Van Gogh: Pelukis Gila, Pengiktirafan dan Penghargaan Hanyalah Mimpi

0
2614
views

Van Gogh, siapa itu Van Gogh? Mungkin di Malaysia, nama pelukis ini kurang di kenali. Vincent William Van Gogh, atau lebih dikenali dengan nama Van Gogh merupakan seorang pelukis terkenal dalam sejarah seni Eropah. Pelukis pasca Impresionisnist Belanda abad ke 19 ini, lahir pada tarikh 30 Mac 1853, di Groot Zundert, Belanda.

Namun, nama dan karya lukisannya hanya terkenal dan diiktiraf setelah dia meninggal dunia. Mungkin dek kerana umurnya yang singkat, menyebabkan dia tidak sempat menikmati kemasyuran karyanya. Ramai di antara pengamal dan pencinta seni kini, menilai bahawa karya karya Van Gogh telah melampaui zamannya.

Sepanjang kehidupannya  yang susah dan miskin, pelukis agung ini telah menghasilkan 2100 buah lukisan, termasuklah 860 buah lukisan minyak. Tetapi percayakah anda? Sepanjang kerjayanya sebagai pelukis, hanya 1 sahaja lukisan Van Gogh terjual.

Cerita berbeza pula setelah Van Gogh meninggal dunia. Hampir ke semua lukisannya, menjadi rebutan di kalangan pengumpul seni. Bahkan ada karyanya tercatat sebagai lukisan termahal dunia. Antara karya agungnya  yang menjadi fenomena ialah Portrait of Dr Gochet, Starry Night, Sunflower, dan The Potato Eaters

Sebelum memilih kerjaya sebagai pelukis, Van Gogh pernah bekerja sebagai jurujual seni di sebuah galeri seni milik bapa saudaranya di London. Pada  tahun 1879, Van Gogh juga pernah menjadi seorang mubaligh di Borinago, Belgium. Sebuah daerah perlombongan arang batu, yang kebanyakannya didiami oleh penduduk miskin. Opss sebelum penulis terlupa, bapa Van Gogh juga adalah seorang pendeta di Groot Zundert.

Theo, seorang adik yang sangat rapat dengan Van Gogh. Hanya Theo yang sentiasa menyokong abangnya. Theo adalah seorang pengurus  di sebuah galeri. Atas sokongan serta dorongan adiknya jugalah membuatkan Van Gogh terus mampu bekarya. Malah membanty abangnya, untuk mengikuti pendidikan seni di Academy Royale des Beaux Art, Brussel Belgium. Van Gogh juga pernah, mengirim sejumlah 700 surat yang meruoakan catatan hariannya kepada adiknya.

Tahun 1881, merupakan tahun awal Van Gogh sebagai seorang pelukis. Pada mulanya gaya lukisan Van Gogh, hanya mengikuti gaya tipikal pelukis pelukis  di abad ke 19. Melukis dengan warna warna yang gelap dan suram.

Hidup sebagai pelukis, membuatkan Van Gogh sering mengembara ke beberapa tempat di Belanda dan Perancis. Secara tidak langsung lukisannya mula berubah dengan memasukkan warna warna cerah.

Tahun 1886, Van Gogh berhijrah ke Paris dan ada beberapa ketika dia mengembara ke Arles, selatan Perancis hanya untuk melukis. Apa yang dia lihat dan menarik perhatiannya, itulah yang dilukis. Kebanyakan karyanya  akan meninggalkan sapuan keras dan berani, untuk mengungkap simbolik emosi dan perasaannya. Karya lukisannya banyak menggambarkan, pemandangan ladang dan kehidupan desa seperti karya Night Watch(1988), dan Starry Night(1889).

Van Gogh adalah penderita penyakit mental atau mungkin kini dikenali sebagai skizofrenia. Penyakit yang berkaitrapat gangguan jiwa, berhalusinasi, dan ketidakseimbangan emosi. Mungkin gangguan jiwa semakin memburuk, pada Disember  1888 Van Gogh tanpa alasan telah memotong telinga kirinya, selepas dia bertengkar dengan rakannya Paul Garguin.

Pada tahun !889, Van Gogh pernah dirawat di Hospital Psychiatric Saint- Remy, Perancis. Walaupun masih di rawat di Hospital, Van Gogh tetap berkarya. Banyak karya agungnya lahir di Hospital. Antaranya  lukisan The Starry Night ( kini di simpan di Museum of Modern Art, New York City, USA ), The Olive Trees dan Country Road in Provence by Night. Mungkin hidup di hospital, dia lebih tenang.

“I put my heart and soul in my work, and I have lost my mind in the process.” – Van Gogh 1889.

Vincent William Van Gogh meninggal dunia, pada usia 37 tahun pada tarikh 29 Julai 1890 di Auvers – Sur – Oise, Perancis. Bunuh diri adalah penamat kehidupannya.

Theo sang adik, berusaha keras untuk menjual karya karya abangnya. Namun begitu dia gagal, perjuanganya diteruskan pula isterinya Johanna Gesina. Sehingga akhirnya, satu persatu karya Van Gogh dikenali seluruh dunia.

Kisah hidup Van Gogh yang fenomenal ini, diabadikan dalam novel biografi berjudul Lust For Life. Novel ini ditulis oleh Irving Stone, dan diterbitkan pada tahun 1934.

Di Malaysia, novel biografi tentang kisah hidup Van Gogh juga ada dijual di pasaran. Antaranya ialah  Van Gogh Ear The True Story (UK Edition) (2016), Van Gogh Ear The True Story (US Edition) (2016) dan Sunflowers Are Mine: Story of Van Gogh’s Masterpiece (2013). Novel novel tersebut, kalian boleh rujuk di MPHONLINE.COM

Ini memang satu kebetulan, tahun ini tahun 2017. Dua buah syarikat produksi filem iaitu, Break Thru Film (Poland) dan Trademark Film (UK) telah bekerjasama untuk menerbitkan sebuah filem biografi animasi kisah hidup Van Gogh.

Filem yang diberi judul Loving Vincent ini, diarahkan oleh Darota Kobiela bersama dengan Hugh Welchman. Kos untuk filem ini dianggarkan berjumlah £5 juta pounds sterling.( kalau duit RM kali dengan 5. 58 ). Tarikh sebenar untuk filem ini ditayangkan, masih dalam perancangan.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda semua boleh terus ke FB Page Loving Vincent. Penulls juga ada bertanya, adakah filem ini akan ditayangkan di Malaysia? Dan ini jawapan mereka.

Trailer untuk filem ini juga, telah dinaikan di saluran YouTube pada tarikh 6 Sept 2016. Anda boleh tonton, untuk mendapatkan gambaran awal.

Rujukan:

Van Gogh Gallery. http://www.vangoghgallery.com/

Loving Vincent. http://lovingvincent.com/

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here