Little Miss Sunshine (2006) : Falsafah & Pengajaran

0
1186
views

Beberapa hari lepas, The Patriots telah menerbitkan artikel-artikel berkaitan falsafah Friedrich Nietzsche. Jadi harini, aku akan mengulas salah satu filem hebat yang mengetengahkan falsafah Nietzsche di sebalik penceritaan yang menarik. Diharapkan, ulasan aku ini mampu memberi pemahaman yang lebih baik berkenaan falsafah beliau.

Little Miss Sunshine merupakan sebuah filem drama-komedi, dilakonkan oleh pelakon-pelakon terkenal Hollywood yang juga merupakan pemenang-pemenang anugerah-anugerah perfileman berprestij seperti Academy Award, Golden Globe Award dan juga Emmy Award.

Di antara pelakon-pelakon tersebut ialah Steve Carell, Paul Dano, Greg Kinnear, Alan Arkin, Toni Collette dan juga Abigal Breslin. Filem Little Miss Sunshine ini juga telah dinobatkan di dalam 4 Academy Awards dan telah memenangi 2 daripadanya, iaitu, Best Original Screenplay dan Best Supporting Actor yang telah dimenangi oleh Alan Arkin.

Filem ini, secara ringkas, mengisahkan tentang sebuah keluarga yang ‘imperfect’ serta masalah-masalah yang dilalui oleh mereka dalam perjalanan dari Albuquerque, New Mexico ke California untuk melihat anak perempuan mereka bertanding di dalam sebuah pertandingan ratu cantic atau ‘beauty contest’ yang diberi nama ‘Little Miss Sunshine’.

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai mesej dan juga pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem hebat ini, aku akan mengulas secara ringkas mengenai watak-watak protagonist yang terlibat di dalam Little Miss Sunshine.

i. The Dad, Richard Hoover (dimainkan oleh Greg Kinnear), seorang yang menggelar dirinya sebagai ‘life-coach’, seringkali menekankan konsep ‘winners’ dan ‘losers’ serta 9 langkah program ‘Refuse To Lose’ terhadap keluarganya,

ii. The Mom, Sheryl Hoover (dimainkan oleh Toni Collete), seorang ibu yang bekerja keras, dan perkahwinannya dengan Richard merupakan perkahwinan yang ke-2,

iii. The Uncle, Frank Ginsberg (dimainkan oleh Steve Carell), adik lelaki kepada Sheryl, seorang Proust Scholar yang gay, ‘depressed’ dan gagal dalam cubaannya untuk membunuh diri,

iv. The Brother, Dwayne Hoover (dimainkan oleh Paul Dano), seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang melihat Friedrich Nietzsche sebagai idola, bercita-cita menjadi seorang juruterbang dan telah berazam untuk membisu sehingga impiannya tercapai,

v. The Little Daughter, Olive Hoover (dimainkan oleh Abigail Breslin), seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, berbadan sedikit gempal dan juga berkaca mata yang bercita-cita menjadi seorang ratu cantik,

vi. The Grandfather, Edwin Hoover (dimainkan oleh Alan Arkin), ayah kepada Richard, mengambil heroin serta merupakan ‘coach’ atau pelatih kepada Olive untuk rutin persembahannya dalam pertandingan Little Miss Sunshine.

Perjalanan mereka bermula apabila Olive telah terpilih untuk pertandingan ratu cantik Little Miss Sunshine yang diadakan di Redondo Beach, California. Keluarga kecil ini yang kurang mampu dari segi kewangan, terpaksa menaiki sebuah Volkswagen microbus berwarna kuning untuk ke California, demi memberi sokongan kepada Olive di dalam pertandingan tersebut.

1. Falsafah Friedrich Nietzsche.

Friedrich Nietzsche merupakan seorang filsuf yang berasal dari German. Beliau telah menerbitkan karya-karya berkaitan falsafah yang hebat dan terkenal seperti ‘Beyond Good and Evil’, ‘The Will To Power’, ‘Thus Spoke Zarathustra’ dan lain-lain. Nietzsche terkenal dengan kritikan beliau terhadap tradisi morality dan keagamaan di Eropah, dan beliau seringkali dikaitkan dengan sekumpulan ahli pemikir moden seperti Marx dan juga Freud.

