Mari Menafsir Lagu “Tanya Sama Itu Hud Hud” – M Nasir

0
15593
views

Bagi al-Faqir, lagu ini merupakan sebuah lagu yang menceritakan “Rukun Agama”. Jika dirujuk di dalam Kitab Hadis Arbain Imam Nawawi, pada hadis kedua, kita akan mengetahui apa itu “Rukun Agama”. Rukun agama adalah Iman (Akidah), Islam (Fiqh) dan Ihsan (Tasawwuf). Lagu ini menggarapkan kesemua hal ini dalam satu jalan cerita yang zahirnya kelihatan tidak berkesinambungan antara satu sama lain.

73 PINTU, 73 JALAN, YANG SAMPAI HANYA SATU JALAN.
(Mafhum hadis, umat Islam berpecah kepada 73 aliran Mazhab Akidah. Yang benar hanya satu iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah)

RIBU-RIBU MARGASATUA MENCARI RAJA SI MURAQ. YANG SAMPAI HANYA 30. 30.
(Ini merupakan syair sufi lama Parsi karangan Fariduddin al-Attar Naisaburi dalam kitabnya “Mantiq at-Tayr” yang mengisahkan tentang Margasatua menempuh 7 Gunung Tasawwuf iaitu Ammarah, Lawwamah, Mulhamah, Muthmainnah, Radhiyyah, Mardhiyyah dan Kamil)

UUH… SANG ALGOJO… UUH… NANTI DULU
(Ya Izrael, sebelum mati aku ingin mencari ilmu Fardhu Ain bagi melengkapkan Rukun Agama)

LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG ATAU LIHAT DARI DALAM TEMPURUNG. YANG MANA SATU ENGKAU PILIH.
(Pilihan sama ada nak “Terbang” mencari ilmu bagi mendapat pandangan yang luas atau “Terperap” malas mengaji hingga terus hidup jahil)

DALAM KALUT ADA PERATURAN, PERATURAN CIPTA KEKALUTAN. DIMANA PULA KAU BERDIRI. DISINI.
(Manusia jahil dahulu hidup tak tersusun, maka diwahyukan Hukum-Hakam Syariat/Fiqh bagi mengurus kehidupan. Namun kini kita hidup di zaman orang mencipta pergaduhan melalui putar belit ilmu Fiqh hingga isu-isu Khilaf Furuiyyah yang telah diselesaikan ratusan tahun dulu diperdebat semula – dek kerana munculnya golongan La Mazhabiyyah/Tolak Mazhab atau Talfiq Mazhab/Campur Aduk Mazhab)

BERIKANKU KESEMPATAN AKHIR INI, UNTUK MENYATAKAN KALIMAH SEBENAR. BERIKANKU KESEMPATAN INI. LAI LAI LAI LAI LAI LAI LAI
(Sebelum mati, marilah sempurnakan Rukun Agama bermanhajkan Kalimah La ilaha ilallah, Muhammad Rasulullah)

TANYA SAMA ITU HUD-HUD
(Hud-Hud memimpin Margasatua bertemu “Raja Si Muraq”. Kenapa Hud-Hud? Kerana Hud-Hud lah yang mampu mengesan kekufuran Ratu Saba’ hingga menyebabkan akhirnya Nabi Sulaiman Talkinkan Syahadah. Sesungguhnya kemampuan Hud-Hud mengenal Haq dan Batil ini adalah kerana ia sebenarnya Arifbillah. Maka bertanyalah kepada Arifbillah tentang Makrifah)

LANG MENSILANG, KUI MENSIKUI
(Ini merupakan perkataan Cina yang bermaksud “Orang pun bukan, Hantu pun bukan”. “Hud-Hud” yang Arifbillah ini menjelaskan bahawa sifat Tuhan itu bukan berjisim seperti manusia dan bukan hanya khayalan seperti hantu. Maka ternafilah iktikad Mujasimmah yang me-Tasybih-kan Tuhan dan iktikad Muktazilah yang Me-Ta’thil-kan Tuhan)

KERANA DIA YANG TERBANGKAN AKU KE MARI
(Kisah Hud-Hud yang Mursyid ini membawaku mengenal Tuhan)

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here