Samurai Terakhir Jepun

0
5446
views

Ingat tidak filem ‘The Last Samurai’ yang ada lakonan Tom Cruise dan Ken Watanabe? Tahukah anda watak Katsumoto yang dilakon oleh Ken Watanabe di dalam filem tersebut sebenarnya merujuk kepada samurai terakhir Satsuma iaitu Saigo Takamori?

Admin sebenarnya suka filem tersebut kerana memaparkan budaya Jepun yang cantik dan unik walaupun terdapat beberapa kesalahan fakta sejarah di dalamnya.

Saigō Takamori, atau nama sebenarnya Kichibē, atau Kichinosuke, (dan juga dikenali sebagai Nanshū) lahir pada 23 January 1828, Kagoshima, Kyushu, Jepun. Beliau merupakan anak yang sulung dan mempunyai 7 orang adik beradik. Saigo Takamori merupakan seorang panglima perang dan merupakan seorang samurai. Beliau dikatakan sebagai ‘The Last True Samurai’.

Keluarga Saigo dikatakan berkhidmat sebagai Samurai Jokashi (Samurai yang mahir) tetapi hidup bersederhana. Akibat kehidupan bersederhana mereka, mereka diberi gelaran Goshi ( Samurai pedalaman) . Goshi juga diberi kepada Samurai yang hidup sebagai separuh samurai dan separuh lagi sebagai petani.

Keluarga Saigo Takamori dikatakan hidup dalam serba kemiskinan. Walaupun mereka dibayar gaji oleh Daimyo, gaji tersebut masih tidak cukup untuk membayar hutang mereka.
Pada era lewat Edo, status, pangkat dan darjat amat bermakna kepada keluarga-keluarga samurai. Lebih tinggi pangkat seseorang samurai itu, lebih kaya kehidupan mereka, dan mereka akan menjadi kegemaran Daimyo. Menurut sejarah, jikakalau seseorang rakyat yang tidak tunduk hormat semasa samurai berlalu, samurai tersebut mempunyai hak untuk memenggal kepala rakyat tersebut. Adakah samurai tersebut akan dikenakan hukuman kerana tindakannya? Jawapannya tidak. Sebab itulah pangkat pada era Edo amat penting bagi seorang samurai.

Semasa kehidupan awal Saigo, beliau sering dicaci dan dihina oleh Samurai yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi daripadanya. Keluarganya juga dihina kerana hidup dalam kemiskinan. Walaupun dicaci, dihina dan dibuli, Saigo mengendahkan cacian tersebut, dia tetap sabar dan meneruskan kehidupannya.

Selepas mendapat pangkat sebagai pegawai daerah pada umur 26 tahun, beliau diarah untuk pergi ke Edo (sekarang Tokyo) untuk membantu Daimyo Satsuma, Shimazu Nariakira dalam gerakan Kobu gattai.

Kobu Gattai merupakan satu polisi di mana Shogun dan pihak Imperial Jepun berbincang untuk mencapai titik persamaan untuk jenis tindakan yang perlu diambil semasa dalam keadaan krisis. Hal ini sedemikian kerana, pada 8 Julai 1853 seorang laksamana United States yang bernama Commodore Matthew C. Perry telah mengancam Jepun dengan membawa masuk empat kapal wap perang di mulut pelabuhan Edo.

Objektif utama Commodore Matthew C. Perry pada masa itu adalah untuk memaksa Jepun membuka pelabuhan mereka bagi menjalankan perdagangan dengan negara Barat. Menurut sejarah, Commodore Matthew C.Perry telah mengancam Shogun dan mengatakan bahawa jika pelabuhan Jepun tidak dibuka kepada negara Barat, kapal wap perang US akan membedil pelabuhan Edo.

Selain daripada itu, Commodore Matthew C. Perry telah mengarah kapal-kapal perangnya untuk membidik meriam mereka ke arah bandar Uruga berdekatan teluk Edo. Dia juga telah mengarahkan kapal-kapal perangnya untuk melepaskan 73 tembakan kosong, dengan alasan bahawa ianya untuk meraikan Hari Kemerdekaan USA.

Kerajaan Jepun pada masa itu mempunyai pelbagai masalah yang sedang berlaku di dalam pentadbiran mereka. Pada masa itu, Shogun Tokugawa Leyoshi tenat dan tidak tahu tindakan apa yang perlu dibuat.

