Dunia Di Sekeliling Kita Sebenarnya Hologram

0
3625
views

Kalau kita lihat daripada sudut pandang kuantum, dunia ini memang pelik. Kita tak tahu realiti dunia ini macam mana sehinggalah kita melihatnya.

Sehingga kini, saintis telah menerima bahawa cahaya itu mempunyai sifat zarah dan gelombang dalam masa yang sama. Tapi, cahaya itu akan berada dalam keadaan macam itu kalau kita tak melihatnya (mencerap).

Kalau kita mula mencerap cahaya tersebut, cahaya akan menjadi salah satu daripada dua sifat tadi. Sama ada jadi gelombang ataupun jadi zarah. Kalau kita tak cerap, dia jadi dua-dua. Pelik, kan?

Benda macam ini bukan sahaja berlaku pada sifat, tapi berlaku juga pada perkara lain seperti kedudukan contohnya. Elektron boleh berada di banyak tempat dalam satu masa sehinggalah manusia cuba nak cerap elektron itu.

Jadi, realitinya, saintis tak tahu macam mana keadaan zarah yang hidup dalam dua keadaan itu dalam satu masa kerana bila manusia cuba nak lihat, keadaan itu akan ‘runtuh’.

Ini yang berlaku pada dunia paling kecil. Dunia yang membina objek. Dunia yang menjadi asas-asas pembinaan manusia dan segalanya kita nampak di depan mata kita.

John Locke adalah antara pelopor idea empirisism. Konsep paling popular adalah ‘tabula rasa‘. Locke kata, ilmu pengetahuan hanya mampu diperoleh melalui pengalaman. Sejak manusia lahir, manusia takt ahu apa-apa seperti papan putih kosong sehinggalah dia melalui pengalaman untuk mendapatkan pengetahuan.

Locke menolak sebarang bentuk sumber ilmu secara asliah yang masa itu dia menolak idea Rene Descartes. Sumber ilmu secara asliah ini adalah idea tentang ilmu itu telah ada dalam minda manusia, cuma perlu rasional untuk mendapatkannya.

Kemudian, George Berkeley menolak idea Locke sehinggalah dia meragui segala kewujudan di sekelilingnya.

Dan akhirnya, Berkeley kata, tiada yang wujud dalam dunia ini kecuali persepsi kita sendiri. Maksudnya apa?

Maksudnya, realiti tak wujud sehinggalah kita melihatnya!

Idea Berkeley semacam mendahului zamannya sebelum idea kuantum itu ditemui. Apa yang Berkeley bawa, aku fikir ada kebenarannya sebab kuantum pun kata begitu.

Realiti terhasil berdasarkan persepsi.

Tapi, berbezanya idea kuantum dan idea Berkeley adalah, sebelum manusia melihat, kuantum kata realiti berada dalam ‘kekeliruan’. Tapi Berkeley kata realiti tak wujud.

Tapi masih persamaan keduanya adalah realiti adalah hasil daripada kesedaran dan persepsi manusia.

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here