Gamesbond – Penggerak Sukan Elektronik Berasaskan Konsol Di Malaysia

0
1094
views

Gamesbond adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan elektronik di Malaysia ini. Gamesbond ditubuhkan pada Julai 2015 oleh dua anak muda yang berjiwa besar untuk memajukan dunia sukan elektronik di Malaysia khususnya bagi permainan bolasepak interaktif (FIFA) menggunakan konsol. Apa yang membanggakan, Gamesbond merupakan syarikat bumiputera yang mampu bersaing dalam dunia sukan elektronik di Malaysia dan menganjurkan pelbagai pertandingan peringkat nasional untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan.

Mula bertapak di Kota Damansara pada tahun 2015, Gamesbond melebarkan sayapnya ke Sri Permaisuri, Cheras (Gamesbond Sri Pemaisuri) dan Muadzam Shah, Pahang (Muadzam Shah E-sports Studio) dengan membuka pusat sukan elektronik kedua dan ketiga selepas setahun beroperasi di Kota Damansara. Apa yang menarik dan unik berkaitan Gamesbond adalah ia merupakan satu-satunya pusat permainan video yang menawarkan perbagai perkhidmatan selain menjadi pusat latihan untuk para belia mengasah bakat dalam sukan elektronik ini.

Antara perkhidmatan lain yang disediakan adalah menjual barangan permainan video khususnya Playstation4, menjadi pusat memperbaiki konsol, menyediakan sewaan konsol dan juga menguruskan acara-acara pertandingan melibatkan sukan elektronik berasaskan konsol. Gamesbond boleh dikatakan sebagai ‘one-stop center’ bagi penggemar-penggemar permainan video dan juga sukan elektronik.

Jika disebut saja sukan elektronik atau permainan video, rata-rata rakyat marhaen akan memberikan tanggapan negatif terhadap industri ini. Berbekalkan kesungguhan dan semangat yang ada, Fazli Razak pengurus operasi Gamesbond berjaya mengubah persepsi serta pandangan masyarakat di Malaysia ini dengan penganjuran acara-acara sukan elektronik di Malaysia. Selain itu juga, Gamesbond merupakan pusat sukan elektronik pertama di Malaysia yang mendapat sokongan dan penjaan dari pelbagai nama-nama besar di Malaysia seperti Astro eGG, Redbull Malaysia, Edifier, Viewsonic, Armageddon dan sebagainya.

Sehingga ke hari ini, Gamesbond telah menganjurkan dan terlibat secara langsung dalam lebih 30 acara pertandingan sukan elektronik di Malaysia dan juga luar negara. Sehingga hari ini, Gamesbond berjaya menawarkan jumlah hadiah kemenangan lebih RM 100,000 kepada semua peminat sukan elektronik di Malaysia. Yang lebih manis lagi, Gamesbond juga turut terlibat secara langsung dalam mencungkil bakat pemain sensasi nombor 1 Malaysia dalam sukan elektronik siri FIFA; Amirul Afandi atau lebih dikenali dengan nama ‘Amtuah’.

Gamesbond merupakan satu-satunya syarikat yang berani mengambil risiko menaja Amtuah ketika beliau mula-mula bertapak di arena ini sehinggalah beliau dinobatkan sebagai Juara Asia Tenggara dalam sukan elektronik FIFA16. Yang lebih membanggakan, Gamesbond berjaya membawa Amtuah (satu-satunya wakil tunggal Asia Tenggara bagi permainan FIFA) di kejohanan kedua terbesar di Paris iaitu Esports World Championship (ESWC) pada tahun lalu yang telah ditaja oleh Astro eGG dan juga Redbull Malaysia.

Bagi penglibatan Gamesbond dalam pusat sukan elektronik di Malaysia, sehingga harini, Gamesbond telah membantu lebih 70 orang bumiputera yang berminat dalam mengasaskan pusat sukan elektronik masing-masing.

Bagi resolusi tahun ini, sesuai dengan gelaran yang diberi iaitu PENCETUS REVOLUSI SUKAN ELEKTRONIK BERASASKAN KONSOL DI MALAYSIA, Gamesbond ingin membuka peluang kepada bumiputera terutamanya golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang sukan elektronik melalui plan perkembangan franchise Gamesbond. Selain dari itu, Gamesbond juga dalam perancangan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan elektronik di seluruh Malaysia. Gamesbond juga turut memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk berkerjasama bersama Gamesbond dalam menaikkan lagi industri sukan elektronik di Malaysia.

Kepada pembaca The Patriots yang ingin mencuba dan menceburkan diri dalam dunia sukan elektronik konsol, anda boleh datang mencuba sendiri bermain Playstation 4 di Gamesbond Kota Damansara dan Gamesbond Sri Permaisuri. Jika ada kemahuan dan kesungguhan, anak Malaysia dan bumiputera kita juga boleh menjadi satu nama besar di peringkat dunia. Apa yang kita boleh lakukan dan bantu adalah dengan sentiasa memberi sokongan kepada Gamesbond dan perkembangan sukan elektronik berasaskan konsol di Malaysia. Jika ingin mengetahui lanjut berkaitan Gamesbond dan pertandingan-pertandingan sukan elektronik terbaru oleh mereka, boleh singgah ke IG dan FB mereka di;

FB: www.fb.com/gamesbond2015

IG: gb_gamesbond

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here