Raja Yang Paling Singkat Memegang Takhta: 20 Minit

0
3508
views

Louis Antoine of France, Duke of Angouleme ( 6 Ogos 1775 – 3 June 1844 ) merupakan putera sulung Charles X of France dan pemegang takhta terakhir Dauphin Perancis ( 1824 – 1830 ). Baginda menggantikan ayahandanya, Charles X yang telah digulingkan dalam Revolusi Julai 1830. Dalam tempoh 20 minit, Louis Antoine juga digulingkan yang menyaksikan beliau tersenarai dalam senarai raja paling singkat memegang takhta dan berkongsi rekod tersebut bersama dengan Putera Mahkota Portugal Luis Filipe.

 

Info Gambar: Louis Antoine ( Louis XIX ) Sumber: https://usercontent2.hubstatic.com/7894131_f520.jpg

Peristiwa bersejarah ini berlaku ketika berlangsungnya Revolusi Julai 1830 apabila sekumpulan penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati mendesak penurunan takhta Charles dan keturunannya pada Julai 1830 yang disokong oleh sepupunya Louis Philippe, Duke of Orleans. Mereka telah menghantar delegasi ke Istana Tuileres bagi mendesak kepatuhan Charles X.

Charles secara terpaksa menandatangani dokumen penurunan takhta pada 2 Ogos 1830, Louis Antoine mengikuti langkah ayahandanya 20 minit kemudian. Selama 20 minit tersebut, Louis Antoine mendengar pujukan isterinya agar tidak menandatangani dokumen tersebut manakala Charles pula duduk kesedihan. Setelah itu, Louis Antoine juga menandatangani dokumen tersebut ( atas bantuan sepupunya, Duke of Bordeaux ). Tempat ketika saat terakhir sebelum Charles X pergi kerana dibuang negeri dikenali sebagai “ Count of Marnes “ dan baginda tidak pernah lagi balik ke Perancis.

Louis Antoine dan isterinya pergi ke Edinburgh, Scotland pada November 1830 dan menetap di sebuah rumah di perkampungan Regent berdekatan Istana Holyrood di mana Charles X tinggal. Pada tahun 1832, Maharaja Austria, Francis I telah menawarkan Istana Prague kepada keturunan diraja Perancis tersebut lalu Louis-Antoine dan Charles X berpindah ke sana. Namun begitu, setelah kematian Francis I, penggantinya Ferdinand I memberitahu kepada keluarga diraja Perancis itu bahawa baginda memerlukan istana tersebut untuk upacara pertabalannya pada musim panas tahun 1836. Akhirnya, keluarga diraja itu pergi dan sampai di Istana Graffenberg di Gorizia pada tahun 21 Oktober 1836.

Ramai pakar legislatif tidak mengiktiraf penurunan takhta tersebut adalah sah dan mengiktiraf Charles X sebagai raja sehingga baginda mangkat pada tahun 1836 dan juga Louis XIX sebagai penggantinya. Louis Antoine mangkat di Gorz, Austria pada tahun 1844 ketika berumur 69 tahun.

RUJUKAN

  1. World Guiness Book of Record, www.guinnessworldrecords.com/world-records/shortest-reign-of-a-monarch/
  2. www.listverse.com/2016/08/01/10-of-the-shortest-reigning-leaders-in-history/

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here