Jahasrat Sdn Bhd

0
622
views

Jahasrat Sdn Bhd telah berada di dalam bidang perniagaan selama lebih 20 tahun. Bidang perternakan ayam daging telah menjadikan Jahasrat Pultry Processing Sdn Bhd sebagai pembekal utama dalam industri yang diceburi mereka.  Datuk Mohammad bin Yahya merupakan Pengarah urusan Jahasrat berpendapat hasil usaha dan bantuan daripada TERAJU, Jahasrat kini telah mempunyai pelbagai aset seperti enam buah lori dan sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam daging yang telah beroperasi sejak Mac 2016 di Shah Alam.

Antara cabaran cabaran yang dihadapi oleh Jahasrat ialah kos operasi yang tinggi di samping tempoh penghantaran yang pendek yang perlu dikejar mematangkan beliau dalam menguruskan perniagaan. Selain itu, Industri pertenakan ayam daging ini turut bergantung sepenuhnya pada harga kontrak. Antara cabaran lain ialah sukar mendapat benih ayam berkualiti dan susah untuk menembusi pasaran global, namun itu bukan halangan untuk Jahasrat untuk terus bersaing dalam industri pertenakan ini.

Jahasrat juga mendapat suntikan dana sebanyak RM6.6 juta daripada TERAJU melalui program Dana Mudahcara telah digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan memudahkan pemasaran produk Jahasrat. Jahasrat juga menggunakan pendekatan Direct Approach dengan pengguna melalui kiosk yang berdekatan dengan pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam. Melalui Dana Mudahcara tersebut juga secara tidak lansung telah membuka peluang pekerjaan sebanyak 165 pekerjaan untuk melancarkan operasi Jahasrat. Jahasrat juga menggunakan modal tersebut untuk mendapatkan parent stock ayam baka yang boleh menghasilkan benih anak ayam yang berkualiti tinggi.

Jahasrat juga berhasrat untuk menambah 10 buah reban ayam daging dan juga mendirikan sebuah kilang pengeluar makanan ayam sendiri di masa akan datang demi menampung permintaan pengguna yang semakin tinggi.

Datuk Mohammad juga berharap agar industri ternakan tempat dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang dinamik dan berkualiti. Mereka juga harus bijak merebut peluang seperti bantuan bantuan yang disediakan oleh TERAJU. Beliau turut sempat berpesan supaya usahawan muda perlu banyak tabah dan bersabar bila menghadapi dugaan dalam dunia perniagaan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here