Dari Mana Datangnya Nama Malaysia?

0
10762
views

Dari mana datangnya nama “Malaysia”? Jelas sekali bukan Tunku yang cipta, sebab sebelum Merdeka dah wujud buku “Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule” tulisan Rupert Emerson (diterbit pada tahun 1937) dan “The Peoples of Malaysia” tulisan Fay-Cooper Cole (diterbit pada 1945). “Malaysia” ketika itu merujuk kepada Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang merangkumi Tanah Melayu, Hindia Timur (Indonesia), Borneo dan juga Filipina. Jadi siapa yang cipta istilah “Malaysia” ni?

Kat Internet bersepah teori2 karut mengenai asal usul nama “Malaysia”: Ada yang kaitkan dengan Freemason, ada yang kata Orang Melayu sendiri yang cipta. Pada asalnya, istilah “Malaysia” ialah sebuah konsep geografi (sama seperti “Asia”, “Eurasia”, “Australasia”), tidak rujuk kepada mana-mana entiti politik. “Malaysia” ialah sebuah istilah geografi yang dicipta oleh seorang penjelajah Perancis, Jules Dumont d’Urville (1790-1842) pada tahun 1832 dalam rencana berjudul “Sur les îles du Grand Océan” (On the Islands of the Great Ocean) yang diterbitkan dalam Bulletin de la Société de Géographie. Beliau mencadangkan supaya Lautan Pasifik Selatan dinamakan sebagai “Oceania” dan dibahagikan kepada 4 bahagian: Polynesia, Melanesia, Micronesia dan Malaisie. Selain istilah Polynesia dan Melanesia, istilah “Oceania”, “Micronesia” dan “Malaisie” ialah ciptaan D’Urville. “Malaisie” kemudian diinggeriskan menjadi “Malaysia” oleh seorang ahli geografi Amerika, Thomas G. Bradford pada tahun 1835.

Pada 1950-an, hasil daripada inspirasi gerakan penyatuan Eropah, ramai yang mengidamkan sebuah entiti politik yang bersatu diwujudkan di Kepulauan Melayu atas nama “Malaysia”. Lim Choon Mong dari Singapura telah mencadangkan sebuah “Confederation of Malayasia” yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei (ada dalam The Straits Times, 23 Mac 1957). Proposal Filipina lagi dahsyat – Presiden Manuel L. Quezon mencadangkan sebuah “Commonwealth of Malaysia” yang merangkumi keseluruhan Asia Tenggara (lebih kurang macam ASEAN lah). Golongan Melayu Raya tak guna nama “Malaysia”, mungkin bunyinya sangat Orientalis.

Apa-apa pun, Tunku juga yang berjaya merealisasikan projek Malaysia ini. Polynesia, Micronesia dan Melanesia masih digunakan dalam mana-mana peta dunia pada hari ini, tetapi “Malaysia” telah dieksklusifkan kepada negara kita.

Dalam gambar: Peta D’Urville (1832) yang menunjukkan “Malaisie” (dalam lingkungan berwarna biru)

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here