Novel Terawal Bahasa Melayu Diterbitkan Di Sarawak

0
1141
views

Jika menyusuri sejarah penerbitan novel di Malaysia, pengkaji banyak menjadikan novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ sebagai novel Melayu terawal yang diterbitkan. Tetapi kajian pada tahun awal 2000 mendapati terdapat karya lain berbentuk novel yang diterbitkan pada tahun 1876 di Kuching Sarawak bertajuk Hikayat Panglima Nikosa ( Dr Syed Othman Syed Omar ).

Tapi nanti dulu… tentu anda hairan. Aik! Tajuk hikayat. Bukannya novel! Penulis ingin menjelaskan adalah normal pada zaman tersebut hingga 1930 tajuk novel menggunakan judul hikayat. Novel ini ditulis dalam 29 halaman bertulisan jawi. Pengarangnya Ahmad Syawal Abdul Hamid. Dicetak di sebuah kilang di Kuching dan diedarkan.

Kisah ini mengenai Nikosa seorang pemuda yang gagah telah 300 pemuda untuk menentang gejala kecurian dan huru hara yang dilakukan oleh perompak. Wah! Sudah macam filem epik 300 sedangkan cerita ini ditulis pada tahun 1876 ! Keistimewaan novel ini adalah kepentingan memodenkan pertanian.

Kemudian diikuti novel Kecurian 5 Million Ringgit oleh Muhammad Muhammad Said pada tahun 1922. Diterbit dan dicetak di Kelantan. Kecurian Lima Million Ringgit mengisahkan kelicikan dan kepintaran John Sinclair sebagai pencuri, Jack Hocker seorang penipu yang banyak membuat jenayah melibatkan wang. Nicholes Carter seorang detektif  dan Mr. Baxter seorang pegawai polis yang mashyur kerana ketajamannya mencium dan memahami segala tipu helah penjahat. Penduduk di kota London dan Amerika bimbang kerana penipuan dan kecurian berleluasa. Bagaimanapun, tindakan bijak detektif Nicholes Carter Baxter menjadikan kawasan itu aman. Novel ini adalah novel saduran.

Kemudian barulah Hikayat Faridah Hanum yang popular tulisan Syed Sheikh Al-Hadi. Diterbitkan pada tahun 1926. Ia mendapat sambutan hangat masyarakat ketika itu kerana bertemakan cinta antara dua darjat dan ada sedikit kontroversi. Ianya mengisahkan percintaan Faridah Hanum dan Syafik Affandi. Jatuh cinta pada pandang pertama tetapi masalahnya Faridah Hanum anak saudagar kaya yang cantik dan berpelajaran tinggi. Syafik Affandi adalah seorang lelaki juga berkelulusan tetapi harta tiada. Pengarang mengarang cerita ini kerana mahu masyarakat berfikiran terbuka tentang pendidikan wanita yang sangat ketinggalan pada ketika itu terutama pelajaran.

Novel-novel lain yang diterbitkan selepas itu

Iakah Salmah ( 1929 ) – Ahmad Rashid Talu

Kawan Benar ( 1927 ) – Ahmad Rashid Talu

Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan ( 1927 ) – Ahmad Kotot

Melur Kuala Lumpur ( 1930 ) – Harun Aminurrashid

Putera Gunung Tahan ( 1937 ) – Ishak Haji Muhammad

Melati Kota Bharu ( 1939 ) – A Kadir Adabi

Agaknya ada tak salinan asal dan diterbitkan semula?

Sumber :

Syed Syeikh Al-Hadi, Sasterawan Progresif Melayu. Talib Samat. 1992. DBP

Sejarah Penulisan Novel Di Malaysia. Isu dan Cabaran. Hashim Ismail. 2007

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1201&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here