Korupsi Terhadap Ilmu: Ulasan terhadap Pandangan Alam Islam Oleh Prof. Al-Attas

0
1378
views

Menurut Prof. SMN Al-Attas, proses pembelajaran itu tak dianggap ‘pembelajaran’ melainkan mempunyai nilai moral. If knowledge is practical, then it has to be ethical. Perkara ini saya sudah jelaskan dalam artikel saya sebelum ini berkenaan konsep ilmu oleh Prof. Wan Mohd. Nor.

Apabila ilmu itu beretika, maka lahirlah adab. Adab ialah kelakuan yang betul berdasarkan disiplin terhadap ilmu. Pada masa yang sama, ilmu itu ialah apabila datangnya ‘erti’ kepada roh di tempat yang betul. Jadi, orang yang berilmu ialah orang yang beradab, dan orang yang beradab ialah orang yang adil kerana adil itu ialah apabila kita letakkan sesuatu di tempat yang betul, pada masa yang betul.

Masyarakat yang adil ialah masyarakat yang berhikmah. Sebagaimana kata Socrates apabila diangkat sebagai manusia terbijak, dia membantah dengan menyebut “aku tahu bahawa aku tak tahu apa-apa”. Socrates sedar ilmunya masih sedikit dan hal ini menjadikannya seorang yang beradab, adil dan berhikmah.

Hierarki ilmu bermula dengan minda>akhlak>adab. Apabila minda mengiktiraf realiti berkenaan ilmu dan makhluk diletakkan pada tempat yang sesuai, dan apabila akhlak mengiktiraf perbuatan yang dilakukan berdasarkan minda, maka terwujudlah adab. Apabila minda tak berlaku adil pada ilmu dan makhuk, di sinilah masalah kita muncul. Hierarki ilmu akan terganggu. Ilmu tak lagi diletakkan di tempatnya secara adil dan adab mula terjejas. Secara tak langsung, korupsi terhadap ilmu pun muncul.

Penghancuran adab, yakni korupsi terhadap ilmu, akan mewujudkan di mana pemimpin palsu dalam kesemua jenis sfera kehidupan. Pemimpin di sini saya rujuk pada kita semua sebagai khalifah-khalifah. Korupsi pengetahuan melahirkan khalifah yang palsu, yang melahirkan dunia korup kerana hilangnya kebolehan untuk menafsir dan mengakui perkara yang adil, yang melahirkan pemimpin yang adil. Hal ini kerana pembodohan intelektual yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli. Mereka bertindak sebagai pakar dalam hal tersebut padahal mereka hanyalah marhaen yang tak tahu apa-apa!

Sebagai contoh, mereka mengutuk dan mengeji ekonomi negara tapi sudahkah mereka berlaku adil? Tahukah mereka sistem ekonomi kita? Tahukah mereka tentang GDP? Tahukah mereka tentang geopolitik? Tahukah mereka bahawasanya mereka tak tahu? Perkara ini mencetuskan anarki dan permasalahan, sebagaimana kes JAKIM baru-baru ini kerana sebuah “media liberal” bertindak bertindak korup terhadap etika journalisme. Ia bukanlah perkara yang mengejutkan apabila situasi sebegini menjadi kawasan yang sangat subur dalam melahirkan ekstremis pembodohan intelektual, seperti ISIS. Adapun sifat orang yang berilmu itu beradab, dan orang yang jahil ialah orang yang angkuh sebagaimana ‘pakar-pakar palsu’ yang dinyatakan di atas.

Sebab itulah saya sangat-sangat tekankan pada kenalan saya dan juga pembaca sekalian, berlaku adil ah terhadap apa-apa pun. Sedangkan dalam kemarahan pun perlu adil. Jangan terjebak dengan sentimen emosi. Jadilah manusia yang beradab dan berlaku adil.

Jangan jadi angkuh sebab ilmu. “Jangan angkuh” itu ialah ilmu. Jangan. Angkuh. Dengan. Ilmu.-A. Akmal

Comments

comments

Previous articleIlmu Perubatan Melayu Tradisional Bukanlah Jampi Serapah Semata-mata
Next articleCatatan Seorang Prajuit Negara Melawan Komunis – Ielias Ibrahim (PGB)
Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here