P Ramlee Mengubat Melalui Telefon?

0
4439
views

Pada satu hari ketika P.RAMLEE sedang tekun membuat lagu dalam pejabatnya di Studio Merdeka, Kuala Lumpur. P.RAMLEE telah menerima satu panggilan telefon dari Singapura yang datangnya dari AHMAD DAUD. Melalui panggilan telefon itu, AHMAD DAUD menyatakan bahawa beliau telah ditimpa satu penyakit misteri yang membuatkan seluruh tubuh badannya lemah dan mengalami bisa-bisa. Tanpa membuang masa P.RAMLEE meminta AHMAD DAUD supaya mengambil segelas air kosong dan mengarahkan gelas itu dirapatkan ke gagang telefon. P.RAMLEE pun memulakan bacaan “jampi” ke atas air di dalam gelas itu hanya melalui telefon. Selepas sahaja selesai menjampi, P.RAMLEE meminta AHMAD DAUD terus meminum air berkenaan dengan didahului bacaan Bismillah dan Selawat Nabi. Lalu AHMAD DAUD mengucapkan terima kasih dan menamatkan perbualan.

Selepas 15 minit AHMAD DAUD menelefon P.RAMLEE kembali dengan menyatakan yang beliau telah sembuh dari penyakitnya itu. AHMAD DAUD juga mengatakan kepada P.RAMLEE yang beliau dapat merasakan kelainan setelah meminum air jampi dari P.RAMLEE itu. Bekali-kali AHMAD DAUD berkata kepada P.RAMLEE “Terima kasih bang, Terima kasih.” P.RAMLEE hanya mengatakan kepada AHMAD DAUD ini semua atas izin ALLAH dan meminta AHMAD DAUD supaya merujuk kepada HJ MAHADI untuk rawatan susulan.

Situasi yang sama pernah berlaku kepada S.SHAMSUDIN di lokasi penggambaran filem ALI BABA BUJANG LAPOK, apabila beliau muntah darah ketika sedang melakakukan penggambaran. P.RAMLEE juga meminta krew yang ada supaya pergi mengambil segelas air lalu menjampi dan memberi S.SHAMSUDIN meminumnya. Setelah beberapa ketika selepas meminum air jampi dari P.RAMLEE, S.SHAMSUDIN kembali sihat dan boleh meneruskan penggambaran.

Tidak tahu apakah ilmu yang ada dan digunakan oleh insan yang bernama P.RAMLEE ini. Yang paling nyata beliau sememangnya mempunyai “pengajian” ke arah itu. Untuk pengetahuan para pembaca, P.RAMLEE beberapa kali telah cuba disantau. Tetapi santau itu seolah-olah tidak menjadi kepada beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin disisi Allah. TEUKU ZAKARIA BIN TEUKU NYAK PUTEH ini adalah anugerah dari Allah kepada bangsa Melayu di Nusantara.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here