Di dalam filem Little Miss Sunshine, kaitan Nietzsche boleh dilihat pada karakter Dwayne Hoover, yang meletakkan Nietzsche sebagai idola dalam hidupnya. Watak Dwayne, yang dimainkan oleh Paul Dano, boleh dilihat membaca novel Nietzsche yang bertajuk ‘Thus Spoke Zarathustra’ sebelum tidur dan juga sepanjang perjalanan ke California. Selain itu, terdapat sehelai kain rentang yang mengandungi portret Nietzsche yang digantung di dinding biliknya. Dwayne juga dapat dilihat memakai t-shirt yang tertulis ‘Jesus Was Wrong’ dan juga t-shirt berwarna putih yang mempunyai wajah Nietzsche di atasnya.

Konsep falsafah yang dipopularkan oleh Nietzsche yang boleh kita dapati di dalam Little Miss Sunshine adalah berkaitan nihilism, Will To Power dan juga Ubermensch.

Nihilism berasal dari perkataan Latin ‘nihil’ yang bermaksud nothing. Ia juga merupakan sebuah kata kerja ‘annihilate’ yang bermaksud untuk memusnahkan atau ‘bring to nothing’. Menurut Nietzsche dalam karya Will To Power, nihilism adalah sebuah kepercayaan bahawa segalanya akan musnah, dan seseorang itu mampu melakukan kemusnahan jika dia bekerja keras untuk memusnahkan.

Dalam erti kata mudah, nihilism adalah kepercayaan yang berkait rapat degan pessimism ekstrim dan skepticism radikal, di mana seorang nihilist tidak percaya kepada apapun, tidak mempunyai kesetiaan dan tidak mempunyai arah tuju dan objektif kecuali untuk melakukan kemusnahan. Nihilism seringkali dikaitkan dengan penolakan terhadap prinsip moral dan keagamaan kerana ianya merupakan satu kepercayaan yang menidakkan kewujudan Tuhan dan kebenaran. Nihilism menolak kebenaran dan keperluan yang terikat dengan prinsip moral dan keagamaan tersebut dengan alasan bahawa life is meaningless.

Will To Power (der Wille zur Macht) adalah merupakan salah satu karya Nietzsche yang agung, yang menekankan tentang human will. Nietzsche percaya bahawa will to power atau pun keinginan kuasa itu lebih kuat daripada keinginan untuk hidup, sebagaimana boleh dilihat pada pejuang berani mati yang sanggup mengorbankan diri demi sebab-sebab yang mereka rasa boleh memberikan kuasa yang lebih besar.

Will to power ini juga dikatakan lebih berkuasa daripada will to sex atau keninginan seksual, sebagaimana boleh dikaitkan dengan monks atau sida yang meninggalkan keinginan seksual demi kepercayaan mereka.

Secara ringkas, Nietzsche mengetengahkan bahawa Will To Power ini merupakan penguasaan individu terhadap dirinya sendiri (personal mastery), demi mencapai keinginan sendiri berbanding penguasaan terhadap orang lain.

Ubermensch, didefinisikan sebagai superhuman ataupun overman, merupakan sepatah frasa yang terdapat di dalam karya Nietzsche, Thus Spoke Zarathustra. Konsep Ubermensch ini menurut Nietzsche, bermaksud, konsep kesanggupan untuk manghadapi segala risiko demi kepentingan sejagat. Dalam erti kata yang lebih ringkas,

Ubermensch adalah seseorang yang mempunyai prinsip kendiri beserta kebolehan untuk menggerakkan orang lain dengan prinsip tersebut, prinsip yang independent dan tidak sekali-kali mengikut ‘herd instinct’.

Dalam filem Little Miss Sunshine ini, watak Dwayne telah berjaya memperlihatkan ketiga-tiga konsep falsafah yang diasaskan oleh Friedrich Nietzsche.

Konsep nihilism boleh dilihat dengan konfesi Dwayne tentang kebenciannya terhadap semua orang. Di dalam salah satu babak, Dwayne mengatakan bahawa keluarganya adalah losers dan dia tidak mahu mengikut jejak langkah mereka.