Pada 14 Julai, pegawai-pegawai tertinggi Shogun atas arahan Shogun membenarkan Commodore Matthew untuk mendarat di Kurihama (sekarang Yokosuka). Surat Presiden Fillmore yang dibawa oleh Commodore Matthew diberi kepada pegawai tertinggi Shogun. Setelah selesai menghantar surat Presiden Fillmore yang mengandungi tuntutan US, Commodore Matthew bertolak bersama armadanya ke China pada 17 Julai dan mengatakan kepada pegawai-pegawai Jepun tadi bahawa dia akan kembali untuk mendapatkan jawapan daripada Shogun.

Abe Masahiro mengumpulkan semua Daimyo dari seluruh pelusuk Jepun untuk mencari jawapan untuk krisis ini. Satu perbahasan yang hangat berlaku di kalangan para Daimyo di dalam Istana Shogun. Kebanyakan Daimyo Jepun di dalam Kobbu Gattai buntu dan tidak tahu tindakan apa yang perlu dibuat. Shogun Tokugawa leyoshi telah meninggal dunia beberapa hari selepas Commodore Matthew meninggalkan Jepun.

Keadaan menjadi lebih runsing apabila para Daimyo dan Tairo Ii Nosuke bergaduh dalam siapa seterusnya yang akan menjadi Shogun. Ii Nosuke dan beberapa orang lain mahu Tokugawa Iemochi yang hanya 12 tahun untuk menjadi Shogun. Mengapa mereka mahu memilih Tokugawa Iemochi yang sangat muda menjadi Shogun? Rupa-rupanya li Nosuke dan beberapa orang Daimyo lain ingin mengawal pentadbiran politik Jepun dengan menjadikan Tokugawa Iemochi sebagai boneka untuk mendapatkan kuasa.

Tairo li Nosuke juga dikatakan menandatangani perjanjian “Perjanjian Harris 1858” dengan seorang ahli politik US bernama Townsend Harris. Perjanjian tersebut membolehkan kerajaan US dan negara-negara Barat lain untuk berdagang di Jepun. Namun ia hanya boleh dijalankan jika Ii Nosuke berjaya melantik Tokugawa Iemochi sebagai Shogun.

Daimyo yang taat kepada klan Hitotsubashi yang diketuai oleh Tokugawa Nariaki, Daimyo Mito tidak bersetuju dengan li Nosuke dan menyatakan bahawa Tokugawa lemochi tidak sesuai dan tidak berpengalaman untuk menjadi seorang Shogun.

Untuk mengakhiri pergaduhan pewarisan Shogun. Ii Nosuke memberi alasan bahawa isu pewarisan Shogun tidak perlu dirisaukan oleh para Daimyo dan Maharaja. Beliau berkata lagi bahawa hanya keluarga Tokugawa sahaja yang boleh melantik ahli keluarga yang sesuai untuk menjadi Shogun yang seterusnya. Ii Nosuke sebenarnya merupakan seorang ahli kounsel keluarga Tokugawa dan penasihat yang paling terdekat. Pengaruhnya yang kuat telah mengakibatkan keluarga Tokugawa untuk bersetuju dengan Ii Nosuke. Lalu Tokugawa Iemochi telah menjadi Shogun.

Selepas perlantikan Shogun yang baharu, Kobbu Gatai diteruskan. Mereka berbincang tentang tindakan apa yang wajar dilakukan sekiranya armada US kembali ke Jepun.

Dikatakan hanya 61 Daimyo sahaja yang memberi jawapan.
19 Daimyo bersetuju untuk mengikut tuntutan US, 19 Daimyo menentang tuntutan tersebut, 14 Daimyo tidak bersetuju dengan mana-mana dan lebih risau jikakalau peperangan akan meletus jika Jepun tidak menerima tuntutan US, 7 Daimyo lagi tidak pasti jawapan apa yang perlu diberi dan mengatakan bahawa mereka akan mengikut pendapat majoriti.

Shimazu Nariakira mencadangkan bahawa semua negeri/wilayah Jepun perlu menguatkan pertahanan sekiranya armada US kembali dengan tujuan untuk berperang.Semua Daimyo telah bersetuju dan membina dan menguatkan lagi kubu-kubu pertahanan di sepanjang persisiran pantai Jepun.

Pada 13 Februari 1854, Commodore Matthew kembali dengan 10 buah kapal perang dan 1600 askar tentera laut. Disebabkan kapal-kapal perang US kali ini lebih besar, lebin moden dan lebih ramai, Shogun Tokugawa Iemochi berasa risau dengan kedatangan armada laut US dan menghantar satu utusan kepada Commodore Matthew untuk memberitahu bahawa baginda bersetuju dengan tuntutan US.

