Enceladus – Satelit Semula Jadi Zuhal

0
784
views

Foto yang anda lihat di bawah ini adalah foto Enceladus, satelit semula jadi Zuhal yang sedang memuntahkan partikel ais keangkasa lepas. Foto ini diambil ketika prob angkasa Cassini sedang mencerap bahagian kutub selatan satelit semulajadi tersebut dalam siri ekspedisi mengumpul data mengenai sistem Saturnian, dan ia memberikan gambaran jelas mengenai struktur serta komposisi atmosfera, topografi permukaan dan bawah permukaan Enceladus.

Enceladus adalah satelit keenam terbesar plane Zuhal dan terletak di lingkaran luar (E-ring) planet tersebut.

Ia mula dikesan oleh ahli astronomi William Herschel pada tahun 1789 namun data mengenainya sangat kurang diketahui.

Enceladus adalah salah satu destinasi prob angkasa Voyager yang misinya adalah untuk mencerap dan mengumpul data saintifik mengenai planet planet didalam sistem Suria. Hasil cerapan saintifik Voyager pada era 80an memberikan gambaran jelas mengenai satelit semulajadi tersebut.

Dengan ukur lilit 500km, Enceladus adalah lebih kecil berbanding Titan, satelit semulajadi terbesar Zuhal dan permukaannya terdiri dari daerah yang mnegalami hentaman meteorit hingga kawasan berais dengan suhu mencecah – 198 darjah Celsius.

Prob angkasa Casinni memberikan gambaran lebih tepat mengenai satelit semulajadi tersebut, dengan imejan permukaan yang merangkumi geiser yang memuntahkan jet wap air, partikel ais dan sodium klorida hasil dari aktiviti cryovolcanic menunjukkan satelit tersebut sangat aktif dari segi geologi.

Enceladus mengorbit Zuhal pada jarak 238 000 km, dan orbitnya terletak diantara orbit dua satelit semulajadi yang lain yakni Mimas dan Tethys.

Selain Titan, Enceladus adalah antara satelit semulajadi planetari yang mempunyai kehadiran atmosfera yang sangat signifikan berbanding satelit-satelit semulajadi Zuhal yang lain. Komposisi gas dalam atmosfera Enceladus terdiri dari 91% wap air, 4% nitrogen, 3.2% carbon dioksida, dan 1.7% methana.

Struktur satelit semulajadi ini dikatakan kaya dengan unsur ais, dengan permukaannya atau topografinya memperlihatkan aktiviti cryovolcanic yang memperlihatkan letusan air, garisan garisan sesaran, ngarai dan sedikit kesan kawah hentaman objek angkasa yang telah terhakis akibat aktiviti tektonik yang memberikan indikasi satelit semulajadi ini mengalami aktiviti tektonik aktif yang senantiasa merubah topografinya. Permukaan Enceladus jika dibandingkan dengan satelit planet Musytari, Europa menunjukkan persamaan yang sangat signifikan. Aktiviti volkanik berbentuk pengeluaran dan pemuntahan air dari teras ais dan lautan global bawah permukaan senantiasa memperbaharui permukaan satelit semulajadi ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Enceladus, Titan dan Europa mengalami fenomena cryovolcanism yg mana berbeza dari gunung berapi di Bumi atau Marikh yang memperlihatkan pengeluaran lava dalam bentuk batuan silika bersuhu tinggi, ia mengeluarkan atau meletuskan air dan unsur unsur mudah terbakar, menghasilkan debu seperti salji yang mencanak naik ke atmosfera dan lantas terlepas dari cengkaman graviti satelit tersebut lalu membentuk lingkaran pada Planet Zuhal yang sangat popular.

Siri aktiviti tersebut berjaya ditangkap alatan cerapan prob angkasa Cassini, dengan foto yang memperlihatkan geiser yang meletus seperti tembakan jet yang mengandungi partikel ais, serta cerapan dari alatan saintifik seperti magnetometer, penganalisi debu kosmik dan spektrometer jisim neutral dan ion mengukuhkan lagi bukti komposisi atmosfera dan bahan dalam kandungan permukaan dan dalaman dengan pecahan jisim yang terdiri dari partikel ais, nitrgogen dan metana yang membentuk Enceladus.

Bukti mengenai hipotesis akan kewujudan air dalam bentuk cecair di Enceladus juga mula menemukan kebenaran hasil dari cerapan yg dibuat prob angkasa Cassini setelah melakukan beberapa siri penerbangan lintas keatas Enceladus.

Dibawah permukaan beku Enceladus, adalah sahih dikatakan terdapatnya lautan global dengan komposisi air berbentuk cecair dengan isipadunya dikatakan hampir sama dengan isipadu Tasik Superior di Amerika Utara.

Hasil cerapan dengan menggunakan kaedah Doppler Shift memberikan gambaran mengenai adanya jasad yang lebih tumpat dari permukaan ais yang beku tetapi tidak setumpat batuan. Kehadiaran jasad air dalam bentuk cecair ini memberikan kemungkinan akan wujudnya hidupan biologikal. Sehingga kini usaha untuk kembali ke Enceladus sedang dilakukan oleh agensi-agensi angkasa global, yang merangkumi ekspedisi saintifik dan robotik ke Titan dan Enceladus bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kewujudan jasad air dalam bentuk cecair yang membentuk lautan global dibawah permukaan satelit tersebut dan seterusnya mencari kesan kewujudan hidupan biologikal.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here