Baju yang dipakainya, mempunyai kata-kata ‘Jesus Was Wrong’ merupakan kaitan kepada pandangan Nietzsche berkenaan nihilism, tetapi Dwayne telah menyalah tafsirkan maksud nihilism yang diutarakan oleh Nietzsche. Nihilism menurut Nietzsche yang sebetulnya ialah keinginan untuk sebuah kehidupan yang tidak terikat dengan prinsip-prinsip yang palsu. Dalam filem ini, Dwayne melihat nihilism sebagai satu alasan untuk membenci semua orang di dalam hidupnya.

Konsep Will To Power dan Ubermensch dapat dilihat dengan keazaman Dwayne untuk membisu sehingga cita-citanya untuk menjadi juruterbang tercapai. Di dalam satu babak awal di mana Frank mempersoalkan sikap membisu beliau, ‘You don’t speak because of Friedrich Nietzsche?’ merupakan portrayal kepada Dwayne’s will to power, yang dipelajarinya dari novel Thus Spoke Zarathustra.

Menjelang pengakhiran filem, setelah mengetahui bahawa cita-citanya musnah, Dwayne telah memperlihatkan konsep Ubermensch di mana dia sedar bahawa apa yang paling penting adalah semangat dan keinginannya untuk mencapai cita-cita dan bukanlah apa yang diperkatakan orang lain, ‘…And f*** the Air Force Academy. If I want to fly, I’ll find a way to fly. You do what you love, and f*** the rest.’

2. Falsafah Marcel Proust

Marcel Proust merupakan seorang penulis novel yang berasal daripada Perancis. Beliau sangat terkenal dengan pandangan beliau terhadap pop culture pada abad ke-20. Antara karya beliau yang terhebat adalah sebuah novel yang mempunyai 7 jilid, A la recherché du temps perdu (In Search of Lost Time) yang beliau tidak sempat habiskan sebelum kematian beliau.

Secara ringkas, novel In Search of Lost Time mengisarkan tentang punca-punca yang membawa kepada kehidupan yang bermakna. Proust menulis novel ini dengan menggunakan kehidupannya sendiri sebagai rujukan utama, dalam perjalanannya mencari makna hidup. Novel tersebut juga merupakan usaha Proust untuk membantu orang lain, sepertimana yang dilakukan oleh ayahnya sendiri, Adrien Proust yang merupakan seorang doctor yang terkemuka di France suatu ketika dahulu.

In Search of Lost time mengkaji ‘social success’ sebagai salah satu punca kehidupan yang bermakna. Sebagai seorang yang lahir di dalam keluarga yang berprestij, Proust seringkali berfikir bahawa kehidupan beliau akan bermakna jika beliau bersosial dengan golongan atasan. Tetapi beliau kecewa apabila kebanyakan golongan atasan yang dikatakan ‘high-class’ merupakan golongan yang sangat membosankan dan kejam. Oleh itu, Proust mengatakan bahawa sikap-sikap yang terpuji dan baik itu terdapat di dalam setiap lapisan masyarakat daripada hierarki sosial yang berbeza.

Punca kedua kepada kehidupan yang bermakna, menurut Proust, merupakancinta dan kasih sayang. Proust percaya bahawa cinta dan kasih sayang mampu menimbulkan sikap saling memahami dan oleh itu, mereka yang bercinta tidak akan merasa kesunyian.
Punca ketiga dan paling relatable dalam mencari kehidupan yang bermakna, merupakan seni ataupun art. Proust membandingkan seni dan habit, dimana habit merosakkan deria manusia dengan familiarity, mencegah kita daripada menghargai kecantikan sekeliling. Artist, menurut Proust, merupakan mereka yang membuang habit dan dapat melihat dunia dari kaca mata yang lebih baik dan meluas.

Kesimpulannya, In Search of Lost Time mengajar pembaca untuk menghargai kehidupan selagi mampu, menghargai segala masa dan peristiwa, yang baik mahupun yang buruk. Ini kerana segala peristiwa yang dilalui dalam kehidupan merupakan bukti dan makna sebenar kehidupan itu sendiri.