Keputusan Shogun Tokugawa lemochi mendapat tentangan daripada beberapa Daimyo, pihak Imperial Jepun (Maharaja) dan Saigo Takamori.

Beberapa Daimyo telah pergi berjumpa dengan Maharaja Jepun dan merayu pada baginda untuk melucutkan jawatan Ii Nosuke. Namun begitu, disebabkan Ii Nosuke telah menjadikan Shogun sebagai boneka dia, Ii Nosuke mendapat hak istimewa oleh Shogun. Setelah Ii Nosuke mendapat tahu terdapat Daimyo yang menentang dia, beliau telah melaksanakan kempen Ansei.

Kempen Ansei telah memaksa Daimyo yang taat kepada klan Hitotsubashi untuk bersara. Terdapat juga Daimyo yang telah dipenjarakan dan ada juga dibunuh dengan kejam.

Saigo telah melarikan diri ke Satsuma dan beliau cuba membunuh diri dengan melemaskan diri. Namun begitu beliau telah diselamatkan dan dibuang ke Pulau Amami Oshima dari 1859 sehingga 1864.

Pada 24 Mac 1860, Ii Nosuke telah dibunuh oleh 17 orang Samurai dari wilayah Mito. Setahun selepas kematian Ii Nosuke, Saigo dipanggil semula ke Kagoshima oleh adik Nariakira, Hisamitsu dan juga Tadayoshi.

Hisamitsu dan Tadayoshi telah merancang untuk memimpin sebuah angkatan tentera Satsuma yang besar ke Kyoto dan Edo untuk menjatuhkan pentadbiran Shogun dan mengangkat Maharaja sebagai pemimpin Jepun yang sebenar.

Pada 14 September 1862, 4 orang pedagang British telah dibunuh oleh samurai kerana enggan tunduk hormat kepada Shimazu Hisamitsu, ayahanda Daimyo Shimazu Tadayoshi. Peristiwa ini dikenali sebagai “Peristiwa Namamugi”.

Disebabkan peristiwa ini, para pedagang di Jepun berasa takut dengan kehadiran samurai. Pihak duta British di Jepun telah menuntut bayaran sebanyak £100,000 daripada kerajaan Shogun dan Daimyo Satsuma. Selain itu pihak duta British telah menuntut bahawa mereka memahukan Samurai-samurai yang terlibat dan Shimazu Hisamitsu untuk ditangkap dan dihukum. Walaupun Shogun dan klan Satsuma telah membayar duit kerugian yang dituntut oleh British, klan Satsuma enggan menyerahkan samurai yang terlibat dalam peristiwa Namamugi.

Satu skuad British bersama satu armada laut yang kecil telah dihantar ke ibu kota Satsuma, Kagoshima untuk menangkap samurai-samurai yang terlibat dalam peristiwa Namamugi. Namun begitu klan Satsuma enggan menyerahkan samurai-samurai tersebut. Disebabkan Satsuma enggan mendengar tuntutan British, skuad tersebut telah merampas beberapa buah kapal milik Satsuma sebagai banduan. Akibat tindakan ini, skuad dan armada laut British tersebut tadi telah dibedil oleh askar Satsuma.
Atas arahan Laksamana British, Skuad dan armada laut British telah melepaskan beberapa tembakan ke arah kubu-kubu Satsuma tadi. Maka bermulalah peristiwa “Pembedilan Kota Kagoshima”.

Satsuma berjaya melarikan rakyatnya keluar daripada Kagoshima. Namun begitu mereka kehilangan 500 buah rumah yang telah musnah dijilat api dan 3 kapal wap perang Satsuma.
Klan Satsuma terpaksa berunding dengan pihak British untuk menghentikan peperangan ini. Klan Satsuma telah membayar sebanyak £25,000 kepada pihak British.

Sementara itu di Kyoto, klan Satsuma yang diketuai oleh Daimyo Satsuma yang dibantu oleh Saigo Takamori dan klan Aizu diberi tanggunjawab untuk melindungi ibu kota Shogun, Kyoto daripada pihak Imperial Jepun selepas peristiwa Kinmon pada 1864.

