Siapakah Firaun Yang Membina Piramid Giza?

0
2587
views

Antara salah faham yang paling besar dalam kalangan rakyat Malaysia ialah mereka menyangka bahawa firaun yang terlibat dengan Nabi Musa A.S dan firaun yang membina piramid Giza yang merupakan salah satu daripada keajaiban dunia purba itu ialah orang yang sama, padahal hakikatnya, mereka ialah orang yang berbeza.

Firaun yang terlibat dengan Nabi Musa didebatkan oleh sejarawan mempunyai beberapa buah nama, namun semestinya bukanlah firaun yang membina piramid Giza. Perkenalkan kepada anda, nama yang mungkin agak asing di telinga kita, tetapi agak masyur dalam sejarah Mesir Purba. Khunum-Khufwy atau nama lebih dikenali sebagai Khufu. Selepas ini kita akan memanggil baginda sebagai Khufu sahaja memandangkan nama penuhnya susah nak mati nak mengejanya. Maksud nama penuhnya (malas nak eja) membawa maksud Khnum Melindungi Aku. Khnum ini untuk pengetahuan kalian merujuk kepada salah satu dewa purba Mesir Purba yang digambarkan bertanduk seperti kambing dan berkuasa ke atas perkara seperti kesuburan, air dan juga hasil peranakan haiwan-haiwan di ladang.

Khufu dipercayai memerintah pada sekitar 2609 SM – 2584 SM. Walaupun baginda merupakan seorang pembina piramid yang agung itu, namun sesungguhnya sedikit sahaja info mengenai baginda yang diketahui oleh kita semua. Bahkan lebih ironi, satu-satunya gambaran berbentuk artifak yang merujuk kepada baginda ialah sekadar sebuah patung kecil berukuran 9cm, itu pun tidak ditemui berdekatan dengan Giza tetapi di lokasi lain di dalam Mesir Purba itu sendiri.

Patung Khufu sepanjang 9cm.

Piramid Giza yang dibina oleh Khufu hari ini adalah tanda kepada betapa efisyennya pemerintahan Khufu itu sendiri kerana mampu mengerahkan tenaga kerja untuk membina piramid yang dikatakan mengambil tempoh selama 23 tahun untuk dibina, dengan jumlah blok yang digunakan untuk membangunkan binaan yang setinggi 431 kaki atau persamaan dengan 132 meter ini dikatakan sebanyak 2,300,000 dengan setiap satu dikatakan seberat 2.5 tan! Lebih mengejutkan dalam fakta ini, piramid giza bukanlah dibina oleh para hamba yang dikerah, tetapi dibina oleh pekerja-pekerja yang dibayar gaji dan upah untuk turut serta dalam pembinaannya.

Oh sudah tentu apabila membicarakan tentang piramid ini, kita harus berterima kasih kepada arkitek dibelakang pembinaan piramid giza iaitu Hemiunu yang merupakan anak saudara kepada Khufu dan juga penasihat peribadi Khufu. Berikut di bawah ialah fakta-fakta menarik mengenai Piramid Giza yang boleh kita berkenaan dengan Khufu:

Khufu percaya bahawa piramid ini merupakan tangga untuk ke syurga.

1.) Sesetengah pakar sejarah Mesir Purba percaya bahawa Khufu mahu dikebumikan disini, di sebuah bilik yang terbawah di dalam piramid ini sebelum menukarkan fikirannya.

2.) Bilik yang berada di kawasan tengah piramid ini dipanggil sebagai Bilik Permaisuhri, tetapi tidak pernah ada seorang pun permaisuri yang disemadikan di sini.

3.) Terdapat sebuah bilik yang dipanggil sebagai Kamar Raja, namun yang dijumpai di dalam khamar itu adalah sebuah keranda firaun lama yang kosong yang diperbuat daripada batu granit merah.

Isi dalaman piramid.

 

Walaupun Piramid giza dibina sebagai sebuah makam untuk Khufu, namun sehingga kini jasad Khufu tidak ditemui, sekadar keranda yang kosong. Selepas sahaja pemergian Khufu, 2000 tahun kemudian terdapat sebuah kultus yang memuja Khufu sebagai seorang TUHAN.

Bercakap tentang Khufu, selain daripada piramid agung yang dibina di Giza, terdapat juga sebuah penemuan sebuah perahu di dasar piramid Giza yang konon dibina untuk membawa Khufu di alam selepas kematian, menghadap Dewa Ra Matahari. Kapal ini sepanjang 143 kaki dan selebar 20 kaki.

Kapal Khufu

Sumber Rujukan:

BBC History. Khufu. (http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/khufu.shtml)

Ancient Egypt Online. King Khufu and the Great Pyramid. (http://www.ancient-egypt-online.com/khufu.html)

Guardians Egypt. Khufu. (http://www.guardians.net/egypt/khufu.htm)

 

Comments

comments

Previous article7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Mahu Meminjam Dengan Tekun
Next articleBahaya Besar Kalau Arab Serang Iran
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here