Dalam filem Little Miss Sunshine, watak yang menggambarkan falsafah Proust ialah Frank Ginsberg, ‘the pre-eminent Proust Scholar in the US’. Pada awal filem telah dipaparkan babak dimana Frank memberitahu sebab-sebab dia cuba membunuh diri apabila disoal oleh Olive, mengatakan bahawa dia sangat sedih. Menurut Frank, peristiwa-peristiwa yang menyebabkannya ingin membunuh diri bermula apabila dia jatuh cinta kepada seorang pelajar lelakinya sendiri yang tidak dapat membalas cintanya.

Cintanya yang tidak berbalas membawa kepada peristiwa-peristiwa buruk yang lain sehingga menimbulkan tekanan kepada Frank dan seterusnya menyebabkan dia cuba membunuh diri tetapi gagal. Watak Frank berkait rapat dengan Marcel Proust dari segi cinta yang tidak berbalas, merupakan seorang gay dan watak yang dibawa oleh Frank dalm filem ini juga merupakan seorang Proust Scholar, seorang yang arif tentang karya Proust.

Di dalam salah satu babak dan dialog di mana Dwayne meluahkan keinginannya untuk berhenti bersekolah kepada Frank, Frank menyifatkan Marcel Proust sebagai, ‘French writer. Total loser. Never had a real job. Unrequited love affairs. Gay. Spent 20 years writing a book almost no one reads. But he’s also probably the greatest writer since Shakespeare.’ Frank seterusnya mengaitkan falsafah Proust dengan mengatakan, ’Anyway, he uh-…he gets down to the end of his life and he looks back and decides that all those years he suffered, those were the best years of his life because they made him who he was. All the years he was happy? You know, total waste. Didn’t learn a thing. So, if you sleep until you’re 18, ah think of the suffering you’re gonna miss. I mean, high school? High school – those are your prime suffering years. You don’t get better suffering than that.’

3. Beauty Pageants

Filem Little Miss Sunshine sebenarnya telah berjaya memperlihatkan American beauty standard dan bagaimana manusia, termasuk mereka yang masih muda dan berumur 6-7 tahun, tidak terlepas daripada standard-standard tersebut melalui beauty pageants atau pertandingan ratu cantik.

Daripada babak permulaan file mini sendiri, penonton dapat melihat Olive cuba meniru aksi-aksi ratu cantic daripada program televisyen. Ini membuktikan bahawa beauty standard yang telah ditetapkan oleh masyarakat mampu memberi kesan kepada kanak-kanak atau mereka yang berusia sangat muda. Pada umur 6-7 tahun, seorang kanak-kanak seharusnya mencari keseronokan dan mengenal dunia dengan pengetahuan dan permainan berbanding pil diet, make-up yang berat dan bentuk badan yang kurus dan ideal.

Apa yang boleh dilihat dari pertandingan ratu cantik Little Miss Sunshine itu sendiri, peserta-peserta cilik didedahkan kepada hyper-sexualisation, bertanding dengan pakaian renang yang menampakkan bentuk badan dan make-up yang menyerupai patung. Kebanyakan peserta-peserta mempunyai bentuk badan dan muka yang hampir serupa, fake tans and skinny bodies – the American beauty standard.

Pada babak sebelum giliran Olive mempersembahkan rutin tariannya di atas pentas, Richard dan Dwayne setelah melihat peserta lain dan bagaimana mereka dihakimi atau judged by the audience, telah cuba untuk manarik Olive keluar daripada pertandingan kerana mereka sedar bahawa Olive bukanlah ‘beauty queen’ material dan risau Olive akan ditertawakan oleh orang sekeliling. Namun, Sheryl telah menghalang mereka dan mengatakan, ‘Olive is who she is. She has worked so hard. She has poured everything into this. We cant just take it away from her. We cant. I know you wanna protect her, I know honey. But we gotta let Olive be Olive.’

Akhirnya, Olive tetap bertanding dan mempersembahkan rutin persembahannya dengan cara dan gayanya yang tersendiri. Dan babak persembahan Olive merupakan salah satu ‘highlight’ dalm Little Miss Sunshine.