Awalnya, Damiyo Satsuma telah berbincang dengan para pembesarnya tentang pihak mana klan Satsuma patut berpihak. Saigo Takamori dan beberapa para pembesar lain ingin menentang Shogun Tokugawa dan berpihak kepada Maharaja Komei. Namun begitu disebabkan banyak klan Jepun telah memberi sumpah setia mereka kepada Shogun, klan Satsuma tertekan dengan keadaan tersebut dan terpaksa berpihak dengan Shogun.

Peristiwa Kinmon pula merupakan satu pemberontakan yang diketuai oleh klan Choshu yang mahu menjatuhkan Shogun. Klan Choshu juga dipercayai telah cuba membakar kota Kyoto untuk mewujudkan kacau bilau dalam kalangan rakyat pro-Shogun. Namun pemberontakan tersebut telah mudah dimusnahkan oleh Saigo Takamori dan klan Aizu.

Kerajaan Shogun telah mengarahkan Saigo Takamori untuk memimpin satu tentera yang besar ke ibu kota Choshu di Barat Jepun bagi memusnahkan klan Choshu. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Ekspedisi Choshu pertama’.Namun begitu, Saigo Takamori telah mengelakkan pertempuran antara tentera Choshu dan tentera Satsuma, tetapi beliau telah berunding dengan klan Choshu. Dalam rundingan tersebut, Saigo Takamori telah menuntut bahawa orang Choshu yang mendalangi pemberontakan tersebut perlu diserahkan kepada Saigo Takamori. Di dalam perundingan ini juga, Saigo Takamori berjanji untuk menjadi wakil klan Choshu di dalam istana Shogun bagi menyuarakan pendapat klan Choshu dan pendapat Daimyo lain yang pro-Maharaja. Klan Choshu terpaksa bersetuju dengan tuntutan beliau dan menyerahkan orang Choshu yang terlibat kepada tentera Saigo.

Orang Choshu yang ditangkap tadi telah diarah untuk melakukan seppuku (bunuh diri). Selepas itu, Saigo Takamori telah kembali semula ke Kyoto.

Namun begitu, kerajaan Shogun masih tidak berpuas hati dan mahu memusnahkan klan Choshu. Setahun kemudian, kerajaan Shogun mengarahkan Saigo Takamori untuk memimpin satu lagi angkatan tentera bagi memusnahkan klan Choshu (Ekspedisi Choshu kedua). Namun begitu, Daimyo Satsuma, Saigo Takamori bersama Okuba Toshimichi telah menukar pihak. Kali ini klan Satsuma menyertai pihak Maharaja. Satu perikatan ketenteraan telah dibuat antara klan Satsuma dan klan Choshu yang telah disaksi dan disokong oleh Sakamoto Ryoma dari klan Tosa.

Kerajaan Shogun masih berdegil dan meneruskan ekspedisi mereka. Di dalam ekspedisi Choshu kedua pada 1866, klan Satsuma telah senyap-senyap membekalkan senjata-senjata Barat kepada klan Choshu. Tetapi kali ini, klan Satsuma tidak mahu terlibat dalam pertempuran antara klan Choshu dan kerajaan Shogun. Dalam ekspedisi Choshu kedua, tentera Shogun ditewaskan oleh klan Choshu . Beberapa hari selepas kegagalan tentera Shogun dalam ekspedisi Choshu kedua, Shogun Iemochi telah gering dan meninggal dunia di istana Osaka. Shogun Iemochi diganti oleh anaknya, Tokugawa Yoshinobu. Setelah Tokugawa Yoshinobu menjadi Shogun, baginda meminta gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Shogun Yoshinobu cuba mengumpulkan kekuatannya kembali sambil dibantu oleh para daimyonya. Namun begitu, setelah gencatan senjata tamat, klan Choshu yang dibantu oleh klan Satsuma telah meneruskan peperangan mereka terhadap kerajaan Shogun.

Pada bulan Januari 1867, Maharaja Komei telah didapati menghidapi penyakit cacar. Kebanyakan Daimyo berpendapatan bahawa seorang pihak radikal Choshu (Pro Shogun) telah menjangkiti baginda untuk membunuh baginda. Maharaja Komei telah meninggal dunia pada 30 Januari 1867. Selepas kemangkatan Maharaja Komei , baginda diganti oleh Maharaja Mikado Meiji.

Pada 19 November 1867 selepas kerajaan Shogun telah mengalami banyak kekalahan dalam Perang Boshin, Shogun Tokugawa Yoshinobu telah meletakkan jawatannya. Baginda terpaksa menyerahkan kuasa pentadbiran Jepun kepada Maharaja Meiji. Pentadbiran keluarga Tokugawa dipindah dari Kyoto ke Osaka.

