Mengapa Banyak Tugu Tinggalan Mesir Purba Tidak Berhidung?

0
4752
views

Pernah tengok patung, tugu atau berhala yang berwajah para Firaun yang pernah memerintah zaman Mesir Kuno? Kenapa kebanyakkan patung-patung itu kehilangan batang hidung? Sama juga seperti tugu Sphinx. Adakah ini suatu kebetulan atau konspirasi yang dirancang oleh pihak tertentu?

“Hurm, ini semua salah Yahudi” berkata salah seorang fanatik fitan.

PENDAPAT PERTAMA.

• Beberapa ahli arkeologi berpendapat kenapa batang hidung para patung ini hilang adalah kerana patung-patung ini terdedah kepada hakisan angin yang kencang, pengeseran antara lapisan tanah & pasir serta aliran air hujan.

• Seperti beberapa tugu yang kehilangan hidung ini ada diantaranya ditemui di makam-makam para Firaun di bawah tanah berkemungkinan mengalami tekanan berat lapisan tanah atau pasir yang beratnya sekitar beribu tan.

• Walaupun batu marmar yang kuat & tahan lama digunakan dalam pembuatan & pengukiran tugu atau patung ini ia tetap terhakis dengan fenomena alam.

• Tugu Firaun Tutankhamun & Ankesaman yang berada di luar makam Luxor, di Luxor juga kehilangan batang hidung.

PENDAPAT KEDUA.

• Beberapa ahli arkeologi juga mengatakan bahawasanya punca lain patung-patung ini kehilangan hidung adalah disebabkan vandalisme.

• Seorang ahli sejarah Arab Mesir, al-Maqrizi mencatatkan pada abad ke-15 seorang ahli Sufi yang bernama Muhammad Su’im al-Dahr memusnahkan batang hidung tugu Sphinx kerana para penduduk Mesir pada ketika itu menyembah tugu Sphinx untuk memohon pertolongan daripadanya untuk mengawal banjir yang berakibat limpahan air dari sungai Nil.

Tetapi fakta ini masih diperdebatkan oleh para ahli arkeologi kerana mereka juga mengesyaki Napoleon Bonaparte yang meletupkan batang hidung tugu Sphinx dengan menggunakan meriam ketika menakluk Mesir pada suatu ketika dahulu.

• Pengikut fanatik agama juga berkemungkinan penyebab hal ini.

• Batang hidung patung atau tugu ini juga menjadi mangsa para penjarah atau ‘treasure hunter’ ketika mencari harta karun di dalam makam-makam para Firaun.

• Pembaca boleh melihat beberapa tugu atau patung zaman Dinasti Mesir Kuno yang kehilangan hidung diantaranya tugu Firaun Haramheb, Nefertiti, Kemet & sebagainya.

Jadinya, jangan memandai buat kesimpulan kehilangan batang-batang hidung tugu ataupun patung zaman Dinasti Mesir Kuno ini adalah ulah konspirasi entah apa-apa. Adios.

Sumber Rujukan : Effaced – The Missing Noses of Classical Antiquity.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here