Peperangan Manusia Vs Burung Emu

0
1964
views

Pernahkah anda terfikir bagaimana manusia boleh kalah ‘’berperang’’ dengan haiwan vertebrat seperti burung Emu?. Ianya bunyi agak kelakar tetapi inilah yang berlaku di Australia barat.

Burung Emu(Dromaius novaehollandiae) ialah burung asli Australia yang terbesar. Banyak burung Emu terdapat di pantai timur Australia dan selatan  (pulau Tasmania) tetapi kini jarang didapati di kawasan tersebut kerana terjejas oleh kegiatan-kegiatan manusia.

Ianya bermula pada tahun 1929 apabila petani digalakan untuk meningkatkan tanaman gandum dengan kerajaan menjanjikan bantuan dalam bentuk subsidi. Cadangan subsidi tersebut gagal kerana harga gandum terus jatuh.

Kesukaran yang dihadapi petani lebih parah pada tahun 1932 apabila petani di daerah Campion, Australia barat diserang kira-kira 20,000 ekor burung Emu dan merosakkan tanaman mereka, Majoriti dari petani tersebut adalah veteran tentera perang dunia pertama.

Kemunculan 20,000 ekor burung Emu tersebut oleh kerana Emu kerap berhijrah selepas musim pembiakan, menuju ke pantai dari kawasan pedalaman.

Percubaan pertama

Penglibatan tentera pada Oktober 1932, ‘perang’ tersebut telah dijalankan dibawah arahan G.P.W Meredith dari Seventh Heavy Battery unit Artileri Diraja Australia.

Penampakan 50 ekor Emu dikawasan Campion pada 2 November, Percubaan penduduk tempatan(petani) menyerang Emu secara hendap gagal, apabila burung Emu berpecah kepada kumpulan kecil yang menyebabkan sasaran mereka tersasar.

Walau bagaimanapun, selepas serangan kedua, Senjata ‘machine gun’ mereka berjaya membunuh beberapa ekor burung Emu.

Pada 4 November, Meredith telah memulakan serangan hendap berhampiran empangan dimana mereka mengesan 1,000 ekor Emu sedang menuju ke arah kedudukan mereka.

(Tentera Australia dan bangkai burung Emu
Sumber: Wiki Common)

8 November, Selepas 6 hari penglibatan pertama, sebanyakan 2,500 butir peluru telah dilepaskan. Bilangan burung yang berjaya dibunuh hanya 50 ekor sahaja.

Wakil-wakil dari Australian House of Representatives berbincang mengenai operasi berikut kerana mendapat liputan negatif dari media tempatan oleh kerana mereka hanya berjaya membunuh beberapa puluh ekor Emu sahaja. Jadi kerajaan Australia menarik balik anggota tentera pada 8 November.

Percubaan Kedua

Selepas pengundaran tentera, Burung Emu kembali menyerang tanaman mereka, sekali lagi para petani meminta bantuan.

Cuaca panas kemarau membawa ribuan haiwan tersebut ke ladang.

Atas permintaan para petani, Menteri pertahanan Australia telah meluluskan semula bantuan.

Pada 13 November 1932, menampakan hasil selepas satu minggu 100 ekor Emu  berjaya dibunuh.

Meredith dipanggil semula pada 10 disember, dalam laporannya beliau mendakwa kira-kira 986 ekor emu dibunuh dan ribuan burung Emu cedera.

Selepas Kejadian

Menjelang disember 1932, berita mengenai‘’peperangan emu’’ telah tersebar sehingga United Kingdom. Beberapa penyokong pemuliharaan membantah ‘’penghapusan burung Emu’’ yang jarang berlaku secara besar-besaran.

Serangan ini tidak terhenti begitu sahaja, petani di rantau ini sekali lagi meminta bantuan tentera pada tahun 1934, 1943 dan 1948.

Kerajaan Australia terpaksa berhenti memberi bantuan ekoran berita mengenai ‘peperangan’ Emu di Australia yang telah tersebar dan menjadi bahan ketawa penduduk dunia oleh kerana kegagalan Meredith menangani masalah ini.

(Burung Emu mendiami di kawasan yang berwarna ‘pink’
Sumber: wiki common)

Rujukan:

1.     How we lost the “Emu War”. http://www.emugigs.com/emuwar/

  1. http://www.australiangeographic.com.au/blogs/on-this-day/2016/11/on-this-day-the-emu-wars-begin
  2. Johnson, Murray (2006). “‘Feathered foes’: soldier settlers and Western Australia’s ‘Emu War’ of 1932”. Journal of Australian Studies (88): 147–157

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here