Namun begitu, klan Satsuma, klan Choshu dan beberapa klan pro Maharaja lagi masih tidak puas hati. Hal ini sedemikian kerana, Tokugawa Yoshinobu masih ada kuasa di dalam Pentadbiran Kounsel Daimyo dan keluarga Tokugawa masih ada kuasa di dalam istana dan politik Jepun. Mereka khuathir bahawa Tokugawa Yoshinobu akan senyap-senyap menjatuhkan Maharaja Meiji.

Klan Satsuma dan Choshu terpaksa ambil tindakan yang drastik. Mereka membuat surat palsu kononnya bahawa ianya arahan Maharaja untuk melucutkan jawatan Tokugawa Yoshinobu dan merampas semuanya tanah-tanahnya di Osaka. Tokugawa Yoshinobu marah dengan tindakan tersebut dan menulis satu surat untuk dihantar ke Kyoto. Bersama surat tersebut, Tokugawa Yoshinobu menghantar satu angkatan tentera yang besar untuk menyerang Kyoto sekiranya Maharaja tidak mahu mengikut tuntutan keluarga Tokugawa. Semasa tentera Tokugawa sampai di luar kota Kyoto, tuntutan mereka tidak disetujui dan terus diserang oleh klan Satsuma dan klan Choshu pada 27 Januari 1868. Peristiwa ini dikenali sebagai “Pertempuran Toba-Fushimi”. Pada 7 February Tentera Tokugawa telah dikalahkan dan berundur ke Edo.

Saigo Takamori telah memimpin satu angkatan tentera yang besar ke Timur dan Utara Jepun. Pada 29 Mac 1868, dalam pertempuran Koshu-Katsunuma sebanyak 3000 askar Choshu,Tosa dan Satsuma yang diketuai Saigo telah berpecah dalam 3 kumpulan. Mereka telah berjaya merampas kubu Kofu dan Yamanashi. Kejayaan Saigo Takamori memusnahkan pangkalan utama Tokugawa telah menjatuhkan morale tentera Tokugawa. Dikatakan hanya 300 askar Tokugawa sahaja yang mempertahankan kedua-dua kubu tersebut semasa Saigo Takamori telah sampai. Kebanyakan tentera Tokugawa telah melarikan diri ke Edo.

Pada bulan May 1868, Saigo Takamori telah mengepung Edo. Satu angkatan tentera besar Tokugawa telah dihantar untuk memusnahkan tentera Saigo Takamori di luar Edo, namun begitu tentera Tokugawa dapat dipatahkan dengan mudah. Tentera Tokugawa pada masa itu lemah dan kekurangan senjata Barat, majority askar Tokugawa adalah samurai yang masih menggunakan senjata lama Jepun. Saigo Takamori pula telah datang siap dengan meriam dan skuad kavalri yang dilatih oleh askar asing.

Tokugawa Yoshinobu akhirnya menyerah kalah dan mengikitiraf pentadbiran mutlak Maharaja Meiji. Sejurus kejayaan ini, pentadbiran Maharaja dipindah dari Kyoto ke Tokyo pada 1868. Maharaja Meiji hanya berumur 16 tahun pada masa itu. Maka bermulalah “Meiji Restoration”.

Saigo Takamori telah menjadi penasihat kepada Maharaja Meiji dan membantu Maharaja Meiji dalam membangunkan Jepun. Beliau telah memansuhkan pentadbiran han (Daimyo perlu menyerahkan kuasa wilayah mereka kepada Maharaja) dan mewujudakan tentera kerahan.

Pada awalnya, Saigo tidak bersetuju dengan pemodenan Jepun dan pembukaan pelabuhan untuk berdagang dengan negara Barat. Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan melabur dalam pembinaan jalan kereta. Saigo mengatakan bahawa kerajaan Jepun patut fokus pada pemodenan tentera Jepun.

