7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Kalau Mahu Meminjam Dengan Tekun

0
1070
views

Yayasan Tekun Nasional adalah merupakan agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Kini Yayasan TEKUN Nasional telah dinamakan semula menjadi TEKUN Nasional.

Matlamat utama Tekun Nasional ialah ingin menyediakan perkhidmatan kemudahan pembiayaan secara cepat kepada Bumiputera untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.


1) Jumlah Pinjaman Tekun
:

Pelbagai jenis pinjaman boleh dibuat bergantung kepada keperluan.

2) Tempoh Bayaran Balik:

Tempoh bayaran balik yang diberikan sangat berpatutan. Tempohnya ialah 6 bulan sehingga 10 tahun.

3) Cara Bayaran Balik:

Peminjam wajib membuat bayaran balik di Pejabat TEKUN kawasan ataupun menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia untuk memudahkan peminjam.

4) Sumbangan Tabung Pengurusan Tekun

Peminjam diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan Tekun sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman.

5) Bayaran Proses

Peminjam akan dikehendaki membayar caj pemprosesan bergantung kepada jumlah pinjaman.

6) Simpanan

Peminjam wajib membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun, Simpanan hendaklah dibuat dengan bayaran balik pinjaman.

7) Perlindungan Insurans

Usahawan Tekun akan mendapat perlindungan di bawah Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan yang ditetapkan oleh TEKUN.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman tekun Nasional dan maklumat lanjut boleh didapati di http://www.tekun.gov.my/web/guest/15

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here