4. Kekeluargaan

Dari babak pertama sehingga akhir file mini, penonton akan didedahkan dengan gambaran sebuah keluarga yang tertekan. Masalah muflis, stress dan kehilangan boleh dirasai sepanjang filem ini berjalan. Namun, setiap daripada ahli keluarga Hoover ini mampu menyelesaikan masalah yang timbul bersama-sama, dengan sikap kekeluargaan.
Keluarga kecil Hoover ini mungkin bukanlah satu keluaga contoh. Mereka tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing. Setiap watak mempunyai masalah yang perlu difikirkan. Tetapi, dengan sokongan yang diberikan dari satu ahli keluarga kepada yang lain, mampu menyelesaikan masalah dengan mudah.

Sebagai contoh, kerjasama antara ahli keluarga digambarkan apabila microbus yang mereka naiki rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Walaupun, pergaduhan mulut seringkali berlaku antara mereka, kerjasama tetap menjadi penyelamat keadaan sehingga mereka sempat tiba di California untuk Little Miss Sunshine. Selain itu, apabila Olive hampir ditolak keluar pentas kerana rutin persembahannya yang dianggap tidk sesuai untuk tontonan umum, keluarga Hoover bekerjasama melindungi Olive dan membuatkan Olive tidak kekok di atas pentas.

Bercakap tentang tema kasih saying dalam hubungan kekeluargaan, watak Dwayne merupakan watak yang paling efektif menggambarkan kasih saying terhadap keluarganya di sebalik sikapnya yang memaparkan kebencian. Semasa Olive secara tidak sengaja ditinggalkan di stesen minyak, Dwayne merupakan orang pertama yang sedar akan kehilangan Olive dan memberitahu ahli keluarga yang lain. Dia juga menyuruh Olive memeluk Sheryl ketika di hospital, sekali gus membuktikan kasih saying terhadap ibunya walaupun dia tidak ingin menunjukkannya sendiri. Semasa Dwayne melalui proses breakdown, hanya Olive yang mampu memujuknya, tanpa megeluarkan sepatah suara. Ini membuktikan bahawa hubungan adik-beradik di antara Olive dan Dwayne sebenarnya amat kuat walaupun tidak dipaparkan secara zahir.

Sebagai kesimpulan, filem Little Miss Sunshine memaparkan mesejyang tersirat tetapi cukup berkesan tentang menjadi diri sendiri (be yourself), mencapai cita-cita (achieving your dreams), menghargai kehidupan (appreciating life) dan kekuatan sebuah instituisi keluarga (the strength of a family).

Di sebalik beauty standards yang pelbagai, yang telah ditetapkan oleh masyarakat mahupun oenjual produk-produk kosmetik, setiap seorang daripada kita seharusnya bersyukur dan menghargai diri kita sendiri. Kecantikan itu tidak didefinisikan pada kulit cerah, bentuk badan slim mahupun bulu mata yang panjang dan lentik. Kecantikan itu adalah siapa diri kita. Beauty is whoever and whatever you are. And we are the person who should notice it first before anybody else does.

Jadila seorang Ubermensch jika kalian mampu, seorang individu yang mempunyai prinsip kalian sendiri walaupun seluruh dunia mencaci kalian. Segala apa yang kalian cuba capai, akan wujud pihak yang akan cuba menjatuhkan kalian dengan kata-kata mahupun perbuatan. Dugaan dan kegagalan merupakan fitrah hidup. Kehidupan bukanlah satu platform untuk kita sentiasa menang. Kerana pengajaran yang lebih berharga itu tersembunyi dalam setiap kegagalan. Oleh itu, hargailah setiap kemenangan dan kegagalan dalam kehidupan.

The best love is family love. Bilamana tiada seorang pun yang akan menyokong kita, keluarga lah yang akan sentiasa berada di belakang kita, mengikuti langkah kita, biarpun mudah mahupun sukar. Ultimately, to be strong is to be together and that’s exactly what a family offers.

Quoting Dwayne Hoover, ‘F*** beauty contests. Life is one beauty contest after another.’ Regardless of how you look or however you do in life, you will always be judged. So, do what is right, because the only judgement that matters, is His.

Rujukan:

i. Sparknotes.com/will to power
ii. Stanford.edu/Nietzsche
iii. www.thebookoflife.org/marcelproust
iv.screenprism.com

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here