Penaklukan Pasai: Amukan Tun Hamzah Melanggar 120, 000 Tentera Pasai

0
5203
views
Gambar sekadar hiasan.

Ketika era kegemilangan tamadun Melayu Melaka, dicatatkan bahawa penguasaan ke atas Nusantara ini adalah diantara kerajaan Melayu Melaka dan sebuah lagi kerajaan Melayu bernama Pasai. Pasai umpama abang besar kepada Melaka. Namun, terdapat sebuah peristiwa dalam sejarah itu sendiri yang mencatatkan bagaimana sebuah kisah yang sungguh memberikan inspirasi kepada kita, terutamanya anak Melayu diluar sana.

Ia bermula ketika pemerintahan Sultan Zainal Abdin di Pasai apabila terdapat perebutan takhta berlaku antara baginda dan abangnya. Dalam perebutan taktha tersebut, Sultan Zainal Abidin tewas lalu lari ke Melaka, dan cuba mendapatkan perlindungan Sultan Mansur Shah. Lalu, Sultan Mansur Shah mengarahkan Tun Perak bersama Tun Pikrama Wira (Tun Mat), Laksamana, Seri Bija Diraja, Tun Telanai, Seri Akar Diraja, Tun Bijaya Maha Menteri, Tun Bija Diraja, Sang Naya, Sang Setia, Sang Guna, Tun Bija Sura, Sang Jaya Pikrama, Sang Aria Diraja, Sang Rakna, Sang Sura Pahlawan, Sang Setia Pahlawan, Raja Indera Pahlawan, Seri Raja Pahlawan, Raja Pahlawan, Raja Dewa Pahlawan dengan para hulubalang untuk mempimpin 20, 000 orang tentera Melaka dalam perjalanan menuju semula ke Pasai, mengiringi Sultan Zainal Abidin. Namun, sampai sahaja tentera Melaka ke Pasai mereka dihidangkan dengan 120, 000 tentera Pasai.

Terjadilah beberapa kali pertempuran yang melibatkan antara tentera Melaka dan Pasai namun semuanya berhasil dengan kegagalan membuatkan jeneral-jeneral Melaka tertinggi bermesyuarat dengan Tun Perak. Ada yang memberi cadangan agar tentera Melaka berundur dahulu ke Melaka, dan memikirkan langkah lain untuk mengalahkan Pasai dalam peperangan. Namun, Tun Mat yang merupakan anakanda kepada Tun Perak tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan mencadangkan agar sekali lagi bertempur dengan tentera-tentera Pasai. Kalau kali ini tentera Melaka masih belum mampu memecahkan pertahanan ampuh Pasai itu, barulah mereka berundur dari medan perang. Dicatatkan dalam Sulalatus Salatin:

“Mengapa Tunku hendak pulang dahulu? Adakah kita sudah perang besar barang sekali? Pada bicara sahaya, baik juga kita naiki sekali lagi, alah tak alah pun kembalilah kita. Biarlah sahaya naiki sama-sama dengan Laksamana dan Seri Bija Diraja, serta dengan hulu¬balang.”

Dicatatkan bahawa Melaka kekurangan kelengkapan pinggan mangkuk pada pada pagi itu memaksa setiap anak tentera bersama dengan Tun Perak dan juga para hulubalang yang lain untuk memakan nasi di atas daun. Lalu pasukan Melaka turun sekali lagi ke daratan untuk berperang dengan bala tentera Pasai yang terlalu banyak itu. Sulalatu Salatin mencatatkan seperti berikut bagaimana pertempuran kali ini berlangsung.

Maka rakyat Pasai pun keluarlah, terlalu azamat bunyi tempik soraknya, lakunya seperti air yang penuh, rupa tunggul panji-panji seperti pohon kayu. Setelah berhadapanlah kedua pihak rakyat itu, lalu berperanglah; tiada sangka bunyi lagi tempik segala hulubalang, dan sorak segala rakyat, ber¬campur-campm dengan bunyi gajah, kuda, terlalu gegak-gempita bunyinya; jika halilintar di langit sekalipun tiada akan kedengaran.

Dikatakan bahawa selepas pertempuran yang sangat sengit, maka sekali lagi tentera Melaka terpaksa berundur daripada medan tempur. Banyak hulubalang yang berlari manakala formasi tentera turut berpecah. Yang masih kental bertahan ialah Tun Perak bersama dengan tiga orang pendekar Melayu termasuklah anakandanya Tun Mat atau nama gelaran Tun Pikrama bersama dengan Hang Isap dan Nina Ishak (Naina Sura Dewana). Kehebatan tiga pendekar Melaka ini bertempur membuatkan bala askar Pasai mati akal untuk menembusi mereka bertiga. Dikatakan kemahiran memanah yang dimiliki oleh mereka telah membunuh banyak tentera Pasai.

Ketika itu, Nina Ishak bertanya kepada Tun Pikrama, “Orang Kaya, bagaimana kita bertahan, hanya tiga orang ini? Segala orang kita yang lari itu tiada tahu akan kita lagi bertahan ini, baiklah ia kita beritahu.”

Lalu Tun Pikrama mengarahkan Nina Ishak supaya pergi mengejar setiap prajuit Melaka yang melarikan diri daripada medan perang supaya berpatah balik untuk bersama dengan Tun Pikrama dan juga Hang Ishap bertempur dua orang menahan gempuran puluhan ribu, malah ratusan ribu tentera Pasai. Dalam perjalanan menyuruh tentera Melaka berpatah balik, Nina Ishak pun tersempaklah dengan seorang pendekar Melayu bernama Tun Hamzah yang merupakan menantu kepada Tun Pikrama yang sedang melarikan diri. Teriak Nina Ishak:

Petikan Sulalatus Salatin:

“Hei Tun Hamzah! Mengapa maka tuan Hamba lari seperti biawak hitam ini? Bukankah Orang Kaya Tun Pikrama lagi di darat bertahan? Maka sebab tuan Hamba diambil oleh Orang Kaya akan menantu, bukankah kerana rupa, tuan Hamba baik? Rupa dan sikap tuan Hamba pun baik; dan rambut tuan Hamba ikal, pada sangka Orang Kaya berani juga tuan Hamba maka diambil akan menantu. Jika tidak demikian patutkah tuan Hamba duduk dengan anak Orang Kaya Tun Pikrama itu?”

Maka kata Tun Hamzah, “Lagikah Orang Kaya di darat?” Maka sahut Nina Ishak, “Lagi bertahan, berdua dengan Hang Isap. “

Selepas ditegur oleh Nina Ishak, entah kenapa semangat baru terus merasuk diri Tun Hamzah. Dia terus mengambil segala kelengkapan senjata seperti lembing, keris, perisai dan sebagainya yang ditinggalkan lalu tiba-tiba dia naik amuk. Sejarah mengatakan dialog yang terlontar dari mulut Tun Hamzah ketika itu.

“Tahanlah amuk Hamzah akhir zaman ini!”

Seperti nama bapa saudara Rasulullah yang menjadi inspirasi namanya, mungkin sebegitulah Tun Hamzah bertempur. Dia sendiri mengetuai ribuan prajuit Melaka yang lari berpatah balik dan terus menggempur tentera Pasai. Berkat dari amukan Tun Hamzah ini, akhirnya Melaka berjaya memenangi perang dengan tentera Pasai lalu merajakan Sultan Zainal Abidin kembali ke takhtanya. Masing-masing dikurniakan ganjaran di atas kejayaan mengalahkan tentera yang berkali-kali ganda lebih besar daripada mereka termasuklah Tun Hamzah digelar sebagai Tun Perpatih Kassim.

-HE-

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here