Pada 1873, satu perbahasan hangat meletus di dalam Istana Jepun yang dikenali sebagai Seikanron. Semasa era Meiji, satu utusan telah dihantar ke Korea untuk meminta kerajaan Korea mengikitiraf Maharaja Meiji sebagai Maharaja Empayar Jepun. Korea pada masa itu adalah negeri naungan Empayar Jepun, setelah utusan tersebut sampai ke Korea, kerajaan Korea tidak bersetuju. Saigo Takamori berpendapat bahawa Jepun perlu melancarkan peperangan ke atas Korea kerana tidak menunjukkan hormat kepada kuasa Maharaja. Tindakan ini juga dikatakan menghina dan menjatuhkan maruah Maharaja. Saigo Takamori juga telah menawarkan dirinya untuk pergi ke Korea seorang untuk menghina kerajaan Korea sebagai satu provokasi untuk meletuskan peperangan.

Namun begitu, menteri -menteri Jepun tidak bersetuju dengan memberikan alasan bahawa Jepun tiada dana yang cukup untuk melancarkan perang. Mereka juga menyatakan bahawa negara Jepun walaupun ditadbir oleh Maharaja masih lagi mengalami kemundurun berbanding negara-negara Barat. Saigo Takamori berasa marah kerana menteri- menteri Jepun tidak mahu mempertahankan maruah Maharaja Jepun dan memandang rendah terhadap baginda. Pada masa itu juga, terdapat pelbagai korupsi yang sedang berleluasa di dalam istana Maharaja. Rasuah, fitnah dan penipuan sedang berleluasa.

Samurai-samurai yang pernah berkhidmat di bawah Maharaja Meiji pula tidak berpuas hati dengan polisi baru kerajaan mereka. Pertama, Sistem sosial dan hak keistimewaan samurai telah dimansuhkan. Kedua, pemodenan Jepun yang pesat mengubah budaya Jepun terlalu cepat dan memberi kesan terhadap rakyat Jepun. Pada pendapat samurai pada masa itu, ianya bertentangan dengan apa mereka perjuagkan dalam peperangan Boshin dan perang sebelumnya. Semasa peperangan antara Shogun Tokugawa dan Maharaja Komei, samurai berpihak kepada Maharaja untuk menjatuhkan kerajaan Tokugawa kerana membenarkan kemasukan pedagang Barat.

(Admin lupa nak letak dalam bab 1, semasa Jepun membuka pelabuhan untuk negara Barat, para pedagang Barat telah membuli pedagang tempatan Jepun dan tidak jujur dalam perniagaan mereka. Kebanyakan perdagangan yang dilakukan di antara pedagang Barat dan Jepun lebih memihak kepada pedagang Barat. Akibatnya pedagang Barat menjadi kaya, pedagang Jepun dan ekonomi Jepun merosot)

Saigo Takamori berasa marah lalu meletakkan jawatannya dan kembali ke Kagoshima.

Pada 1874, Saigo mengumpulkan sebanyak samurai yang dia boleh yang tidak suka pada pentadbiran baharu Jepun. Beliau dan rakan-rakannya telah menubuhkan sekolah-sekolah ketenteraan yang dikenali sebagai (shigakko). Saigo dikatakan menjadi seorang guru dan mengajar dalam salah satu sekolah tersebut. Sebanyak 132 cawangan sekolah tersebut telah ditubuhkan di negeri Satsuma. Saigo juga telah menubuhkan sekolah artilleri. Di dalam shigakko, Saigo menitikberatkan adat Bushido dan Hagakure.

Saigo merupakan seorang samurai yang konservatif dan beliau berbeza dengan samurai lain pada zamannya. Beliau masih mengikut adat tradisional samurai. Beliau juga telah memberi jawatan penting dalam kerajaan Satsuma kepada samurai -samurai yang telah berjuang bersamanya dalam Perang Boshin.
Tindakan Saigo telah disokong oleh rakyat Satsuma dan semua samurai. Semakin hari, lebih ramai samurai berkumpul di negeri Satsuma.

Di Tokyo, kerajaan Meiji berasa takut dengan tindakan Saigo Takamori di Kagoshima. Sebelum itu, kerajaan Jepun telah memusnahkan beberapa pemberontakan kecil samurai di Kyushu, namun begitu ia menyemarakkan lagi semangat tentera samurai Saigo. Pada 18 December 1876, kerajaan Meiji menghantar seorang pegawai polis bernama Nakahara Hisao bersama 57 pengawai untuk menjalankan penyiasatan terhadap aduan aktiviti pemberontakan kecil. Nakahara Hisao dan para pegawai polisnya diserang hendap dan ditangkap oleh samurai Saigo. Mereka kemudian diseksa, salah seorang pegawai polis telah mengaku bahawa mereka bukkannya pegawai polis tetapi perisik untuk membunuh Saigo. Nakahara kemudian menidakkan kenyataan tersebut.

