TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

0
239
views

Mohd Azad Bin Jasmi percaya dengan konsep berkongsi ilmu dengan orang lain akan memberikan kita ilmu yang baharu. Ini adalah punca utama Mohd Azad Bin Jasmi atau lebih mesra dikenali sebgai Azad menjadi BisKaunselor secara sukarelawan. Peranan Azad sebagai BisKaunselor adalah untuk membantu usahawan Bumiputera memantapkan bisnes.

Beliau juga memikul tanggungjawab sebagai pengarah Eksekutif di TAJ International College, namun itu yang membuatkan semangat beliau terus berkobar untuk menjadi BisKaunselor. Beliau berpendapat tugas itu umpama jurulatih yang ditugaskan untuk memperkasakan prestasi produk dan syarikat usahawan Bumiputera. Setelah hampir setahun beliau berkhidmat, beliau banyak memberi nasihat, pandangan serta menerangkan mengenai ruang dan peluang keperluan usahawan.

Pemegang Master’s degree of Science in Housing ini berpendapat bahawa tugas BisKaunselor ini sangat penting kepada usahawan usahawan baharu. Hal ini disebabkan ia mampu mempercepatkan beberapa proses hasil tunjuk ajar daripada BisKaunselor.

Azad juga sangat berpegang teguh dengan konsep two heads ae better than one kerana beliau gemar memerah otak untuk berkongsi idea dengan usahawan usahawan lain.

INSKEN yang menyediakan inisiatif seperti BisKaunselor ini meyakinkan azad bahawa program ini akan bertindak sebagai penyelaras dan pemudahcara latihan yang akan memberi banyak manfaat kepada usahawan Bumiputera. Sikap ego dan sombong perlu dibuang jauh dari diri dan perlu diterapkan dengan sikap terbuka dan ikhlas jika hendak menjadi sukarelawan BisKaunselor ini. Paling penting BisKaunselor ini boleh menerima teguran daripada orang lain.

Anak jati Perlis Indera Kayangan ini juga merupakan seorang usahawan yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan. Beliau yang merupakan pemilik Taj International College yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak ini ada menawarkan program automotif di peringkat univerisiti. Kolej Taj ini juga merupakan antara syarikat yang berada di bawah program Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) iaitu program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS). Dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang pasti akan ada perkembangan yang sangat drastic untuk Taj International College ini.

15 tahun masa yang telah digunakan oleh Mohd Azad Bin Jasmi dalam bidang keusahawanan ini. Beliau yang kini berusia 42 tahun mahu semua usahawan usahawan Bumiputera terus bersikap positf dan menanam sifat ingin belajar, berusaha dan sentiasa memohon petunjuk daripada Allah s.w.t.

Beliau juga berpendapat bahawa tidak bersetuju dengan beberapa pandangan adalah normal tetapi kita mesti menerapkan tentang adab mendengar penat orang lain.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here