Nagato Dan Falsafah Buddhisme

0
1916
views

Magnum opus watak Nagato dalam anime Naruto adalah penderitaan adalah jalan menuju keamanan. Idea ini dibentuk sewaktu negaranya, Negara Hujan menjadi medan peperangan dalam Perang Dunia Shinobi yang kedua. Nagato menyaksikan pelbagai penderitaan sewaktu peperangan tersebut seperti kebuluran, tekanan dan termasuklah kematian ibu bapanya sendiri yang dibunuh oleh shinobi Konoha.

Sewaktu membentuk Akatsuki, kawan baiknya, Yahiko mati dibunuh oleh sekumpulan shinobi yang diketuai oleh Hanzo. Seperti Madara, Nagato melihat kitaran peperangan ini tidak pernah tamat sehingga dia ragu sama ada konsep keamanan itu wujud. Tetapi Nagato tetap mahu mencari kemanan itu. Daripada sini, Nagato membentuk idea bahawa selagi manusia tidak merasai apa itu penderitaan, maka dia tidak akan cuba mencari keamanan.

 

1. Four Noble Truths

Buddhism menggariskan empat kebenaran yang menjadi asas pada falsafahnya yang dipanggil Four Noble Truths. Di Timur, pemahaman ke atas suatu idea boleh menjadi kerancuan antara agama dan falsafah sebab itu kadangkala Buddhism dipanggil agama, kadangkala dipanggil falsafah. Kita tak mahu panjang lebar fasal ini.

Noble Truths yang pertama adalah penderitaan itu wujud dan ia menguasai dunia ini. Yang kedua adalah penderitaan itu wujud akibat obses terhadap keinginan (desire). Yang ketiga, penderitaan ini dapat dibuang apabila obses tersebut dibuang. Keempat, kebebasan (keamanan) dapat dicapai dengan mengamalkan 8 Lapis Jalan (Eightfold Path).

Empat idea ini telah membantuk perwatakan Nagato. Nagato percaya penderitaan sentiasa wujud dalam dunia shinobi. Penderitaan yang tidak pernah habis dan terus berkitar. Bagi Nagato penderitaan ini terbentuk kerana obses shinobi terhadap cinta dan peperangan. Cinta menjadikan manusia mahu melindungi sesuatu, lalu ia melindungi itu menjadi justifikasi yang membentuk peperangan.

Buddhism mempromosi cinta. Tetapi menurut Buddha obses terhadap cinta akan menyebabkan penderitaan yang pahit.

Penderitaan ini dapat dibuang dengan membuang obses terhadap peperangan dan cinta tersebut.

Idea keempat dalam Buddhism mungkin tidak menepati perwatakan Nagato kerana dalam 8 jalan tersebut, cuma beberapa jalan saja yang diikuti oleh Nagato.

Jalan yang dipilih (bukan jalan dari Eightfold Path) oleh Nagato adalah memberikan manusia memahami terlebih dahulu apa itu penderitaan. Bagi Nagato, orang yang tidak memahami penderitaan sebenar tidak akan faham maksud keamanan yang sebenar. Selepas memahami apa itu penderitaan, barulah proses membuang penderitaan itu dapat dicapai.

 

2. 6 Jalan Penderitaan (Samsara)

Nagato mempunyai kuasa 6 Jalan Penderitaan (Six Path of Pain) yang berdasarkan konsep dunia dalam Buddhism, iaitu Jalan Dewa (Deva Path), Jalan Asura (Asura Path), Jalan Manusia (Human Path), Jalan Haiwan (Animal Path), Jalan Hantu (Ghost Path) dan Jalan Neraka (Hell Path). Kesemua jalan-jalan telah membentuk diri Pain (Nagato) menjadi enam dan mempunyai kuasa yang berbeza-beza.

Dalam Buddhism, enam jalan ini adalah kitaran jalan-jalan yang dilalui oleh manusia melalui kitaran hidup semula (reincarnation) dan ia dikatakan sebuah penderitaan yang tidak akan habis dan berulang-ulang. Kitaran ini akan tamat setelah jiwa itu mencapai ‘nirvana‘. Nirvana adalah keadaan di mana jiwa mula membuang segala bentuk obses.

 

3. Pacifisim

Pacifisim adalah idea paling utama yang membentuk tiga falsafah/agama timur, iaitu Buddhism, Jainism dan Hinduism. Idea utama dalam falsafah ini adalah menentang segala bentuk keganasan dan peperangan walaupun ia bermotifkan ‘keadilan’ dan ‘perlindungan’. Maksudnya peperangan tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk dilancarkan.

Sebab itulah Pacifism menolak falsafah ‘Peperangan Adil’ (Just War) yang dipelopori oleh Thomas Aquinas. ‘Just War‘ membawa idea peperangan itu boleh dilancarkan dengan memastikan ia tidak salah secara moralnya dengan beberapa kriteria.

Nagato menganut Pacifisim yang menolak sebarang bentuk peperangan walaupun atas nama cinta dan melindungi. Bagi Nagato peperangan tak sepatutnya berlaku atas nama shinobi-shinobi ini mahu melindungi sesuatu atas nama cinta, seperti cintakan individu dan kampung.

Walaupun begitu, ia agak ironi bagi Nagato yang membawa pacifism kerana Nagato mencari keamanan melalui peperangan dan kemusnahan yang dilakukan. Ia seperti menunjukkan kemusnahan yang dilakukan mempunyai justifikasi iaitu mahu manusia merasai penderitaan untuk mencapai keamanan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here