Berita tersebar ke seluruh Satsuma, samurai-samurai Satsuma menggunakan berita ini untuk mengjustifikasi pemberontakan mereka dan mengatakan bahawa satu pemberontakan diperlukan untuk melindungi Saigo.

Takut jika berlakunya pemberontakan, pada 30 Januari 1877, kerajaan Meiji menghantar sebuah kapal perang untuk mengeluarkan senjata yang terdapat di dalam arsenal(gudang senjata) Kagoshima. Tindakan ini meragukan rakyat Kagoshima dan para pelajar akademi Saigo. Dalam satu peristiwa, 50 orang pelajar daripada salah satu akademi Saigo telah menjarah arsenal Somuta dan merampas semua senjata di dalamnya. Dalam 3 hari berikutnya sebanyak 1000 pelajar melakukan penjarahan besar-besaran ke atas arsenal tentera laut dan arsenal lain.

Pada 12 Februari 1877, Saigo berbincang dengan Leftenan Kirino Toshiaki dan Shinohara Kunimoto. Saigo menyatakan hasratnya untuk memimpin satu angkatan tentera samurai ke Tokyo untuk bertanya soalan kepada kerajaan Meiji. Maka tentera Satsuma mula berkawat ke Tokyo.

Pada 14 Februari tentera Satsuma telah sampai ke wilayah Kumamoto. Panglima Perang Istana Kumamoto pada masa itu ialah, Mejar General Tani Tateki yang memimpin sebanyak 3,800 askar dan 600 pegawai polis. Namun begitu, kebanyakkan askar di dalam tentera Istana Kumamoto merupakan rakyat Kagoshima. Mejar General Tani Tateki berasa risau jika askar Kagoshima akan mengkhianat dia semasa pertempuran lalu mengambil keputusan untuk bertahan dari dalam tembok istana.

Pada 22 Februari, pertempuran bermula antara tentera Satsuma dan tentera Imperial Jepun. Tentera Satsuma cuba menyerbu tembok Istana Kumamoto namun tidak berjaya pada hari pertama. Tentera Satsuma telah berjaya membakar gudang senjata dan makanan tentera Imperial Jepun.Pertempuran berlarutan sehingga malam. Saigo mengarahkan tenteranya untuk mengepung Istana Kumamoto selama beberapa hari.

Beberapa ribu askar Kagoshima dalam barisan tentera Imperial yang merupakan bekas samurai telah menyertai tentera Satsuma. Sekarang tentera Satsuma berjumlah 20 000 orang samurai. Di Tokyo, kerajaan Meiji telah melucutkan nama dan pangkat Saigo kerana tindakannya.

Pada malam 8 April, tentera Imperial Jepun dari Istana Kumamoto telah menyerbu tentera Satsuma di luar tembok Istana. Ia merupakan satu strategi bagi mengalihkan perhatian tentera Satsuma sementara sebuah lagi angkatan tentera bantuan Imperial Jepun memasuki Istana Kumamoto dengan bekalan senjata dan makanan.

Pada 4 Mac, seorang panglima tentera Imperial Jepun bernama Jeneral Yamagata memimpin satu pasukan tentera dari Tabaruzaka, untuk bertempur dengan tentera Satsuma di luar istana. Pertempuran berlarutan selama 8 hari.

Sebanyak 90 000 askar Imperial Jepun telah bertempur dengan 15 000 askar samurai Satsuma.

Saigo Takamori telah menulis satu surat ke putera Arisugawa. Kandungan surat tersebut menyatakan hasrat sebenar Saigo Takamori pergi ke Tokyo. Niat dia bukanlah untuk mewujudkan pemberontakan dan bukan untuk menderhaka Maharaja Meiji tetapi untuk berunding dengan kerajaan Meiji. Walaupun surat tersebut didengari oleh menteri-menteri tertinggi Jepun, permintaan Saigo diendahkan.

Pada 8 Mac, sebuah armada Imperial Jepun telah sampai ke pelabuhan Kagoshima dan mendaratkan 500 pegawai polis. Pihak Imperial Jepun merampas semua senjata di dalam arsenal Kagoshima dan menangkap Gabenor Kagoshima yang merupakan sekutu Saigo.

