India Pun Ada Tembok Besarlah!

0
2070
views

Seringkali & sangat jelas kita mengetahui tentang keberadaan Tembok Besar China di negara China yang dibina pada masa pemerintahan pelbagai dinasti untuk melindungi China dari orang gasar yang melanggar dari utara India.

Di India, terdapat sebuah benteng yang dikenali sebagai Tembok Besar Kumbhalgarh & merupakan tembok kedua terbesar setelah Tembok Besar China.

• Tembok ini dibina pada masa pemerintahan Raja Maharana Kumbha iaitu sekitar abad ke-15 iaitu pada tahun 1443 M & diperbesarkan sehingga abad ke-19.

Mengikut perkiraan para ahli sejarah, tembok ini mengambil masa selama satu abad untuk disiapkan.

Ia mula dibina setelah 50 tahun Christopher Columbus merentasi Lautan Atlantik.

• Lokasi tembok ini terletak di India, iaitu 84 km Utara dari Udaipur, di wilayah Rajasthan, India-Barat.

• Panjang tembok ini mencapai sehingga 36 km & ketebalan lebarnya mencapai 15 sehingga 25 m.

• Tembok ini merupakan salah satu daripada 32 bentang pertahanan yang dibangunkan ketika pemerintahan Dinasti Mewar.

Tembok ini juga bertanggungjawab melindungi 300 buah kuil kuno Hindu dari serangan para musuh.

• Tembok ini memiliki tujuh buah gerbang besar & tujuh buah menara pengawal yang berbentuk bulat.

• Lagenda mengatakan, kononnya ketika pembinaan benteng ini berjalan, mereka menghadapi beberapa kesulitan sehingga memaksa Raja Maharana meminta nasihat daripada penasihat agama Hindu pada ketika itu. Penasihat itu menasihati agar baginda mencari seseorang yang sudi menjadi sukarelawan mengorbankan diri sendiri, jika tembok itu mahu dibangunkan dengan kuat tanpa sebarang kesulitan. Akhirnya, pada suatu hari datang seorang pelawat dari luar yang merupakan seorang tentera kebetulan melawat benteng pada masa itu. Pelawat ini lalu meminta izin untuk dikorbankan dengan cara dipenggal kepalanya di dalam kuil. Maka setelah itu, barulah pembinaan benteng ini berjalan dengan lancar & hasil pembinaan tembok beserta keberkatan ritual pergorbanan ini, kerajaan Hindu dapat bertahan daripada serangan beberapa negara musuh ke atas negaranya.

Tembok ini hanya jatuh sekali sahaja ke tangan musuh apabila pasukan musuh gabungan empayar Mughal pimpinan Akbar Khan, Raja Man Singh dari Amber, Raja Udai Singh dari Marwar & Sultan Gujarat menyerang dengan jumlah pasukan yang besar ; penyebab kejatuhan tembok ini juga didasari oleh kekurangan bekalan air minum di dalam tembok pertahanan.

• Tembok ini masih menjadi misteri kerana beberapa perangkap yang masih aktif terpasang di dalam benteng ini & sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang berani menjelajahi tembok ini bermula dari titik awal sehingga titik akhir.

• Tembok ini sudah dibuka kepada umum & menjadi kawasan pelancongan yang kedua setelah Taj Mahal di negara India.

Sumber : Khumbhalgar History, D.N. Dimri, 2012.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here