Tasik Paling Berdarah Dalam Sejarah Dunia

0
3081
views

Peperangan bukannya jalan terbaik untuk mencapai kedamaian di antara sesama manusia. Bahkan, ia merupakan salah satu jalan yang paling ditakuti oleh manusia. Jalan berdarah semata-mata untuk mempertahankan darah seorang pemimpin yang dahagakan kuasa memerintah tanpa kepuasan yang bernoktah. Fakta kali ini akan membawakan kita kembali ke abad-15 di Amerika Selatan.

• Tasik Yahuarcocha bermaksud ‘tasik berdarah’ dalam bahasa Kichwa iaitu salah satu cabang bahasa Quechuan, iaitu bahasa utama yang digunapakai oleh penduduk di kawasan Andes, Amerika Selatan.

• Yahuarcocha atau Yawarkucha yang terletak 3km dari bandar utara Ibarra & tasik ini berlokasi di ketinggian 2190 meter bersamaan 7185 kaki dari paras laut adalah salah satu kawasan pelancongan yang terkenal di Ecuador.

Keindahan tasik ini terpalit dengan sejarah hitam pembantaian beramai-ramai yang pernah terjadi, sehingga menyebabkan seluruh kawasan permukaan air tasik ini berubah menjadi warna merah yang terhasil daripada darah mangsa-mangsa pembantaian.

• Sejarah ini bermula apabila raja ke-11 empayar Inca & pemerintah terakhir yang dipertikaikan dengan kekuasaannya, Huayna Capac yang mahu meluaskan kuasa empayarnya ke wilayah kerajaan Quito.

• Kerajaan ini yang terdiri dari puak orang asli Pasto, Otavalo, Caranqui & Carambe menyedari tentang bahaya yang menghampiri mereka akhirnya membuat persekutuan menubuhkan satu pakatan tentera bersekutu yang dikenali sebagai ‘Pakatan Caranqui-Cayambe-Pasto’.

Mengikut cerita, Huayna Capac menggunakan pasukan tentera yang paling terkuat miliknya untuk mencapai kemenangan secara pantas tetapi tersilap percaturan apabila peperangan ini menyeret pasukannya ke kancah peperangan yang berpanjangan.

• Menurut seorang pendakwah Kristian, Bernabe Cobo di dalam catatan abad ke-17 yang bertajuk ‘History of the Inca Empire’, puak bersekutu menyedari kekuatan tentera mereka tidak kuat untuk menghadapi kekuatan besar pasukan tentera Inca di medan peperangan terbuka, akhirnya memutuskan untuk melakukan strategi bertahan dengan membina beberapa benteng pertahanan di beberapa wilayah mereka.

• Pada tahun 1487 M, Huayna Capac mengerahkan angkatan tentera Inca secara besar-besaran untuk menyerang beberapa benteng milik tentera puak bersekutu & menyebabkan tentera bersekutu berundur dari benteng sehingga mereka dikejar oleh pasukan Inca ke tepian tasik Yahuarcocha.

•Di kawasan tasik ini, pasukan bersekutu dikalahkan & ditawan oleh pasukan Inca.

Huayna Capac mengarahkan tenteranya untuk menyembelih kesemua para tawanan yang selamat terutama kaum lelaki yang berumur 12 tahun ke atas.

• Mayat para penyembelihan pasukan Inca dibuang ke dalam tasik Yahuarcocha & menyebabkan permukaan air di tasik ini bertukar warna menjadi merah berdarah.

Diperkirakan mangsa penyembelihan dalam peperangan ini berjumlah sekitar 20,000 sehingga 50,000 orang.

• Bernabe Cobo mencatatkan di dalam catatannya: “Pasukan Inca diarahkan untuk menyembelih pasukan bersekutu tanpa belas kasihan & mayat mereka dilemparkan ke dalam tasik”.

Bukti arkeologi dapat ditemukan di sekitar kawasan tasik ini apabila ahli arkeologi menemui serpihan tulang para mangsa penyembelihan dengan kesan yang teruk akibat peperangan.

• Bukti peperangan yang lain dapat dilihat apabila para ahli arkeologi menemui beberapa benteng milik pasukan Inca berdekatan dengan sebuah gunung berapi bernama Pambamarca.

Ditemui sebanyak 20 buah benteng pertahanan milik pasukan Inca & 2 buah benteng pertahanan milik pasukan bersekutu.

• Penemuan terbaru dicatatkan, bahawasanya di benteng milik pasukan Inca ditemukan sebuah struktur yang menyerupai sebuah senjata yang dinamakan sebagai Ushnus yang terletak di ketinggian 3,000 meter bersamaan 10,000 kaki dari paras laut.

Para tentera Inca yang tinggal di dalam benteng ini dipersiapkan dengan senjata ini & sekarang telah ditemui struktur senjata ini sebanyak 100 buah di sekitar kawasan Quitoloma.

• Dua buah milik benteng pasukan bersekutu dibina dengan bahan mineral dari gunung berapi yang kuat dikenali sebagai ‘Cangahua’.

Di benteng ini terdapat kesan lemparan batu dari senjata Ushnus milik pasukan Inca & seni bina benteng ini lebih tertuju ke arah ukiran seni Ecuadarion berbanding seni ukiran Inca.

Sumber Rujukan: Ancient War Revealed in Discovery of Incan Fortress, Jarus Owen, 2015.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here