Serba Dinamik Sdn Bhd

0
738
views

Serba Dinamik Sdn Bhd (Serta Dinamik) merupakan syarikat antarabangsa yang menawarkan khidmat penyelesaian kejututeraan. Khidmat yang ditawarkan juga bertaraf antarabangsa. Selama 23 tahun Serba DInamik berada di dalam industri dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka meliputi kerja-kerja pertauliahan (EPCC), operasi dan penyelengaraan (O&M) dan penjanaan kuasa. Selain itu, Serba Dinamik juga juga terlibat di dalam bidang penyelengaraan, baik pulih (MRO) mesin seperti enjin diesel, mesin pemampat, pam dan juga turbin gas dan stim.

Serba Dinamik adalah contoh syarikat Bumiputera yang diiktiraf oleh dunia dan mencuri perhatian syarikat gergasi di Malaysia, negara negara arab dan juga United Kingdom. Ini dapat dibuktikan apabila Serba Dinamik dianugerahkan anugerah “Engineering Solution Provider of the year in 2014” oleh European Mena Awards 2014 dan World Business Leader 2014 di Abu Dhabi, UAE.

Pengarah urusan Dato’ Dr. Ir. Haji Mohd Abdul Karim mengatakan bahawa setiap usahawan perlu memiliki wawasan tersendiri dan yang jelas dalam perniagaan. Tambah beliau lagi, usahawan juga turut meletakkan matlamat dan juga sasaran yang perlu dikecapi dalam sesuatu tempoh jangka masa. Matlamat atau sasaran syarikat hanya boleh dicapai jika semangat berpasukan diamalkan dalam ogranisasi tersebut. Dengan cara tersebut, syarikat Bumiputera juga boleh berkembang menjadi lebih besar lagi terutama setelah mendapat sokongan daripada pelbagai program yang disediakan kerajaan.

Serba Dinamik juga merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan dalam program TERAS, Beliau sangat berpuas hati kerana dengan berada di bawah program TERAS, ia akan menaikkan imej syarikat dan mengangkat persepsi dan keyakinan untuk syarikat lain berurusan dengan Serba Dinamik. Syarat dan kriteria pemilihan yang ketat menjadi penada aras bahawa syarikat yang berada di bawah TERAS mempunyai nilainya tersendiri. Sejak berada dalam program TERAS, Serba Dinamik banyak menerima bantuan dari segi nasihat dan juga pembiayaan. Serba Dinamik juga sedang berusaha untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Gah di persada antarabangsa bukan sebab untuk pengarah urusan Serba Dinamik ini untuk lalai dan leka, beliau masih berpegang teguh kepada prinsip asas dalam menjalankan perniaggan. Prinsipnya itu ialah segalanya berbalik kepada niat setiap individu.  Cabaran yang akan dilalui usahawan di dalam industri juga bukan sebab untuk mereka berpaling daripada niat suci mereka supaya maruah sebagai usahawan sentiasa terjaga.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here