Laksamana Cheng Ho: Laksamana Islam Agung Sepanjang Zaman

0
3653
views

• Nama sebenarnya adalah Ma Ho/Ma He & dilahirkan di perkampungan Daerah Bao San, Kunyang dalam wilayah Yunnan pada tahun 1371M.

Ketika ini kota Yunnan menjadi pusat kekuasaan Dinasti Yuan & memusuhi Dinasti Ming yang berpusat di kota Ta-tu.

• Merupakan anak kedua daripada lima orang adik-beradik melalui hasil perkahwinan pasangan Ma Hazhi & Wen.

Keluarganya beragama Islam & berasal dari suku Hui ( suku yang mirip dengan suku Han tetapi suku Hui beragama Islam ).

• Berketurunan Hassan bin Ali r.a & moyangnya merupakan seorang duta besar negeri Bukhara, Sayyid Syafii.

• Ketika itu Yunnan masih berada di bawah pengaruh sisa kekuasaan Dinasti Yuan ( dinasti bangsa Tiongkok yang diperintah oleh bangsa Mongol ).

• Pemimpin pemberontak, Zhu Yuanzhang & para pemberontak yang tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan Dinasti Yuan memimpin pasukannya menyerang kota Ta-tu ( pusat kekuasaan Dinasti Yuan ).

Setelah Zhu Yuanzhang berhasil menguasai Ta-Tu, ibukota Mongol & berhasil mengusir penguasa Dinasti Yuan, maka dengan segera Zhu Yuanzhang mengangkat dirinya menjadi maharaja baru, dan tentu saja beliau juga mendirikan dinasti baru, yang kemudian diberikan nama Dinasti Ming.

• Maharaja Zhu Yuanzhang menghantar pasukan
tentera di bawah pimpinan anaknya Zhu Di yang ketika itu baru berusia 21 tahun untuk menyerang kota Yunnan.

Dalam serangan ini, ayah Ma Ho, Ma Hazhi terbunuh dalam peperangan menentang askar Dinasti Ming & angkatan tentera Dinasti Yuan dikalahkan.

• Ma Ho ditawan oleh tentera Ming ( ketika ini umurnya 12 tahun ) & dibawa ke Nanjing untuk dijadikan pelayan yang mengabdikan diri pada maharaja.

Nasib Ma Ho menyebelahinya apabila beliau hanya dijadikan sebagai pelayan kepada Zhu Di yang ketika itu berumur 23 tahun & menjadi putera mahkota naga yang menguasai wilayah China Utara, iaitu kota Ta-tu yang kemudian diubah nama menjadi kota Beijing.

• Kelebihan & kebijakan yang dimiliki Ma Ho menjadikan beliau sebagai orang kepercayaan Zhu Di.

• Setelah Maharaja Zhu Yuanzhang mangkat maka saudara tirinya, Zhu Yunwen ditabalkan sebagai maharaja baru akibat dari komplot dalaman pegawai istana.

Zhu Di yang sebenarnya lebih layak menjadi maharaja diburu oleh pihak tentera Ming di bawah arahan Maharaja Zhu Yunwen & ini menyebabkan beliau menjadi pelarian di negara sendiri.

• Zhu Di merancang satu pakatan menggulingkan takhta Maharaja Zhu Yunwen & pakatan ini disertai oleh Ma Ho yang memimpin 800 pasukan tentera berbaju & bersenjata lengkap.

• Zhu Di berjaya menggulingkan takhta, mengalahkan pasukan Ming di Beijing & setelah 5 tahun berlalu, maka beliau menyerang kota Nanjing & serta merta mengangkat diri sendiri sebagai Maharaja Yongle.

Ketika peristiwa pergulingan takhta ini, Ma Ho banyak membantu Zhu Di & ini membuatkan Zhu Di mengangkat Ma Ho sebagai ketua rumah tangga di istananya.

• Maharaja Yongle mengubah nama Ma Ho kepada nama panggilan barunya iaitu, Cheng Ho.

