Apakah Yang Anda Lakukan Kalau Burung Berhenti Bernyanyi?

0
1368
views

Era perang saudara Jepun pada abad ke-17 masihi merupakan zaman yang penuh dengan peperangan. Era ini dikenali sebagai “Sengoku Jidai” (Sen-go-ku Jee-dai) atau “Age of the Warring States”.

Setiap daimyo (pembesar) bergaduh antara sama satu lain untuk menjadi Shogun Jepun.

Daripada semua daimyo yang wujud pada era itu, hanya terdapat tiga orang Daimyo sahaja yang dikatakan layak untuk menjadi Shogun seterusnya.

Seperti yang dibuktikan di dalam sejarah, hanya mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin sahaja yang layak menerajui empayar agung dan membangunkan bangsanya daripada kegelapan.

Maka tanpa melengahkan masa, izinkan saya ceritakan kepada anda satu kisah yang berlaku di antara tiga Daimyo terkenal iaitu, Tokugawa Ieyasu, Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga dan seekor burung.

Pada satu hari, Tokugawa Ieyasu, Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga dikatakan berehat di sebuah taman Zen. Semasa berehat di taman tersebut, seekor burung pipit telah hinggap di atas dahan berdekatan dengan mereka.

“Saya ingin mengetahui setiap perwatakan mereka”, fikir seorang Guru Zen yang sedang melihat ketiga-tiga Daimyo tersebut.

Setelah dia melihat burung pipit tersebut, guru Zen tadi pun tiba-tiba telah mendapat idea.

Dia pun bertanya kepada ketiga-tiga Daimyo tersebut ,“Wahai para Daimyo, lihatlah burung pipit yang hinggap di dahan sana! Saya ingin bertanya, apakah yang anda akan buat jika burung tersebut tidak akan menyanyi?”

Maka Oda Nobunaga pun menjawab, “Jika burung itu tidak menyanyi, saya akan bunuh ia!”

Kemudian Toyotomi Hideyoshi pun berkata, “Jika burung itu tidak akan menyanyi, saya akan memaksa ia untuk menyanyi”.

Akhir sekali ialah Tokugawa Ieyasu, dia menjawab “Jika burung itu tidak akan menyanyi, maka saya akan tunggu ia untuk menyanyi”.
—————

Menurut beberapa sumber, kisah ini juga terdapat dalam bentuk puisi yang terkenal di kalangan kanak-kanak Jepun.

Daripada kisah di atas, kita dapat mengetahui serba sedikit tentang perwatakan ketiga-tiga Daimyo yang terkenal ini. Namun, saya ingin bertanya kepada para pembaca, apa pendapat anda tentang perwatakan ketiga-tiga Daimyo ini?

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here