Jeneral Yamagata juga telah mengepung Kagoshima dari Teluk Yatsushiro dan mendaratkan 2 briged infantri bersama 1200 pegawai polis. Tentera Imperial Jepun mendapat sikit tentangan dan mengalami kehilangan yang kecil. Pada 19 Mac, beberapa ribu lagi tentera Imperial Jepun mendarat, dan berjaya menghalau keluar semua samurai Satsuma dari Kagoshima. Tentera Imperial Jepun terus menghantar tentera yang telah mendarat di Kagoshima ke Istana Kamamoto.

Saigo terpaksa berundur dan terpaksa memimpin tenteranya ke Hitoyoshi. Semangat tentera samurai Satsuma jatuh, dan ramai samurai terkorban semasa pertempuran di Istana Kamamoto. Di sini, Saigo Takamori mengarahkan tenteranya untuk membina kubu untuk menanti serangan Imperial Jepun. Namun begitu, tentera Imperial Jepun tidak mengejar tentera samurai Satsuma, tentera Imperial Jepun telah kehilangan ramai askar semasa pertempuran Kagoshima dan pertempuran Istana Kamamoto. Kedua-dua pihak terpaksa menangguh pertempuran selama beberapa minggu sehingga tentera bantuan Imperial Jepun sampai.

Apabila pertempuran bermula, Saigo berundur ke Miyazaki dan meninggalkan beberapa kumpulan samurai yang kecil untuk melancarkan serangan gerila.Pada 24 Julai, tentera Imperial Jepun telah menghalau tentera samurai Satsuma dari kubu mereka di Miyakonojō, dan di Nobeoka.

Pada 17 Ogos, jumlah samurai Satsuma telah turun ke 3000 orang sahaja. Senjata api dan meriam mereka pula telah hilang semasa pengepungan Istana Kamamoto. Tentera Imperial Jepun telah mendarat di Oita dan Saiki di sebelah Utara. Tentera Saigo telah dikepung oleh tentera Jeneral Yamagata di Selatan dan tentera Imperial Jepun di sebelah Utara. Satu pertempuran yang dahsyat telah berlaku. Walaupun tentera samurai Satsuma tidak seramai tentera Imperial Jepun, mereka telah berjaya melepaskan diri daripada kepungan tersebut.

Saigo terpaksa mengundurkan tenteranya ke kaki gunung Enodake .Sekali lagi, tentera imperial Jepun sempat mengejar mereka dan menyerang tentera Saigo.Tentera samurai Satsuma telah berjuang mati-matian. Saigo sempat melarikan diri bersama 500 samurai dan merampas bandar Shiroyama.

Tentera Imperial Jepun telah mengepung bandar Shiroyama. Kali ini Jeneral Yamagata membina parit, halangan dan tembok di sekeliling Shiroyama untuk memerangkap Saigo dan tentera samurai terakhirnya.

Pada September 1, Suematso Kencho menghantar satu surat kepada Saigo atas arahan Jeneral Yamagata untuk meminta Saigo dan tentera samurainya untuk menyerahkan diri kepada tentera Imperial Jepun. Saigo menolak dan masih ingin berjuang sehingga ke akhir hayat. Pada 24 September Jeneral Yamagata mengarahkan tenteranya untuk menyerang tentera samurai Satsuma. Menurut sejarah Saigo Takamori telah turun ke medan tempur dan berjuang bersama askar-askarnya. Saigo Takamori telah dilihat menaiki kudanya dan merempuh beberapa barisan infantri tentera Imperial Jepun.

Selepas pertempuran tersebut hanya 40 samurai sahaja yang hidup. Saigo pula telah mengalami kecederaan di bahagian pinggul dia. Disebabkan Saigo tidak boleh bertempur lagi, beliau terpaksa melakukan seppuku pada 24 September 1877.

Kematian beliau telah menamatkan pemberontakkan Satsuma dan telah menamatkan zaman Samurai Edo.

Walaupun beliau mati sebagai seorang pemberontak samurai, beliau dikenang untuk jasanya menentang kerajaan diktator dan samurai terakhir Jepun.

Malah ada satu lagenda yang berleluasa di seluruh wilayah Kagoshima selepas kematian Saigo, bahawa pada satu malam, terdapat satu bintang merah yang muncul di langit. Rakyat Kagoshima mendakwa bahawa jika anda menggunakan teleskop dan memandang ke arah bintang merah tersebut, anda boleh melihat figura Saigo Takamori. Rakyat Kagoshima memanggilnya “Bintang Saigo”. Tetapi bintang merah itu rupa-rupanya planet Marikh.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here