Pendapat lain juga mengatakan nama Cheng Ho dianugerahkan oleh Maharaja Zhu Di selepas Cheng Ho memimpin pasukan tentera dalam perang Zhenglunba ( berlaku di luar istana Nanjing ) setelah mengalahkan pasukan tentera musuh.

• Cheng Ho juga digelar sebagai ‘San Bao’ iaitu bererti ‘Tiga Mutiara’.

Latar Belakang Perlayaran Cheng Ho

Buku ‘Zheng He’s Navigation Map’ yang merekodkan perjalanan Cheng Ho merentasi lautan yang mampu mengubah peta perjalanan dunia sepanjang abad ke-15.

Dalam buku ini mengandungi 24 peta perjalanan, maklumat tentang arah pelayaran, jarak di lautan & pelabuhan yang disinggahi.

Tetapi daripada semua catatan ini, hanya 2 salinan yang selamat daripada dimusnahkan ketika Dinasti Ching berkuasa & menghancurkan segala rekod tentang kemegahan Dinasti Ming.

• Direkodkan juga dalam ekspedisi pelayaran ini, Cheng Ho & armadanya yang besar tidak menakluk atau berperang kerana tujuan pelayaran ini hanyalah bertujuan diplomasi.

Tujuan lain ekspedisi ini hanyalah untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Tiongkok setelah dimusnahkan oleh Dinasti Yuan, mengawal & memonopoli perdagangan di lautan, memperluas pengaruh Tiongkok sehingga ke Lautan Hindia & berharap kerajaan atau negeri lain mengakui kebesaran Maharaja Tiongkok sebagai ‘The Son of Heaven’.
( menurut ahli sejarah terkenal, Jeanette Mirsky ).

Dinasti Ming juga tidak hanya menumpukan jalur perdagangan di ‘Silk Road’ antara Beijing & Bukhara tetapi mahu menumpukan juga laluan perdagangan di Lautan Hindia.

• Ketika pelayaran ini Cheng Ho lebih suka memilih jalan diplomatik daripada jalan peperangan. Buktinya dapat dilihat dalam peristiwa seperti :

1) Cheng Ho berusaha mendamaikan dengan jalan politik pertelagahan yang terjadi diantara kerajaan Majapahit & kerajaan Blambangan.

2) Membina sebuah monumen yang melambangkan tiga agama iaitu, Islam, Hindu & Buddha di Ceylon.

3) Cheng Ho memberikan hadiah berupa cop mohor Dinasti Ming yang diperbuat dari perak kepada setiap pemerintah yang menyambut baik kedatangan armadanya.

Tujuan ini diharapkan oleh Maharaja Zhu Di, supaya kerajaan lain menghantar utusan masing-masing ke kerajaan Tiongkok untuk menggalakkan perhubungan diplomatik yang lebih kukuh.

• Cheng Ho juga tidak terlepas dari pertempuran di lautan apabila armadanya menghadapi tentangan lanun di perairan Ceylon & berperang dengan armada laut kerajaan Arab & Afrika ( berlaku akibat salah faham ) kerana mereka menyangka armada Cheng Ho adalah armada peperangan bukan armada diplomatik.

• Pada tanggal 12/03/2002 di London, dalam sebuah seminar yang dikendalikan oleh Royal Geographical Society, seorang ahli sejarah, Gavin Monzies mengatakan bahawasanya Cheng Ho adalah orang pertama yang menemui benua Amerika pada tahun 1421M & bukan Christopher Columbus.

(tercatat di dalam buku 1421: The Year China Discovered America ).

Teori ini mengejutkan dunia & akhirnya teori ini diakui oleh sebahagian besar ahli sejarah.

• Pelayaran Cheng Ho juga lebih awal dilakukan iaitu berlaku 87 tahun awal berbanding Christopher Columbus.

Pelayaran Cheng Ho juga mengalahkan pelayaran Vasco da Gama yang bertolak dari Potugal pada tahun 1491M & Ferdinand Magellan yang terjadi 114 tahun setelahnya.

