan rumah mampu milik yang berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan objektif perumahan negara.

Di bawah program SPNB, terdapat projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang menyediakan kediaman yang berkualiti serta selesa pada harga permulaan RM 35 000 sehingga RM 250 000 kepada pembeli rumah pertama. Selain itu, Rumah Mesra Rakyat (RMR) juga turut membantu individu yang berpendapatan rendah dan sukar mendapatkan pembiayaan kewangan, Tetapi pemohon RMR perlu ada tanah sendiri. Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) pula bertemakan perumahan bercampur dengan harga jualan rumah tidak melebihi RM 350, 000 seunit di atas tanah yang dikurniakan atau usaha sama kerajaan negeri, kerajaan persekutuan badan berkanun atau agensi berdaftar.

SPNB juga menguruskan kutipan yang sedia ada bagi pemohon projek perumahan dan memberikan pembiayaan kepada pemohon yang baru serta sukar mendapatkan pembiayaan daripada bank ataupun institusi kewangan melalui program SPNB Dana dan SPNB Edar.

SPNB juga telah berjaya membuka pelbagai peluang pekerjaan contoh seperti perunding professional (perancang bandar, arkitek, juru ukur bahan, sivil dan struktur) dan kontraktor Bumiputera. Projek RMR telah menaikkan ekonomi 18000 pembekal serta membuka 950 000 peluang pekerjaan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here