Laksamana Cheng Ho mengusulkan cadangan kepada Maharaja Yongle untuk mengadakan perhubungan diplomatik dengan negara & kerajaan lain di seberang lautan sana iaitu dari Asia sehingga ke Lautan Hindi.

• Maharaja Yongle memperkenankan usulan Cheng Ho & baginda terus mengarahkan pembinaan kapal-kapal untuk ekspedisi diplomatik ini.

Tapak pembinaan kapal-kapal perang pada zaman Dinasti Ming dibina di tebing sungai Yongzte & ketika ini terdapat 34 buah gudang membina kapal.

• Pasukan tentera pimpinan laksamana Cheng Ho kebanyakan terdiri dari tentera Muslim & bakinya disertai oleh tentera beragama Buddha.

Sebelum memulakan pelayaran kali pertama ini Cheng Ho & para tenteranya yang beragama Islam menunaikan solat sunat di sebuah masjid tua di kota Quanzhou yang berada di wilayah Fujian.

• Setelah selesai segala persiapan & kelengkapan maka armada laut laksamana Cheng Ho memulakan perjalanan merentasi sungai Yongzte & keluar menuju ke Lautan China Selatan.

• Armada laut Cheng Ho dibahagikan kepada 4 pasukan & setiap pasukan mempunyai tugas pembahagian kerja yang telah ditetapkan oleh Cheng Ho seperti unit pertahanan, unit logistik, unit pembaikian, unit meriam, unit penunjuk arah atau navigasi di lautan, unit pengangkut barangan dagangan, unit penyusun strategi serangan di lautan & sebagainya.

• Cheng Ho juga melakukan beberapa persediaan yang rapi diantaranya:

1) Membina satu tangki air tawar di dalam badan kapal-kapalnya untuk bekalan air minum tenteranya.

2) Membina tangki air untuk memelihara ikan air tawar & haiwan ternakan seperti lembu & ayam, menanam tumbuhan seperti sayur-sayuran & buah-buahan sebagai bekalan makanan di lautan.

3) Membawa kayu-kayu & layar sutera tambahan sebagai persediaan stok pembaikian kapal, jika kapal menghadapi kerosakan dipukul badai di tengah lautan.

4) Membawa ahli falak, ahli navigasi, ahli kimia, ahli agama, ahli geografi & ahli pelbagai bidang untuk memudahkan segala urusannya ketika dalam pelayaran.

5) Barangan dagangan yang terdiri dari barangan kulit, mutiara, barangan seramik, kain sutera, rempah ratus & sebagainya dikawal rapi oleh kapal pertahanan.

• Armada lautnya yang terdiri dari 307 buah kapal perang besar & kecil, disertai oleh 27,000 orang anak kapal.

Dicatatkan juga, diantara panglima Islam yang menyertai armada Cheng Ho ini ialah panglima Guo Chongli, Fei Xin, Sha’aban, Pu Heri & Ma Huan (penterjemah bahasa untuk Cheng Ho), dan Hassan yang ditugaskan untuk kegiatan keagamaan ketika dalam pelayaran, menjadi orang kanan Cheng Ho dalam mengendalikan hubungan diplomatik, menguruskan pengkuburan jenazah di lautan & memimpin solat hajat ketika armada lautnya diserang badai yang besar.

• Kapal yang paling besar di dalam sejarah dunia pelayaran pada masa itu adalah kapal yang dipimpin oleh Cheng Ho iaitu ‘Kapal Pusaka’ yang panjangnya mencapai 138m, lebar 56m, seberat 2500 ton, memiliki 9 tiang layar & ini bermakna kapal ini 5 kali ganda lebih besar dari kapal milik Christopher Columbus, iaitu Santa Maria yang panjangnya mencapai 26m ( menurut ahli sejarah JV Mills ).

Kapal-kapal pimpinannya ini kebanyakannya terdiri dari 3 sehingga 9 batang tiang layar kapal.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here